Peristiwa nie berlaku dalam jam 3.25 petang
tadi. Ketika saya dan 4 orang rakan sedang berbual di tepi tingkap cermin
yang mengadap bangunan yang sedang dalam pembinaan. Saya berdiri
membelakangkan cermin....tengah dok sembang tu tiba-tiba rakan sekerja
menjerit dan menunjuk ke arah bangunan yang sedang dalam pembinaan ini. Tali
kabel yang mengikat kabel ini terputus.....mujur hanya terputus sebelah
kiri......kabel melurut kebawah dan berhenti di tingkat 3 bangunan. Saya dan
rakan-rakan tergamam.
walaupun kelihatan kabel
telah berhenti tapi kabel masih bergoyang-goyang sebab harapkan hanya
satu tali pemegang sahaja......mujur kabel berhenti dibawah sikit dari
tingkap tingkat 3....mudah bagi rakan dia membantu.
Bila tengok keadaan sudah terkawal barulah
saya terfikir untuk ambil kamera dan ambil gambar saat-saat mencemaskan bagi
pekerja ini.
2 comments:
Melihat gambar je pun boleh terasa cemas.
senario biasa di msia..
Post a Comment