Pagi tadi semasa sarapan di pantri, rakan
sekerja berkata kuih onde-onde yang dijual kat cafe tu kecil sangat tetapi
harga 50 sen. Sampuk rakan yang lain"whhhhh....mahalnya kalau onde-onde
dijual 50 sen sebijik" (dia merujuk kepada kuih buah melaka aka onde-onde
bagi sesetengah tempat). Seorang rakan lain kerkata "bukan onde-ondelah
itu....itu kuih badak", saya yang mulanya diam sambil makan mihun goreng
terus menyampuk 'bukan kuih badak, kuih badak guna ubi keledek dan intinya
inti kelapa pedas....itu kuih bom atau sesetengah tempat panggil onde-onde
atau kuih bijan". Saya tahu maksud rakan pertama sebab saya juga turun kat
cafe tadi untuk beli sarapan....saya nampak kuih bom aka kuih onde-onde
(yang disebut oleh rakan yang pertama) yang besar sikit dari ibu jari
saya tetapi dijual dengan harga 50 sen. Melampau betul peniaga tu......jika
nak jual 50 sen sebijik kuih, tolonglah jangan kecilkan saiz kuih. Seorang
rakan sekerja lelaki berkata "saya tak sanggup beli kuih-kuih kat situ sebab
rasa macam buang duit". Memang sejak peniaga tu ambil alih cafe pada awal
lalu....ramai merunggut harga kuih dan makanan yang dijual terlalu mahal.
Saya tidak pernah nak sentuh kuih-kuih yang dijual disitu sebab terasa
sanggup nak keluarkan duit walaupun seringgit untuk beli 2 biji kuih yang
sangat-sangat kecil dan tidak berbaloi langsung dengan nilai duit.
Kuih bom nie saya buat hari semalam.....sebab
teringin nak makan.
Kuih bom ni tak bulat cantik sebab ini gambar
kuih onde-onde yang digoreng selepas balik kerja semalam selepas dibiarkan
selama seharian di atas dulang. Saya hanya sempat goreng separuh sebelum
pergi kerja...tak sempat nak goreng semua sebab dah terlewat....sampai kat
ofis kononnya nak ambillah gambar tapi handphone dan kamera tertinggal kat
rumah. So bila balik kerja saya goreng baki kuih bom yang ditinggalkan
tu....sebab tu bentuknya dah tak bulat cantik.
Resepi kuih bom nie saya tak berikan dalam
sukatan yang tepat sebab saya buat tanpa disukat.....jika anda baru pertama
kali nak buat kuih nie....cuba dapatkan sukatan bahan yang tepat dari blog
masakan yang lain....bahannya sama sahaja.
Kuih Bom
resepi oleh : resepidaria.com
Bahan-bahannya:-
-
250gm tepung pulut
-
2 sudu makan tepung gandum
-
sedikit garam
-
santan cair secukupnya (saya guna santan kotak dicampur dengan air)
-
Inti secukupnya : inti kacang merah atau inti kelapa atau inti kacang hijau (saya guna inti kacang merah)
-
Bijan secukupnya
-
Minyak untuk mengoreng
Cara-caranya:-
-
Masukkan tepung dan garam dalam bekas, gaul rata
-
Tuangkan santan cair sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
-
ambil sedikit doh dalam anggaran 30gm dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis doh tersebut
-
Ambil dulang dan tabur dengan bijan
-
Leperkan doh dan masukkan inti, tutup rapat supaya inti tidak terkeluar. Bulatkan
-
letakkan diatas bijan yang ditabur atas dulang tadi. Buat langkah 5 sehingga semua doh habis.
-
Goyang-goyang dulang supaya semua kuih diliputi dengan bijan. Jika tak pandai....guling-gulingkan kuih atas bijan supaya semua permukaan kuih diliputi dengan bijan.
-
Rehatkan kuih bom anda sebelum digoreng.
-
Goreng dengan minyak panas sehingga kekuningan. Pastikan digoreng dengan mengunakan api sederhana.
Tips:
-
Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat....kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.
-
Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang.....buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.
-
Jangan terlebih rehat pulak....macam kuih bom saya kat atas tu. Buat malam hari tapi biarkan seharian maka tepung terasa masam sikit dan bentuknya dah tak bulat cantik.
2 comments:
Ooooooo........... kene rehatkan doh rupa2nya.. tq kak diana for the tips. tun suka mkn tp x pernah buat sendiri.
Feberet kita ni...
Post a Comment