Thursday, March 15, 2012

Kuih Bom

Pagi tadi semasa sarapan di pantri, rakan sekerja berkata kuih onde-onde yang dijual kat cafe tu kecil sangat tetapi harga 50 sen. Sampuk rakan yang lain"whhhhh....mahalnya kalau onde-onde dijual 50 sen sebijik" (dia merujuk kepada kuih buah melaka aka onde-onde bagi sesetengah tempat). Seorang rakan lain kerkata "bukan onde-ondelah itu....itu kuih badak", saya yang mulanya diam sambil makan mihun goreng terus menyampuk 'bukan kuih badak, kuih badak guna ubi keledek dan intinya inti kelapa pedas....itu kuih bom atau sesetengah tempat panggil onde-onde atau kuih bijan". Saya tahu maksud rakan pertama sebab saya juga turun kat cafe tadi untuk beli sarapan....saya nampak kuih bom aka kuih onde-onde (yang disebut oleh rakan yang pertama) yang besar sikit dari ibu jari saya tetapi dijual dengan harga 50 sen. Melampau betul peniaga tu......jika nak jual 50 sen sebijik kuih, tolonglah jangan kecilkan saiz kuih. Seorang rakan sekerja lelaki berkata "saya tak sanggup beli kuih-kuih kat situ sebab rasa macam buang duit". Memang sejak peniaga tu ambil alih cafe pada awal lalu....ramai merunggut harga kuih dan makanan yang dijual terlalu mahal. Saya tidak pernah nak sentuh kuih-kuih yang dijual disitu sebab terasa sanggup nak keluarkan duit walaupun seringgit untuk beli 2 biji kuih yang sangat-sangat kecil dan tidak berbaloi langsung dengan nilai duit.

Kuih bom nie saya buat hari semalam.....sebab teringin nak makan.





Kuih bom ni tak bulat cantik sebab ini gambar kuih onde-onde yang digoreng selepas balik kerja semalam selepas dibiarkan selama seharian di atas dulang. Saya hanya sempat goreng separuh sebelum pergi kerja...tak sempat nak goreng semua sebab dah terlewat....sampai kat ofis kononnya nak ambillah gambar tapi handphone dan kamera tertinggal kat rumah. So bila balik kerja saya goreng baki kuih bom yang ditinggalkan tu....sebab tu bentuknya dah tak bulat cantik.

Resepi kuih bom nie saya tak berikan dalam sukatan yang tepat sebab saya buat tanpa disukat.....jika anda baru pertama kali nak buat kuih nie....cuba dapatkan sukatan bahan yang tepat dari blog masakan yang lain....bahannya sama sahaja.

Kuih Bom
resepi oleh : resepidaria.com

Bahan-bahannya:-
  • 250gm tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • sedikit garam
  • santan cair secukupnya (saya guna santan kotak dicampur dengan air)
  • Inti secukupnya : inti kacang merah atau inti kelapa atau inti kacang hijau (saya guna inti kacang merah)
  • Bijan secukupnya
  • Minyak untuk mengoreng
Cara-caranya:-
  1. Masukkan tepung dan garam dalam bekas, gaul rata
  2. Tuangkan santan cair sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  3. ambil sedikit doh dalam anggaran 30gm dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis doh tersebut
  4. Ambil dulang dan tabur dengan bijan
  5. Leperkan doh dan masukkan inti, tutup rapat supaya inti tidak terkeluar. Bulatkan
  6. letakkan diatas bijan yang ditabur atas dulang tadi. Buat langkah 5 sehingga semua doh habis.
  7. Goyang-goyang dulang supaya semua kuih diliputi dengan bijan. Jika tak pandai....guling-gulingkan kuih atas bijan supaya semua permukaan kuih diliputi dengan bijan.
  8. Rehatkan kuih bom anda sebelum digoreng.
  9. Goreng dengan minyak panas sehingga kekuningan. Pastikan digoreng dengan mengunakan api sederhana.


Tips:
  • Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat....kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.
  • Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang.....buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.
  • Jangan terlebih rehat pulak....macam kuih bom saya kat atas tu. Buat malam hari tapi biarkan seharian maka tepung terasa masam sikit dan bentuknya dah tak bulat cantik.

2 comments:

tun_telani said...

Ooooooo........... kene rehatkan doh rupa2nya.. tq kak diana for the tips. tun suka mkn tp x pernah buat sendiri.

IeRA said...

Feberet kita ni...