Mee kari Ala Nyonya nie saya buat guna resepi
kat blog kak jee. Macam kak jee tulis kat blog dia.....mee kari nie memang
sedap giler. Resepi simple tapi sedap sangat. Saya buat hari selasa lepas.
Teringin nak makan mee kari so pergilah kedai runcit dan belilah ayam 1/2
ekor (RM6.50), kerang RM2, mee kuning sepeket, kelapa parut sebijik RM2.00,
taupok RM2 satu pek. Habis lebih RM14 hanya untuk masa mee kari dan yang
makannya hanya seorang. Lepas habis semangkuk mee kari.....terus masukkan
baki kari dalam bekas besar dan bekukan dalam peti ais. Tak tahulah berapa
lama kari tu nak berada dalam peti ais sebelum saya nak panaskan dan makan.
Tengok....sebab tulah malas nak masak....kalau masak dan makan sorang-sorang
nie memang tak syok....dahlah kos bahan sahaja tidak berbaloi dengan sorang
makan tapi disebabkan nak rasa keenakan mee kari resepi kak jee....masak
jugak. Oh ye mee kari saya nie tak banyak bahan sampingan sebab saya tak nak
beli bahan mentah banyak2 pastu terbiar dalam peti ais so saya hanya beli
yang perlu sahaja. Resepi boleh ambik kat blog kak jee kat sini.
3 comments:
Assallamualaikum Daria..
Ermmm..sedapnya tgk mee kari daria walaupun tak banyak bahannya.. Mmg kalau makan sorang2, cam malas rasa nak masak kan. Tapi daria rajin. Kalau Naz agaknya, nasi putih dgn telur dadar dan timun potong jer.. Kuahnya kicap dgn hirisan cili padi pun dah cukup..hehehehe..dasar M besar..
salam kak diara, tun paling suka makan mee kari! teringat zaman sekolah, tiap2 rabu mesti cepat2 ke kantin sbb hari rabu je ada mee kari.
salam kak..
sedapnyerrr mee kari, udang besar2 pulak tuu
Post a Comment