Petang semalam saya buat bancuhan tepung
goreng pisang. Masih guna resepi yang pernah di postkan dahulu iaitu kat
sini. Kali nie saya mempelbagaikan kegunaan tepung
goreng tersebut. Saja seronok-seronok untuk berkreatif dengan resepi....kita
tengok samaada ia turn out to be a good recipe or bad recipe.
Pertama sekali saya cuba buat ais krim goreng
tetapi guna tepung goreng ranggup.
1. Ais krim goreng
Experimen saya tidak menghasilkan resepi yang
bagus. Ais krim goreng tak boleh guna tepung goreng ranggup sebab untuk buat
ia garing....ia perlu digoreng agak lama. Bila goreng lama.....air krim kat
dalam tu akan cepat cair. Selain tidak mendapat kulit yang ranggup.....ais
krim juga mencair tapikan ia tetap sedap. Sekejap je saya habiskan ais krim
goreng tu.
Oh ye ini hanya experimen saya sahaja
ye.
2. Tapai ubi goreng
Ini resepi kedua guna tepung goreng ranggup
tersebut. Semasa singgah kat kedai runcit kat apartment untuk beli
pisang....tengok kat kaunter cashier ada beberapa bekas tapai ubi. Ubi yang
digunakan itu kecil-kecil sahaja dan nampak menarik. Saya beli
sebekas....dan cuba buat tapai ubi goreng.
Rasanya tapai ubi goreng tidak asing lagi
kepada kita semua. Anda tentu pernah makan.....saya ada jumpa tapai ubi
goreng kat satu restoran tapi tak beli. kali nie saya nak cuba rasa macam
mana tapai ubi goreng.....sedap ke tidak. Ia sedap bagi yang suka tapai ubi.
3. Pisang goreng
Dah tentu tepung goreng ranggup dibuat untuk
goreng pisang. Hari jumaat lepas, family saya termasuk anak-anak saudara
datang ke apartment saya....oleh kerana time tu saya baru balik pejabat so
tak boleh nak prepare apa-apa yang special. mereka datang pun
mengejut....tiba-tiba je masa kat ofis.....mereka call dan kata dah ada kat
KL. kelam kabut saya balik dan singgah kedai beli sedikit barang dapur
termasuk seikat pisang. Bila saya buat pisang goreng guna resepi tepung
goreng pisang ranggup nie.....anak-anak saudara saya suka sungguh makan. Mak
saya kata tepung goreng tu sedap.
So petang semalam saya goreng semula pisang
guna tepung tu.
Tepung Goreng Ranggup
(Post asal kat sini.....sila ke sini untuk lihat sumber
asal resepi ini)
Bahan-bahan:-
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 4 sudu besar kelapa kering/kelapa parut segar (resepi asal pakai santan)
- 1/2 sudu besar baking powder
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 biji telur
- Air secukupnya
- 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
- Garam secukup rasa
- Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
- Masukkan majerin cair dan kacau rata
5 comments:
ehm besttukan.. esp goreng pisangtu kalau ranggup2 memang sangat sedap...
aslmkum Bdaria.. perkongisan yg baik ni.. nnti saya nak cuba jugak la.. minta izin CP rspi serimuka pdn yer.. tq dear..
kak daria.. skrg ni musim hujan, mmg sedap bila dpt makan pisang goreng panas2 ^^
saya belajar makan tapai ubi goreng masa duk studi dulu,kat gerai di ganu yang jual keropok lekor selalu ada jual goreng pisang n tapai ubi goreng sedap,cicah dengan sos keropok lekor
hi cik bdaria,
sorry out of topic sikit tapi any idea mana nak dapatkan ice cream maker dan waffle maker di kl dengan harga yg berpatutan dan berjenama yg ok. (The last time i went to kl, jumpa dgn 1 ice cream maker berjenama Italy but the problem is the manual hanya menggunakan bahasa Italy.
Thks & Rgds
Chan, KK, Sabah.
Post a Comment