Sebenarnya saya tidak
ada niat ntuk mengupdate blog untuk beberapa hari nie sebab tumpuan adalah
pada exam yang hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Saya tulis kisah nie kat
blog supaya ia hilang dari fikiran saya dan saya boleh study dengan tenang
pada malam ini.
Dalam hidup saya,
saya amat berhati-hati dengan rumors/cerita buruk. Saya bercuti untuk study
walaupun sebenarnya saya tidak perlu buat begitu sebab exam ini adalah salah
satu keperluan kerja. tapi saya tetap ambik cuti sebab saya rasa bersalah
guna waktu kerja untuk study.
oleh kerana saya
tidak boleh study dirumah, saya pergi ofis hari ini. Duduk senyap dibilik
kosong untuk study....tenang dan tiada gangguan. Pagi tadi saya sedar yang
handphone saya tak boleh guna terus....ahhhh ini problem sebab macammana
saya nak contact rakan-rakan bagi bincang topik penting exam....atau tips
soalan. Saya ambik handbag, kemudian turun ke lobby untuk ke cari handphone
baru. Masa tu baru jam 11 pagi. Untuk jaga nama jabatan, saya simpan pas
kerja dalam handbag supaya orang luar tidak membuat tuduhan bahawa pekerja
mengular time kerja.
Saya sampai dilobby,
tunggu lif untuk turun ke tempat parking. Depan lif....ramailah pulak orang
termasuk boss saya sendiri. Seorang pegawai lelaki dari jabatan lain nampak
saya tengah tunggu lif. Dia masa tu tengah bercakap dengan polis bantuan kat
kaunter pertanyaan. Bila nampak saya, dia terus cakap
Pegawai lelaki " hai
takan jam salah kot....kan baru pukul 11 bukan pukul 12.15 (hari jumaat,
rehat awal). ramai pulak jam salah hari nie. pakat nak mengular lah
nie".
Polis bantuan " Belum
time rehat dah pakat keluar....semua nak mengular"
Pegawai lelaki " Akak
(dia panggil saya)....takan rehat awal kot....ke jam akak salah....baru
pukul 11 pagi nie kak". Masa tu ada beberapa orang awam depan lif. Saya
termalu.
Kebetulan pintu lif
terbuka, saya pandang pegawai lelaki tu dan kemudian masuk dalam lif. Dalam
lif, boss saya tanya "kenapa datang kerja....kan awak cuti" Saya jawap "saya
datang ofis sebab nak study". beberapa orang awam ada dalam ofis tu....hope
mereka tidak buat andaian buruk pada pegawai jabatan kami. Imej jabatan yang
perlu dijaga.
Selepas selesai
urusan beli handphone, saya balik semula ke ofis. Saya bukak carta
organisasi cawangan pegawai lelaki tu....cari muka dia disetiap jabatan
(saya tak ingat nama tapi cam muka). Setelah 30 minit mencari muka pegawai
tu....akhirnya jumpa.
Saya bukak email ofis
dan kemudian hantar email pada pegawai lelaki nie. walaupun saya tidak guna
bahasa kesat tapi memang saya lepaskan marah dan geram kat pegawai tu sebab
telah menjatuhkan maruah saya depan orang ramai dihadapan lif tadi. Dia
bukan sahaja mencemarkan nama saya sebagai pegawai dihadapan orang ramai
tetapi telah meletakkan imej buruk dimata polis bantuan tadi.
5 minit kemudian, dia
reply email saya " mintak maaf akak....saya cuma bergurau dengan akak tadi.
saya tak sangka boss akak kat depan pintu lif. Maaflah ye....jangan simpan
dalam hati lah akak....saya gurau je". Gurauuuuuuuuu.....gurau apa sampai
jatuhkan maruah orang. saya tak kisah jika hanya saya seorang tapi
masalahnya dia bercakap sindir dihadapan beberapa orang awam....dihadapan
polis bantuan. Adakah dengan maaf dia boleh kembalikan nama baik saya. Saya
delete email dia dan kemudian tutup komputer dan terus balik rumah.
Peristiwa yang sama
pernah berlaku pada saya 4 tahun lepas. Saya terima surat dari sebuah
syarikat penerbitan menyatakan bahawa saya mendapat tenpat ketiga dalam satu
peraduan. Lebih kurang 2 minggu saya tunda ambil hadiah tu sebab tempat tu
jauh. Satu hari ketika saya dan 3 orang pegawai keluar buat tugasan luar.
Kami lalu kat kawasan syarikat penerbitan tu. Saya minta rakan saya singgah
sebentar untuk saya ambil hadiah tersebut yang merupakan hamper besar. Oleh
kerana kenderaan pejabat parking di tingkat 5, saya terpaksa bawak hamper ke
pejabat sebab kereta saya parking kat basement. Masa masuk dalam lif ada
seorang pegawai perempuan (cawangan lain), dia nampak saya bawak
hamper.
Pegawai perempuan "
hai.....takan terima rasuah kot"
Kata-kata pegawai tu
betul-betul mengejutkan saya dan 3 rakan tadi. Belum sempat kami
jawap....lif terbuka dan perempuan tu keluar. Kami berempat memang tergaman
sangat-sangat. Sesampai sahaja saya kat ofis....saya masuk bilik dan bukak
komputer. Saya hantar email aduan terus kepada ketua cawangan dia dan CC
kepada pegawai perempuan tadi serta boss saya (kami cawangan yg berlainan).
Saya tunggu 5 minit dalam bilik saya.......saya dengar kecoh kat luar
ofis....tak lama kemudian boss saya datang bersama pegawai perempuan tadi ke
bilik saya. Boss saya mintak pegawai perrempuan tadi mintak maaf dengan
saya.
Pegawai perempuan "
Puan, saya mintak maaf banyak-banyak. saya cuma bergurau sahaja".
saya keluarkan surat
syarikat penerbitan tadi dan tunjuk depan muka dia "saya tak terima
rasuah....saya cuma ambik hadiah yang saya menang dari peraduan....mujur
dalam lif tadi tak ada orang awam....jika tidak, saya takan maafkan
awak....saya akan panjangkan hal ini". Boss saya pun sound pada pegawai tadi
" U jangan cakap benda yang sensitif begini pada pegawai saya....u tahu tak
berapa beratnya tuduhan awak kepada pegawai saya".
Saya ada catu cerita
pendek untuk anda.....baca dan fahami mesej yang hendak disampaikan dalam
cerita pendek ini.
Once upon a
time an
old man spread rumors that his neighbor was a thief. As a result, the
young man
was arrested. Days later the young man was proven innocent. After been
released
he sued the old man for wrongly accusing him.
In court the old
man told the Judge: 'They were just comments, didn't harm
anyone..'
The judge, before
passing sentence on the case, told the old man: 'Write all the things
you said
about him on a piece of paper. Cut them up and on the way home, throw
the pieces
of paper out. Tomorrow, come back to hear the sentence.'
The next day, the
judge told the old man: 'Before receiving the sentence, you will have to
go out
and gather all the pieces of paper that you threw out yesterday.'
The old man said:
'I can't do that! The wind spread them and I won't know where to find
them.'
The judge then
replied: 'The same way, simple comments may destroy the honor of a man
to such
an extent that one is not able to fix it. If you can't speak well of
someone,
rather don't say anything.
'Let's all be
masters of our mouths, so that we won't be slaves of our words.'
6 comments:
Salam Bdaria,
Cerita awak tu memang baik sebagai peringatan utk kita semua, termasuk kakak ni, supaya berhati2 sebelum berkata & jgnlah buruk sangka. Setiap apa yg seseorang lakukan, mesti ada sebabnya. Terima kasih berkongsi kisah ni..... & selamat berjaya dlm exam Bdaria :)
Salam......bersabarlah, bdaria......org yang suka ckap perkara -tve pd org konpem hidupnya negative n bnyak penyakit.....bagus bdaria dah melalui tahap marah yg sgt tinggi n dpt bersabar pd ketika itu adalah sgt baik...." org yg sgt kuat ialah org yg dpt mengawal kemarahannya ketika ia sedang marah....", Alhamdulillah, bdaria Sudah dpt melalui.....pd akk tindakan bdaria sgt bijak dan cadangan akk utk menenangkan hati agar tidak ada satu pun cas -tve mengganggu emosi n rohani bdaria...." maafkanlah dia, agar jiwa kita bebas drp cas negative itu dan tenant utk study......ok, good luck drp akak..mamahayyu.
saya yg baca ni pun naik angin je dengar kisah awak ni..hehehe
tak paham kadang2 org yg ada mulut macam longkang macam nih....tak pikir langsung perasaan org...
kak daria..kagum dgn tindakan tegas akak hantar email terus. mmg kadang2 org bercakap x fikir sesuatu tu akan timbulkan fitnah yg akan tersebar. kalau tun, mmg kdg2 terlintas jugak perkara2 -ve dlm kepala pasal org lain, tp cepat2 istighfar n paling penting jgn tersalah keluar kat mulut.
Tak perlu berburuk sangka jika tidak tahu akan perkara sebenar..
saya kagum dengan akak sebab berani.. kalau saya mungkin saya akan biarkan, sebab saya tak cukup berani.. terima kasih sebb bg inspire :)
Post a Comment