Terima kasih kepada semua yang memberikan
komen. Saya hargainya semua komen anda.....terima kasih atas perhatian anda.
Sebenarnya laptop dell milik saya itu merupakan barang kesayangan saya.
Didalamnya saya simpan semua gambar-gambar berharga....setiap peristiwa yang
berlaku dalam hidup saya terkandung disitu. Semua gambar-gambar dari 5 tahun
yang lepas berada dalam folder di laptop tersebut. Saya suka mengetahui
rahsia masakan so saya banyak beli e-book...dan semua e-book tersebut berada
dalam laptop....wahhhhhh sebab e-book tu bukan murah....mahal....mesti
pencuri tu sekarang nie dah tahu semua rahsia masakan tersebut.
Gambar-gambar dari kelas masakan....step by step proses masakan saya rakam
dan masukkan dalam laptop tersebut. Boleh dikatakan....laptop tersebut
mengandungi semua benda-benda yang saya hargai dalam hidup saya.
Bila ia hilang......saya memang rasa amat-amat
kecewa. Dalam bulan Disember tahun lepas.....selepas rakan memberitahu
bahawa dia telah bank in cek dividen syarikat yang saya terima dalam tahun
2011. saya terfikir....apa benda yang patut saya beli supaya bila saya lihat
barang tersebut saya akan ingat itu dibeli dari duit dividen syarikat yang
saya tubuhkan 12 tahun yang lepas. Saya beli Laptop jenama dell yang terbaru
berharga RM3,600....dan saya beli handphone Samsung S2. Saya puas hati dapat
dua barang tersebut. Bila saya lihat 2 barang ini....saya berkata....inilah
hasil dari syarikat yang saya tinggalkan 7 tahun lepas.....biarpun diri saya
bukan berada disana lagi tapi syarikat itu tetap milik saya
biarpun pegangan saham saya adalah kecil. Saya amat berbangga
sebab dividen itu adalah hasil titik peluh dan susah payah saya
bersama rakan-kongsi 12 tahun lepas dalam membina dan menaikkan
syarikat tersebut sehingga ia berdiri teguh seperti sekarang.
That why bila lihat laptop tersebut dicuri
saya rasa 'down' sangat beberapa minggu yang lepas. Hari nie saya
happy....happpyyyyy....so happyyyy sebab dapat berita bahawa kami semua akan
menerima bonus beberapa bulan (berapa bulan terpaksa dirahsiakan)...yang
pasti bonus tahun ini paling tinggi yang pernah kami terima.
Alhamdulillah.....syukur rezeki Allah. Setiap dugaan ada hikmahnya.
Biarpun saya akan membeli laptop baru selepas
ini tetapi saya tidak dapat mengantikan semua memori yang saya simpan dalam
laptop lama(jangan berleter kepada saya mengapa tak simpan semua tu dalam
pendrive sebab lepas laptop dicuri...saya ketuk kepala saya beberapa kali
sebab mengapa bodoh sangat tak simpan dalam pendrive....ye saya sendiri dah
sedar saya lalai dan bodoh). Blog ini akan saya aktifkan semula selepas
kamera dan laptop dibeli semula bagi mengantikan laptop dan
kemera yang dicuri itu. (tengokkkk....baru sah berita bonus....duit
belum masuk dalam akaun tapi angan-angan nak habiskan duit dah
mula timbul).
5 comments:
Salam Kak...lega rasanya sekarang akak dah kembali ceria. memang dugaan dalam hidup ada pasang dan surut. Pasrah dan redha..Alhamdulilah. Apapun skg nie ada Skydrive...akak boleh simpan fail penting..jika ada emergency kita dapat akses.
Alhamdulillah bestnyeee,saya simpan e-book kat google doc aje senang online ,gambar kat picasa pun online,so bila komputer kaput kena virus sy punya benda still selamat,ce try
Salam Cik Daria.Semoga semuanya akan bertambah baik dan walaupun kita tak pernah mengenali saya doakan Cik Daria sentiasa dilindungi Allah
Salam dik,
akak doakan semoga Bdaria sentiasa dilindungi ALLAH. Amin...
Kha.
Bdria ,tu yg I nak dengar..keep ur chin up ya..!x worry ,pencuri tu makan duit haram ,hidup x aman.btw ,boleh la poskan ckit duit bonus ke Jordan utk I ..hehe.aziah.jordan
Post a Comment