Dalam seminggu
lagi saya akan hadapi exam paper law. Sejak khamis lepas saya mula ambil
cuti untuk study. Kalau ikutkan, saya nak study kat bilik di pejabat sebab
saya rasa akan lebih displin. Suasana pejabat memang mudah untuk study
sebab dalam satu floor yang luas, hanya beberapa bilik pegawai sahaja dan
bilik kami pula tertutup.....jadi memang sunyi dan tiada gangguan. Masalah
bila dipejabat saya tidak tergamak nak tolak tugas membantu pegawai lain
bila mereka buat operasi/kerja luar. Saya tak tergamak nak kata 'sorry ye,
saya tak boleh bantu u...saya nak study' sebab itu saya korbankan cuti rehat
dan duduk study dirumah.
saya orang
akaun...jenis yang hanya suka pada angka.....saya tidak suka menghafal. saya
dan adik bongsu mempunyai sikap yg sama....tidak suka menghafal sebab itu
hanya kami berdua lain sikit dalam keluarga. Semua yang lain adalah ustaz
dan ustazah yang hafal al-quran dan hadis tapi saya dalam aliran akaun dan
adik bongsu dalam aliran engineering. Bila masuk kerja dalam bidang saya
sekarang....kena pulak baca buku akta dan hafal kes undang-undang. Otak saya
sebenarnya payah nak terima....saya benci menghafal sebab saya cepat lupa.
Ingatkan bila dah habis U, dah tak payah bukak buku lagi....rupanya sampai
pencen kena bukak buku dan study.
Inilah keadaannya
bila study kat rumah. Saya ubah meja makan jadi tempat saya study.....luas
dan mudah saya nak letak semua buku dan nota termasuk laptop. meja makan
mengadap dapur....so faham-faham sajalah bila mengadap dapur. Pagi-pagi
sebelum study saya dah sediakan sarapan merangkap makan tengahhari dan makan
malam iaitu bubur nasi.
saya goreng
sardin.....buat pedas-pedas sikit.
saya buat bubur
nasi guna beras bukit yang saya beli dekat pasar serikin, sarawak.
saya goreng
ikan terubuk masin
Ok inilah bubur
nasi saya....untuk sarapan, makan tengahhari dan makan malam....kononya.
Cadangan awal-awal pagi supaya saya boleh fokus pada study.
Masa makan
bubur dengan ikan terubuk....rasa tak ummmmpppplah pulak. dalam hati
alangkah sedapnya kalau ikan terubuk nie dimakan bersama pulut kukus dan
kelapa. baru baca 2 muka surat....terus bangun pergi dapur dan cari beras
pulut. Masak pulut dan keluarkan kelapa dari peti dan kukus supaya ia
defrost. Dalam jam 10 pagi makan pulut kukus bersama ikan terubuk. Pastu
duduk balik study.
Walaupun baru
sahaja habis semangkuk bubur nasi dan sepinggan pulut kukus dengan ikan
terubuk....mulut tetap mengunyang coklat tiramisu beryls. Sedar-sedar
separuh plastik habis.
Oleh kerana makan
pulut maka rasa mengantuklah pulak.....so dalam jam 12.30 masuk
biilik....kononnya nak baring-baringlah kejap. Sedar-sedar dah pukul 2
petang. bangun mandi dan sembahyang pastu duduk semula kat meja untuk
study.
Studylah dengan
tenang dalam sejam....pastu rasa perut laparlah pulak. Bangun ke dapur dan
makan bubur nasi yang dibuat pagi tadi.
habis makan duduk
balik kat meja....study lah dalam 1/2 jam gitu.....tiba-tiba
teringat......ishhhhh kan sedap kalau makan cheese cake waktu petang-petang
gini. Bangun dan pergi bukak peti ais....keluarkan cheese cake....ambil satu
potong dan bawak ke meja. Sambil baca.....sambil makan.
Sedar-sedar satu hari
berlalu.....saya baru habis membaca nota sebanyak 20 muka surat (baru baca
dan buat ringkasan.....belum hafal) sedangkan nota yang perlu saya baca
adalah setebal fail 3 inci.
Aduhhhh kalau macam
nielah saya punya attitute study kat rumah.....bukan sahaja tak tercapai
sasaran untuk study tapi badan saya akan gemuk. Kena cari tempat lain untuk
study.
10 comments:
hehehe..bila umur meningkat ni memang tak larat dah rasanya kalau saya kena study...saya pun macam awak jugak...minat bab kira2 ni dari menghafal...
sedap betul terubuk masin tu...lama betul saya tak makan..
Gud luck n selamat belajar.... Sedapnya tgk coklat tiramitsu tu.... Akak pun suka.
haha lucu lah. Saya masa time study buat IT dulu lewat malam baru boleh design layout kalau buat siang hari sekejap sekejap kena buat susu anak last last satu apa pun tak settle. Apapun semuga berjaya adalam exam
he! he! he! inilah dilemma kalu dah berumur kena nengok buku kan..selalu2lah bdaria ada exam leave yek. boleh tunjuuk hasil2 dapo pada kami! anyway, all teh best for yr papers.
Salam Ami
Bukan soal tua atau muda, bila dah biasa guna otak kiri (mengira) tiba-tiba kena guna otak kanan (mhafal) memang phobia bagi org accounting. Sy mmg phobia sungguh bila kena menghafal dan ulas terperinci fakta kes, dikta hakim dll. Dlm kerja sy, sy tengok angka...sy byk guna otak belah kiri...kalau bagi kat saya general ledger sykt, saya boleh ulas angka2 yg ditunjukkan dlm GL dgn terperinci...itu kemahiran sy. tapi bila suruh menghafal....saya mati kutu terutama kena hafal 500 kes.
Salam q,
Sedapkan ikan terubuk tu....dia punya sisik tu kruppp2 je bila makan. Itu terubuk tempatan....mahal sikit tapi berbaloi beli yg mahal utk makan sendiri. Paling puas kalau makan dgn pulut kukus bersama kelapa (uhhh org utara tak boleh miss yg nie terutama kalau time2 hujan)
Salam Antan bertingkah,
Saya kalau lalu kat kilang berlys mesti singgah beli coklat tiramisu tu...wajib sebab minat sangat. satu pek boleh habis sehari je. Sekali singgah terbag RM50. dasyatnya sebab makan sorang.
Salam citarasaku,
Atleast bg yg ada anak boleh fahamlah kalau banyak gangguan tapi klu bujang mcm saya nie....gangguan kat peti ais dan dapur ajelah. Asyik2 nak bangun cari makan. hari nie sy study kat ofis....tenang dan damai....mulutpun tak mengunyah. masa begitu berkualiti.
Lia suka study kat bilik karel kat library... kureng gangguan dapo & makan... hehehe
haha.. memang begitulah dugaan untuk study! kena kuat semangat..
Post a Comment