Friday, May 4, 2012

Sekadar berceloteh

Tak ada entry masakan baru cuma nak berceloteh sikit. Semalam tak pergi bengkel...lepas balik kerja terus balik rumah sebab nak kemas rumah (baju tak berlipat penuh bakul). Adik perempuan saya dengan family dia nak datang rumah petang nie so seperti biasa....kenalah kemas-kemas sikit. Bila tetamu nak datang....saya kena check peti ais tengok bahan untuk memasak. Banyak betul yang nak kena beli petang nie. Ini ok lagi sebab adik call bagitau awal. Baru-baru nie keluarga mak ngah saya yang kat kedah call "long, petang nie pukul bape balik kerja....kami sekarang kat KL....mungkin dalam kul 6 nak pi rumah". Masa saya dengar berita tu saya kat pejabat dan masa tu pukul 3 petang.....kelam kabut siapkan kerja dan pastu tunggu depan punch card. Balik je rumah terus kemas apa yang patut (saya malas lipat baju so selalunya baju tak berlipat penuh atas katil bujang kat bilik kosong)....sebelum tu singgah kat kedai runcit beli beras dan barang-barang dapur untuk memasak untuk tetamu yang dekat 6 orang. Berpeluhhhhh.....sebab tu kadang-kadang cukup tak suka kalau tetamu datang mengejut....rumah bujang bukan macam rumah orang berkeluarga....beras kat rumah saya tak de sebab saya jarang masak nasi kat rumah.....saya beli beras 1 kilo sahaja, itupun sampai berbubuk kat dalam bekas. makanan segera memang tak pernah ada dalam peti ais rumah saya. Kalau tetamu datang mengejut...selalunya saya garu kepala sebab saya tak tahu nak hidang apa...saya hanya bancuh kopi dan hidangkan biskut kering. Petang nie saya ingat nak buat donat dan salutkan dengan coklat sebab itu makanan kegemaran anak-anak saudara. Anak saudara saya selalu cakap "ummi (adik saya) kalau buat donat...tak sedap macam mak long buat". ewaaahhhh tu yang bersemangat nak buat lagi.

Ini adalah clip rambut yang saya beli dengan harga RM18-20 kat flea market lama dulu. Semalam masa nak clipkan pengepit nie kat rambut....saya pegang bunga orkid tu. Baru saya perasaan bahawa bunga orkid tu sebenarnya bukan diperbuat daripada kain tetapi ia dibuat daripada clay. Inilah orkid yang saya belajar buat kat bengkel.....masa pegang bunga orkid tu....happy sungguh sebab lepas nie bolehlah buat clip rambut sendiri dengan mengunakan bunga orkid yang dibuat daripada clay.




Petang semalam saya buang 3 ketul bun nie kat dalam tong sampah. Saya tak makan bun nie sebab hati saya geram sungguh dengan cashier kat Bread Story Ikano. Lepas habis bengkel dan lepas sembahyang saya selalunya akan singgah kat Bread Story sebab time nie selalunya ada 30% diskaun. Masa saya dok pilih bun dan roti....suasana kedai tu agak kecoh dan bising dengan gelak ketawa cashier lelaki yang dok bersembang dengan rakan sekerja dia (budak remaja lelaki dan perempuan melayu). Mereka berbual seolah-olah dalam kedai tu hanya mereka berdua sahaja dan tiada pelanggan. Saya sebenarnya paling tak suka dengan sikap tidak profesional pekerja yang suka bersembang dan bergurau senda dengan suara yang kuat dalam kedai terutama kedai-kedai seperti nie sebab bagi saya tempat nie exclusive dan bukannya pasar jual ikan.....tapi saya perhatikan banyak sungguh pekerja (terutama bangsa kita) tidak tahu nak bersikap profesional.

Saya nampak produk baru Bread story iaitu Gold San Bun....ada offer beli 3 pek Gold San Bun berharga RM7.90 tapi kalau beli satu pek harganya RM3 lebih. Saya cuma nak rasa so saya belilah satu pek sahaja. Sampai kat kaunter....budak lelaki tu tak habis-habis lagi dok sembang dengan budak perempuan tu.....bila dia tengok saya ambik Gold San Bun...budak perempuan tu kata "kak, kalau akak ambik 3 harganya RM7.90....dan bun nie tidak ada diskaun 30%". Saya kata tak pe sebab saya nak rasa sahaja. Cashier lelaki tu pulak kata "Akak....tak elok makan bun banyak-banyak....nanti kena sakit jantung, kencing manis....lemak banyak". Masa tu saya pandang muka dia.....dia cashier kat kedai roti dan kemudian nasihatkan customer jangan beli produk dia. Berlagak pandai dan kurang ajar sebab cakap dalam nada nak perli. Dalam hati, saya maki dia 'bukan duit bapak engkau".....dalam hati ajelahhhhh...... sebab mak saya tak ajar cakap kurang ajar dengan orang.



Akibat terlalu nak jadi 'pakar kesihatan' dan excited bercakap sampai tak tau nak berhenti maka cashier Breat Story caj bun saya tu dengan harga RM7.90. Saya cuma beli satu pek dan bukan 3 pek tapi dia caj harga 3 pek. Saya nie sebab 'bukan duit bapak engkau"....langsung tak tengok resit tu dan hulur je duit sebab meluat yang amat-amat nak tengok muka cashier tu. Masa dalam kereta baru teringat 'awat mahal sangat ye"....sampai rumah tengok bil mak aiii mahal giler bun nie sampai RM7.90 untuk 3 ketul kecil. Hmmmm salah sendiri sebab tak check bil lepas bayar.

Apa yang saya perhatikan.....cashier kat mana-mana pun kalau budak lelaki remaja melayu.... kita memang akan hadapi masalah. Kalau kat Tesco mutiara damasara....selalunya saya tidak akan pergi ke kaunter yang ada cashier lelaki sebab slowwwwwww yang amattttt. Mereka nie nak tak nak buat kerja.


Nie satu lagi cerita tentang cashier lelaki......saya memang selalu shopping kat watson untuk barang-barang toiletries. Saya hari tu saya shopping hampir RM300 so masa nak bayar.....cashier lelaki remaja promote kad watson kat saya sebab saya shopping banyak dan katanya untung kalau jadi member. Untuk jadi member kena bayar RM12 @ 15 (tak ingat)......masa tu saya kata OK lah....saya bayar caj membership tu dan dia bagi kad. Cashier tu kata 'akak boleh aktifkan kad nie dengan guna internet"....saya ambik kad tu dan belek-belek. Cashie tu kata 'kalau tak reti guna internet suruh anak buatkan". Masa tu saya pandang muka dia......kalau saya nie bukan wanita melayu dan saya adalah wanita cina adakah dia akan berkata begitu. Dia pandang rendah pada saya. Inilah masalahnya dengan bangsa kita....anda cepat sangat pandang rendah kat bangsa sendiri. Saya tak tahu komputer.....saya tak tahu internet.....ini zaman apa....anda bercakap dengan orang yang berada di bandar moden. Saya adalah pakar komputer forensik....setiap hari saya berkerja depan komputer untuk bongkar kes penipuan berjuta-juta ringgit. Pengarah2 syarikat besar/Tan Sri/Datuk mengeletar lutut dan tidak tidur malam bila tengok muka kami....dan budak cashier nie perendahkan saya hanya kerana dia hebat berfacebook, tweeter dan segala benda alah lain.....saya hanya geleng kepala. Kesian....tak ada manner dan attitute.....kalau dengan sikap macam nie....budak nie hanya mampu berada ditahap itu sahajalah dalam hidup dia.

Tengok kalau saya dah berceloteh sampai bersambung-sambung topik. Sorrylah kalau ada cashier lelaki yang terasa....nak buat macammana banyak betul pengalaman tak elok berlaku bila kat kaunter tu ada cashier lelaki melayu.

2 comments:

quinnie said...

Assalammualaikum daria...dah lama saya tak singgah sini...:)

kita bukan nya niat nak mengata golongan lelaki...tapi memang itu la hakikatnya....kerja tak berapa nak bersungguh...ish..kalau disambungkan ayat ni lagi..sat gi jadi panjang berjela...hahahha....

Anonymous said...

Salam,

Nak share sikit, saya mmg duduk ber2 je dgn suami yg keja shift, jd dapur sy mmg jarang2 berasap...selalunya sya simpan beras, tepung, rempah, serbuk rempah, kekacang, choc chip/ rice, cili kering, di dalam freezer, insyaAllah boleh tahan smpi setahun.
Telur kalau x sure bila akan guna yg balance2 3,4 biji lg tu boleh la (dipecahkan) simpan dalam bekas kecil lebih tahan lama di dlm freezer...
Kalau kek mcm cheesecake, freezekan dlm masa 3 bulan masih x effect rasanya...kek biasa sya akan refrigerate untuk 3-5 hari shj...
Kalau keropok ikan (sy beli yg dr T'ganu)...selalunya saya simpan pada suhu bilik di tpt tertutup (gelap), bubuk xkan detect...seblm goreng, saya akan jemur bwh matahari dulu supaya betul2 kering...Alhamdulillah setakat ni keropok dah lebih 2 tahun pun masih ok dan sedap...
slmt mencuba...