Saya dah slow down dalam dunia masakan. Sudah
lebih 6 bulan saya tidak aktif memasak.....hanya masak sekadar yang perlu,
hanya masak ketika tetamu hadir ke rumah. Kadang-kadang saya terlupa untuk
ambil gambar masakan....kamera sudah jarang berada dalam tangan saya seperti
dahulu lagi.
Entri yang sebelum ini....saya buat untuk
luahkan perasaan hati saya. Sebenarnya saya tidak suka bercerita tentang
sesuatu yang buruk yang berlaku dalam keluarga saya sebab tu anda mesti
pelik sebab dalam satu entri mesti ada 2 cerita yang tidak berkaitan
antara satu sama lain. Entahlah mengapa saya suka buat dua cerita kalau
cerita utama adalah sesuatu yang tidak mengembirakan.
Beberapa bulan yang lepas saya belajar
berkenaan dengan personaliti manusia. Seronok sangat.....sebab dengan
pengetahuan tu saya boleh lihat setiap personliti ahli keluarga dan
rakan-rakan. Saya nak kongsi dengan anda serba sedikit berkenaan dengan info
berkenaan dengan personaliti manusia. Ada 4 persenoliti utama dalam setiap
manusia iaitu:-
Personaliti pertama : Sanguine simbol bagi personaliti ini adalah burung merak
Kekuatan utama personaliti Sanguine adalah :-
- Peramah dan pandai bercerita- Mereka nie boleh bercakap non-stop(talkatif)
- Nadi majlis keramaian. Orang berpersonaliti Sanguine nie adalah nadi majlis keramaian, tanpa mereka majlis akan jadi muram. Mereka adalah orang yang pandai memeriah dan meriuhkan suasana, menghidupkan suasana dengan gelak ketawa.
- Pandai berjenaka-Jika anda berkawan dengan orang sanguine....anda akan terpengaruh dengan sikap happy go lucky mereka dan anda akan sentiasa ketawa
- Penuh emosi dan menunjukkan emosi tersebut tanpa berselindung.
- Bersifat keanak-anakkan.
Inilah kekuatan Sanguine. Jika anda ingin tahu
siapa yang berpersonaliti sanguine yang terkenal salah seorangnya adalah
Chef Wan. Adakah anda juga berpersonaliti Sanguine, cuba tanya diri anda
berapa lama masa yang anda ambil untuk mesra dengan orang jika anda berada
ditempat yang kali pertama anda masuk. Anda tidak kenal sesiapa. Orang
sanguine hanya ambil masa beberapa minit sahaja untuk bermesra dengan orang
dan dia boleh bercerita dan bersembang dengan mereka seolah-olah mereka dah
kenal lama. Kebanyakan cerita adalah berkenaan diri sendiri wp orang tak
tanya.
Jika anda ada anak dan nak tahu samaada anak
anda berpersonaliti ini. Mereka nie suka menyekat dan mengusik adik2 yang
lain, bila anda marah....dia buat tak tahu je seolah-olah anda bukan marah
dia, lepas tu dia boleh gelak kat anda. Anda susah nak marah anak yang
berpesonaliti Sanguine sebab mereka akan jadikan masalah sebagai joke.
Mereka nie jenis yang tak boleh duduk diam....ada sahaja benda yang mereka
nak usik.
Personaliti Kedua: Choleric
Simbol watak ini adalah burung helang
Kekuatan personaliti ini adalah:-
- Tidak rasa gentar dan suka kepada cabaran
- Suka pada perubahan
- Menegakkan kebenaran. Jika dalam pejabat cuba cari rakan anda yang jenis mulut laser yang berani lawan boss kalau perkara yang tak betul berlaku depan mata dia. Dia nie tak takut, dia tegur orang depan-depan.
- Menyelesaikan masalah
- Tegas-kalau hitam maka hitamlah dia takan tukar. Kalau dia nak sesuatu, dia akan usaha sampai dapat
kebanyakan orang yang bersifat begini adalah
mempunyai perwatak pemimpin atau dalam bahasa mudah suka mengarah orang.
Orang terkenal yang berpersonaliti Choleric adalah Dr Mahathir.
Jika anda nak kenal personaliti anak anda.
Cuba tengok perangai mereka bila anda bawak pergi shopping. Anak yang
berwatak choleric nie akan berguling-guling atas lantai dan menjerit-jerit
jika kemahuan mereka tidak dipenuhi. Bila ibu/bapa beli barang tu....baru
dia diam. Dia tak kisah berapa banyak anda cubit.....dia akan menjerit dan
berguling sampai kemahuannya dipenuhi.
Personaliti ke tiga: Melancholy
Simbol personaliti ini adalah burung hantu
Ini adalah personaliti saya. Bila saya
menjawap 40 soalan untuk tentukan saya jenis personaliti apa, kebanyakan
jawapan saya lebih kepada kumpulan melancholy dan 75% daripada sifat-sifat
melancholy betul-betul kena dengan perangai saya.
Kekuatan watak melancholy:-
-
Suka berfikir dan menganalisa.
-
Serius dan bermatlamat
-
meminati seni dan muzik
-
peka kepada kehendak orang lain
-
tertarik kepada keindahan
Kebiasaanya....orang yang berpersonaliti ini
adalah pendiam dan mereka nie tidak suka bercakap. Jika mereka sampai
disesuatu majlis, mereka akan berdiri dan memerhati sahaja seperti burung
hantu, orang tak sedar pun mereka sampai....sedar-sedar dah ada kat sebelah
anda. Mereka menganalisa keadaan sebab tu kerjaya yang mereka suka adalah
membuat sesuatu pekerjaan yang tidak melibatkan orang ramai (mereka nie
tidak pandai sosial). Kebanyakan penyiasat, detektif polis, akauntan,
penganalisa ekonomi, pemuzik, ahli sastera dan pemikir adalah orang
berpersonaliti ini.
Jika anda ada anak yang berpersonaliti ini,
anda boleh lihat mereka nie pendiam dan tidak banyak bercakap dan duduk diam
disatu tempat...memerhati. Mereka bijak dan mudah menghafal. Mereka sangat
kemas dan pembersih. Barangan mereka amat teratur. Musuh utama mereka adalah
sanguine. Mereka tidak suka orang sanguine....sebab orang sanguine suka
menyakat dan mengusik mereka dan selalu tidak ambil serius sesuatu
perkara sedangkan orang melancholy adalah orang yang serius dalam sesuatu
perkara.
Orang melancholy suka pada warna gelap dan
tidak menonjol....mereka suka warna hitam, putih, kelabu, coklat atau
warna-warna yang tidak begitu menonjol atau meriah.
Bila berkahwin selalunya pasangan mereka
adalah orang sanguine......musuh mereka. Disebabkan mereka adalah adalah
personaliti bertentangan maka mereka mudah tertarik antara satu sama lain.
Sebab itulah kita selalu nampak pasangan suami isteri yang kontras, bini
mulut riuh...suaminya pendiam.
Orang terkenal yang berpersonaliti ini adalah
seperti A Samad Said. PM kita sekarang adalah berpersonaliti melancholy dan
isterinya adalah orang berpersonaliti choleric.
Personaliti keempat adalah
:pregmatik
Simbol bagi personaliti ini adalah burung
merpati
Kekuatan bagi personaliti ini adalah:-
-
Bersikap tenang dan selamba
-
bertimbang rasa
-
boleh diharap
-
pendengar yang baik
-
penyabar
Orang yang berpersonaliti ini selalunya tidak
suka bergaduh atau bertengkar. Mereka nie adalah orang yang tenang. Jika
anda ingin tahu samaada suami anda jenis personaliti ini....jika anda tanya
pendapat mereka "kita nak warna apa langsir tahun nie" dia akan jawap "ikut
u lah". Semua jawapan dia adalah "ikut u lah". Ini lah phlegmatic. Mereka
nie jenis orang yang "tak apa", 'terpulanglah'...."kalau semua
setuju....saya pun setuju jugak, saya ikut aje . Mereka ambil masa yang lama
nak buat keputusan sebab mereka nak tengok keputusan orang lain dulu.
Pasangan hidup orang phlegmatik selalunya
adalah choleric. Jika phlegmatik adalah lelaki maka isterinya adalah queen
control(choleric). Kawan baik mereka selalunya adalah sanguine. Apabila
mereka berada bersama sanguine, mereka boleh jadi orang yang happy go lucky
tetapi apabila mereka bersama dengan orang melancholy mereka akan ikut
menjadi seperti melancholy.
Orang phlegmatik adalah kawan yang setia,
pendengar yang baik dan penyabar. Jika anda ada suami berpersonaliti
phlegmatik, anda akan selalu tertekan dengan sikap mereka yang terlalu baik
dengan rakan-rakan mereka. Mereka nie sanggup tolong rakan mereka walaupun
berhabis duit ringgit. Mereka cepat dipengaruhi oleh orang lain.
Jika ingin melihat personaliti ini dalam
diri anak anda....cuba lihat reaksi mereka apabila mereka bergaduh
dengan adik beradik mereka. Anak-anak ini selalunya akan mengalah dan mereka
yang akan menangis dahulu.....mereka tidak lawan. Kalau jari mereka digigit
oleh adik kecil (bayi yang baru tumbuh gigi)....mereka akan biarkan sahaja
jari mereka dalam mulut adik tersebut walaupun sakit sebab mereka takan
tarik atau pukul adik kecil mereka. Mereka sabar dan mereka cuma menangis
sahaja.
Anak saudara saya Aisyah(3tahun)
berpersonaliti ini. Bila dia nak minum susu, adik dia Mira(2tahun) akan
datang dan rampas botol susu tersebut daripada mulut aisyah.....aisyah tak
lawan atau pukul Mira sebaliknya dia akan cakap kat Mira "nanti bagi kat
angah balik ye....mira jangan hisap habis....mira bagi kat angah sikit". Dia
sabar dan mengalah.
Orang terkenal yang berpersonaliti ini adalah
mantan menteri kita dahulu selepas Dr Mahathir. Dia adalah seorang yang
berpersonaliti phlegmatic.
Selepas belajar berkenaan personaliti diri
saya jadi seronok terutama bila tengok kelakuan anak-anak saudara. Baru-baru
nie adik perempuan ke tiga saya datang kerumah. Dia ada anak 4 orang. Dulu
semasa remaja dia adalah seorang yang pendiam dan baik sangat. Dia adalah
orang phlegmatic dan berkahwin pulak dengan orang melancholy. Mereka berdua
dalam katergori orang-orang yang baik hati dan bercakap lemah lembut.
Masa saya tengah duduk2 kat sofa sambil tengok
TV, anak saudara saya Nabila dan Aisyah tengah main game angry birds
dengan mengunakan handphone dan laptop saya. Imran (4 bulan)
sedang baring kat carpet berhampiran saya dan Mira (2 tahun) baring-baring
sebelah Imran sambil agah-agah loceng ke arah Imran. Tiba-tiba adik saya
datang keruang tamu sambil berleter. Bengit telinga saya dengar dia
membebel. Saya pandang muka anak-anak dia. Nabila dan Aisyah buat tak tahu
sambil khusyuk main game. Saya tengok Mira....mira buat tak tahu saja sambil
dok agah-agah Imran. Adik saya marah siapa???. letih dengar dia
membebel.....saya pun tanya "engkau nie marah anak yang mana". Dia terus
jawap "mira tuuuuuuu....tadi dia bla...bla....bla". Lahhhhhh.....dia marah
mira ke. Adik saya sambung "mira nie perangai dia pelik sikitlah daripada
kakak-kakak dia.....ada sahaja benda yang dia nak buat orang marah". Ohhhhhh
rupanya Mira dah buat salah sebab tu dia datang dan baring sebelah
Imran....dan bila Umi dia marah.....dia buat tak tahu saja seolah-olah bukan
dia yang kena marah. Mira adalah anak yang berpersonaliti Sanguine.
Dalam ramai-ramai anak adik saya Mira memang happy go lucky.....Mira
cute dan suka bergaya.....bila dia datang rumah saya, dia suka berdiri
lama depan cermin besar dan kemudian pusing-pusing badan dia depan
cermin. Mulut dia macam berteh jagung walaupun kita tak faham apa dia
cakap.
Bila kita sudah tahu personaliti anak-anak,
selalunya mudah bagi ibu bapa untuk menguruskan mereka. jangan
sesekali membandingkan anak-anak. Contohnya Mira seorang yang
suka menyakat dan membuat kecoh.....dia 'nakal', tetapi jangan bandingkan
dia dengan Aisyah walaupun usia mereka hanya berbeza setahun. Aisyah adalah
anak phlegmatic. Dia anak yang sangat baik.....dia jarang buat perangai dan
dengar cakap. Setiap anak mempunyai personaliti masing-masing so uruskan
mereka ikut personaliti mereka.....jangan samakan mereka.....mereka berbeza
personaliti, masing-masing ada kekuatan tersendiri.
Ok......kita dah tengok kekuatan
personaliti.....nanti saya akan terangkan pula berkenaan dengan kelemahan
personaliti ini. Jika anda berminat nak tahu berkenaan personaliti
ini....just google dan taip setiap personaliti diatas.....detail berkenaan
dengan personaliti tersebut akan keluar. Just untuk tambahkan ilmu
pengetahuan. Tak salah belajar.
Pagi nie saya tak buat kerja sebab tengah
marah. Awal-awal pagi lagi orang dari jabatan xyz telah buat saya marah. Dia
telefon tanpa kenalkan diri cuma bagitahu bahawa dia dari jabatan xyz dan
nak tanya saya pasal kes ABC. Saya cuba nak terangkan berkenaan kes tu tapi
dia dengan nada yang kasar dan angkuh (sebab jabatan XYZ sangka mereka hebat
daripada kami) berkata "saya tak nak tahu.....yang saya nak tahu bagaimana
awak nak settle kes nie". Saya nie pantang betul kalau orang tunjuk kurang
ajar terus jerit dalam telefon" awak nak saya buat apa....dah sampai situ
sahaja kuasa saya....AWAK NAK SAYA BUAT APA LAGIIIIIIII". Wahhhhhh pagi-pagi
satu flooor dengar saya jerit kat telefon. Haaaaa buat hal dengan
saya. Lepas dengar saya jerit, nada suara dia terus slow dan terus
letak telefon.....saya terus menjerit dan keluar bilik.....pergi bilik
senior dan tanya "perempuan india kat jabatan XYZ tu pangkat apa ye".
Pegawai saya kata " dia tu pangkat ..........". That mean.....that lady
adalah big boss kat jabatan XYZ dan saya baru sahaja tengking dia.
Oppppsssss.....lawak bodoh apa pulak saya buat pagi-pagi nie. Ok sekarang
nie saya tengah tunggu my boss datang marah saya.....so rakan-rakan enjoy my
entry.
3 comments:
Salam Bdaria. Saya memang enjoy baca yr entry ni and sorry to say yang saya tergelak baca part u marah orang tu. Menyesal tapi rasa puas hati kan?
Salam kembali,
Saja je nak menulis ilmu yg saya pelajari masa bengkel. Saya simpan dia punya note. So apa yg dia cakap, saya tulis kat sini. Ini adalah kajian yg mat saleh buat. So samaada betul atau tidak, jgn percaya 100%. Ambil ilmu nie untuk menilai personaliti org dan bagaimana nak handle manusia.
Psst....my boss datang jumpa saya sambil kata pegawai india tu sombong dan angkuh betul. Bila dengar saja dia cakap macam tu, saya terus cakap "saya tengking dia boss". Dia gelak aje. fuhhhhh legaaaa.
hahaha..baik k.bdaria sependapat dengan bos dlm hal tu..
lama tunggu entry dr blog ni. tapi walau lama takda, pastu bila ada entry baru, memang puas hati baca sebab seronok baca bebelan kbdaria..ada banyak pengalaman & pengajaran
psst: orkid yang dlm entry sebelum ni macam bunga betul
Post a Comment