Wednesday, March 14, 2012

Anak saudara baru lagi

Alhamdulillah Jumaat lepas, adik perempuan saya yang ke 4 telah selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.9kg. Jika anda pengikut awal blog saya, anda tentu tahu bahawa adik saya yang ke 4 nie bukan sempurna, dia OKU. Adik yang sentiasa saya risau dan bimbang akan masa depannya tetapi Allah maha adil, setiap kekurangan ada kelebihannya. Masa tu kami sekeluarga selalu terfikir....siapakah yang ingin berkahwin dengan adik saya.....tetapi alhamdulillah dia bertemu jodoh dengan lelaki sempurna yang sangat baik....kemudian dia mengandung. dalam tempoh awal mengandung....dia mengalami masalah alahan dan kesihatan yang teruk. Adik saya nie ada jin dalam badan dia.....kami sekeluarga telah berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan jin tersebut tetapi tidak berjaya.....ketika awal mengandung.....dia selalu pengsan.....ketika sedang duduk bersila makan nasi....tiba-tiba dia akan tumbang kebelakang. Ketika itu keadaan dia memang merisaukan sebab kandungan masih belum stabil dan jika asyik pengsan tanpa sebab dan tidak kira tempat dan masa....kemungkinan untuk gugur amat tinggi tambahan pula badan dia sangat lemah sebab dia tidak mahu makan. Setelah berjaya melepasi 3 bulan pertama....keadaan dia bertambah baik.

Keadaan dia mula menjadi teruk bila usia kandungan dia menjangkau bulan yang ke 8, keadaan kakinya yang lembik tidak mampu hendak tambung berat perut. Dia adalah kerani di sekolah, untuk kepejabat dia kena naik tangga. Ketika ini suami dia akan hantar sampai ke depan tangga dan dia akan merangkak naik tangga sehingga ke atas...kemudian suaminya akan papah dia untuk duduk di atas kerusi dimeja kerjanya. Setiap hari begitulah keadaannya. Masalah timbul bila dia hendak ke tandas.....takan dia hendak merangkak untuk ke tandas. Bila terasa terlalu susah hendak ke tandas dia mula tidak mahu makan dan minum. Akhirnya doktor berikan mc sebulan untuk dia, mak bawak dia balik ke Dungun. Ketika di Dungun, adik perempuan saya yang ke 2 telah pergi ke setiap hospital bersalin swasta untuk mendapatkan pandangan berkenaan dengan keadaan adik saya dan kami sekeluarga ketika itu telah berpakat untuk memasukkan dia di hospital swasta supaya dia bersalin secara bedah. Ada seorang doktor pakar kemudiannya menasihati adik saya nie supaya tidak bersalin secara pembedahan sebab dengan keadaan kakinya, dia kemungkinan akan memdapat kesan yang teruk dalam jangka masa panjang iaitu lumpuh terus. Akhirnya keluarga saya bawa dia ke Hospital Kuala Terengganu. Doktor pakar disana berjanji akan membantu adik saya dan nasihatkan supaya dia bersalin secara normal. Berdasarkan janji doktor pakar tersebut maka family saya decide untuk membiarkan adik saya bersalin di Hospital Kuala Terengganu.

Selama dua minggu dia menunggu tempoh bersalin di Dungun, pada selasa 7hb....adik saya dihantar ke HBKT tetapi rupanya itu adalah false signal. Doktor pakar yang berjanji untuk uruskan adik saya tidak bertugas ketika itu....ada doktor baru yang handle tetapi doktor nie agak kurang ajar dan bercakap kasar kepada adik saya dan halau adik saya balik. Family saya bawak dia balik.....adik perempuan saya kata pada mak saya dia nak bersalin di Pahang.....dia tak nak bersalin di HBKT sebab dia benci nak jumpa doktor tu.

Pada 8hb mak saya bawak dia balik ke Pahang. Sampai di kampung dalam jam 8 malam.....dalam jam 12 malam, adik saya mula terasa sakit dan tanda-tanda hendak bersalin mula nampak. Family saya bawak dia ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Dalam jam 12.45 tengahhari 9hb dia bersalin anak perempuan yang comel dan sempurna. Alhamdulillah.....kami adik beradik yang berada di KL, Teluk Intan dan Singapore sentiasa menelefon setiap jam untuk mengetahui keadaan beliau. Risaunya Allah sahaja yang tahu.....saya yang berada di pejabat gelisah tak terhingga sehingga semua kerja tidak buat hanya pegang handphone. Anak dia sempuna dan dibawa keluar sejam kemudian tetapi keadaan adik saya agak teruk dan hanya beberapa jam kemudian baru dibawa keluar dari wad. Adik saya cerita, 4 doktor terpaksa urus kes dia ketika dia bersalin dan mereka melakukan kerja dengan profesional dan sabar tanpa meninggi suara dan memarahi adik saya sebab terlalu lemah dan faham bahawa dia adalah OKU yang menghadapi masalah dengan kaki.


Saya balik ke kampung pada hari sabtu tetapi adik masih belum dibenarkan keluar hospital sebab adik saya demam. Hari ahad pagi, dia asyik menelefon kami di kampung supaya datang bawak dia keluar dari hospital. Saya dan adik ipar pergi ke Hospital.....saya pelik sebab sepanjang jalan ke hospital adik saya menelefon bertanya dah sampai belum (jarak rumah ke hospital adalah 1 jam perjalanan). Sesampai di Hospital dalam jam 12 tengahhari (waktu melawat 12-1 tengahhari), adik ipar berjumpa doktor dan minta supaya adik saya dibenarkan dibawa balik tetapi doktor tidak benarkan sebab adik saya masih demam. Adik saya menangis dan minta supaya dia dibenarkan balik....kemudian dia cerita pada doktor bahawa semalam dia ditengking oleh nurse yang bertugas malam dan mengeluarkan perkataan yang kesat. Adik saya OKU, dia lemah dan tidak kuat....bila baby menangis....dia tidak boleh terus bangun untuk ambil baby sebab dia ambil maa untuk bangun....disebabkan itu nurse yang bertugas terus tengking dan jerit pada dia "pemalas.....kerja nak tidur saja....bangunnnnnlah!!!!!....pekak ke tak dengar baby menangis".



Jika anda melihat bagaimana adik saya cuba menguruskan baby nie......anda tidak akan tergamak hendak marah dan tengking dia. Tangan dia mengeletar dan ketika tu saya lihat tangan dia keras seolah-olah macam dia lumpuh sehingga nak pegang baby dengan betul pun tak mampu....saya yang terpaksa ambil baby dan letakkan baby di atas tangan dia dan tolak perlahan muka baby mengadap bahagian tetek adik untuk menyusu. Semua pesakit lain yang menyaksikan keadaan adik saya akan jatuh air mata sebab susahnya dia hendak menyusu anak.....tergamak nurse tu tengking adik saya. Tangan dia sentiasa mengigil dan dalam keadaan seperti lumpuh (jika anda pernah hadapi pesakit yang ada jin dibadan....anda akan faham mengapa adik saya dalam keadaan begini). Doktor kasihankan adik saya dan benarkan dia dibawak balik. Saya puji Hospital nie.....sekurity amat ketat terutama jika hendak bawak baby keluar, oleh kerana hanya ibu yang harus pegang baby maka saya letakkan baby diriba adik dan tolak kerusi roda untuk keluar dari hospital. Adik ipar saya pula sentiasa perhatikan keadaan tangan adik saya supaya baby tidak terlepas.

Sesampai di rumah....mak saya uruskan baby dan adik perempuan saya hanya berbaring sahaja sebab beliau masih demam. Jika dirumah semua orang menjaga adik dan babynya.....malah bidan kampung sentiasa datang menjenguk bagi memastikan adik saya selesa.

Hari Isnin, kami sekeluarga buat kenduri akikah untuk anak adik lelaki saya yang lahir pada 18 Februari lepas. Pagi hari isnin, saya tolong mak masak kari daging bersama rebung, sup kambing dan sayur campur. Hidangan simple sahaja.....hanya mak, pak cik saya dan saya sahaja yang memasak.....tetamu hanya dijemput datang makan sahaja. Selesai sahaja masak saya terus bersiap untuk balik ke KL. Terkejut mak saja bila tengok saya dah siap nak balik sedangkan jam baru 12 tengahhari. Dia tanya mengapa tak tunggu tetamu datang semua kat rumah dan baliklah petang. Tak mungkin saya akan tunggu tetamu datang.....dengan kehadiran baby-baby baru nie.....sudah tentu saya akan jadi 'mangsa perlian' makcik-makcik yang mulutnya tiada insuran. Saya tak sanggup dengar.....bila tengok saya diam....mak saya faham dan terus bungkuskan makanan yang dimasak itu untuk saya bawak balik. Masa nak keluar dari rumah bertembung jugaklah dengan mak cik esah murai....terpaksa saya bersalam dan bertanya khabar dia dan sempat jugaklah dia menyembur pertanyaan dan komen yang menghiris perasaan saya.....saya cepat-cepat mintak diri dan adik lelaki saya terus ambik beg saya dan masukkan dalam kereta. Seksanya bila berhadapan dengan orang kampung yang berperangai macam nie.

Dalam perjalanan balik ke Temerloh, hujan turun sederhana lebat....saya bawak dalam 60-70km sahaja tiba-tiba sesampai disatu kawasan kampung saya terpaksa brek mengejut sebab kereta-kereta mula slow. Saya ingat ada road block.....saya cuba tinjau-tinjau dihadapan tetapi tak nampakpun kereta polis. pelik mengapa semua kereta slow sangat....dalam keadaan tertanya-tanya tu saya sempat pandang ke arah kanan dan saya lihat seekor ayam jantan tanpa kepala (darah pekat mengalir dibadan ayam tersebut) berdiri tegak ditengah-tengah jalan. Saya tak sempat ambil handphone untuk ambil gambar sebab tergaman tengok ayam tersebut. Rasa pelik sangat dengan keadaan ayam tersebut.....terfikir jugak mengapa dia tidak tumbang lagi. Rupanya semua kereta perlahan untuk tengok ayam jantan tanpa kepala tu (ayam yang baru lepas disembelih). Saya sampai di KL dalam jam 4 petang.

7 comments:

Chik Mimi said...

sedihnya Bdaria bergenang air mata membaca cerita kisah si adik tu,mmg kadang kala jururawat ni pun terlebih jugak....,sabar ya semoga Allah memberi kesedaran buat Bdaria sekeluarga

dapurCikWan said...

rasa tenang bila tengok baby.. =)

Anonymous said...

tahniah atas kelahiran anak buah yang baru...alhamdulillah adik akak bdaria sememangnya seorang yang sangat kuat kerana berjaya bersalin secara normal..cukup memahami perasaan dan keadaan lemah ibu yang baru bersalin apatah lagi bagi oku..mmg sgt lemah.semoga kelahiran baby baru membawa kebahagian n keceriaan dalam hidup bdria sekeluarga.mmg comelll sangat!!

quinnie said...

tahniah dpt anak sedara baru...comel..:) memang macam2 perangai nurse ni..cousin saya kerja nurse pun kadang2 tak larat nak layan kerenah rakan sekerja dia..terutamanya bab2 curi tulang dan malas keje ni memang biasa...bukan nak mengata tapi itu la hakikatnya...:)

FIZAH KAJANG said...

SAYA HAFIZAH DARI KAJANG. CUBA BUKA DARUL HANTU.BLOGSPOT. MUNGKIN BOLEH MEMBANTU. TUKANG BUNUH JIN. TUMINGAN ISMAIL. NO 19,LORONG 3, JALAN ANTOI KG DATO SULAIMAN MENTERI. MAJIDE. J.B 019-7516287

Rin said...

Sedih saya.
Slalu mmg doktor lebih bertimbang rasa drpd nurse.
Alhamdulillah adik bdaria dikurniakan baby. Murah rezeki walau penuh dugaan.
Saya dulu pun lama berubat. Sana sini..6kali keguguran.
Adik kedua saya, da 11 tahun kawin pon xde rezeki anak lagi...

rohana mohd nor said...

Salam Cik Bdaria.....

Aduhai..... airmata saya mengalir tanpa sedar.... sabarlah Cik Bdaria... insyaallah Cik akan jadi lebih kuat.... amin.