Masa melawat adik perempuan saya kat Teluk
Intan.....saya guna jalan sg buluh-sabak bernam. Hanya 2 jam perjalanan tapi
yang paling saya suka sebab laluan jalan kampung yang cantik dan tenang.
Seronok bawak kereta ikut jalan nie. Jalan 2 line.....tidak banyak kenderaan
dan sometime tanpa saya sedar saya bawak melebihi had laju.
Bila balik semula ko Kota Damasara....saya
ikut jalan yang sama sebab saya nak singgah beli cempedak, jambu air,
jagung, mangga, air nira dan macam-macam yang dijual disepanjang perjalanan
teluk intan-sabak bernam. Masa membeli....tak ingat yang nak makan tu sorang
sahaja....seronok tengok jagung yang segar-segar, jambu air yang manis dan
murah, cempedak yang murah dll. Tanpa saya sedar saya beli macam-macam...as
a result...semuanya dibungkus masuk dalam peti ais dan tunggu turn untuk
dimakan. Setelah seminggu jagung dalam peti ais maka petang
semalam.....tergerak hati nak buat cekodok jagung bersama udang. Jika
jagung....cekodok selalunya disatukan dengan udang....memang best
sangat.
Cekodok jagung bersama udang
Sumber: Resepidaria.com
Bahan-bahannya:-
-
300gm tepung gandum
-
150-200gm udang sederhana (dibersihkan)
-
3 ketul jagung (dihiris ambil biji jagung)
-
300ml air
-
1 sudu makan gula (paras sahaja)
-
sedikit garam
-
1/2 tsp eno (paket biru)
Cara-caranya:-
-
Ambil sedikit air(dari sukatan 300ml diatas) dan masukkan gula dan garam. Larutkan dan ketepikan
-
Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan jagung dan udang
-
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau secara sehala ikut putaran jam.
-
Akhir sekali masukkan larutan gula dan garam. Kacau rata dan biarkan ia betul-betul sebati.
-
Biarkan selama 15 minit.
-
Panaskan minyak dengan api yang sederhana
-
Apabila minyak sudah panas, masukkan 1/2 tsp eno kedalam bancuhan. Kacau rata dan anda akan nampak ia berbuih-buih sikit.
-
Guna sudu atau jemput mengunakan tangan, masukkan kedalam kuali sehingga separuh penuh.
-
Sentiasa kacau dan pastikan cekodok anda tidak melekat antara satu sama lain.
-
Masak sehingga kekuningan dan angkat.
-
Toskan dengan tisu masakan sebelum dihidangkan bersama sos cili.
Nota:-
-
Jangan biarkan lama bancuhan selepas eno dimasukkan.
-
Jangan lebihkan sukatan gula....pastikan ia hanya paras sahaja sebab cekodok nie bukan cekodok manis. Gula digunakan dalam cekodok ini supaya manis udang lebih terasa.
1 comments:
nmpk pun tau sedap.. tun pun suka lalu jalan kampung bila travel, tp tu kalau xjauh beza jarak antara highway n jln kampung la..
Post a Comment