Entri pertama dibulan puasa nie. Hari nie hati rasa sungguh tak tenang....tak
dapat tumpukan perhatian kepada kerja so saya menulis.
Saya tidak pernah masukkan gambar keluarga atau diri sendiri dalam blog....ini
pertama kali saya tunjukkan gambar keluarga saya. Inilah anak-anak arwah adik
saya....lima orang, yang sulung bapanya sudah 'ambik' dan halang kami dari
hubungi beliau...tinggal empat orang nie. Mereka tengah tunggu untuk berbuka
puasa....lagi lima minit. Saja saya snap gambar sebagai kenangan....mungkin
ini akan jadi gambar terakhir kami berpuasa dan berbuka bersama-sama.
Perempuan tua kat dapur tu adalah emak saya......itulah emak saya. Orang
tua tu hari ini (khamis 25hb) masuk mahkamah lagi.......itu yang buat saya
tidak senang duduk dari tadi. Emak saya...perempuan kampung, tidak
berpelajaran.....tapi disebabkan cucu-cucunya ini dia terpaksa turun naik
pejabat pendidikan daerah untuk tukar sekolah cucu-cucnya......pergi cari
peguam dan berurusan dengan peguam....keluar masuk mahkamah. Di usia
tuanya.....dia terpaksa buat begitu. Masa kami kecil-kecil, kamilah yang
menguruskan diri kami sendiri....daftar masuk sekolah sendiri...masuk asrama
sendiri....semuanya kami lakukan sendiri. Tiba-tiba sahaja kini emak yang
terpaksa uruskan semua itu...ambik report kad....jumpa cikgu....pergi
mesyuarat PIBG.....etc...etc...
Saya pernah marah pada emak......emak menelefon dan meminta saya belikan
motosikal mainan sebab anak saudara yang kecik tu mengamuk nak motosikal tu.
Bapa dia umpan budak tu dengan berkata "kalau duduk dengan abi....abi belikan
motor besar kat adik....duduk dengan opah buat apa....opah tu miskin tak boleh
beli adik motor besar". Betapa susahnya emak saya hendak ambik semula budak
kecik tu bila habis cuti......dia menjerit-jerit suruh emak saya beli motor
besar. Saya jadi marah so saya kata "emak bagi sajalah budak-budak tu kat
bapak dia......sudahlah tu....jangan peningkan kepala lagi...." Emak saya
menangis.....ahhhhhh sudah.......
Saya tidak sanggup lagi melihat emak saya dihina oleh bekas adik
ipar....setiap kali masuk mahkamah....adik ipar saya hina dia (Emak hanya
menangis)....saya sudah tidak sanggup lagi lihat dia kerisauan setiap kali
bekas adik ipar datang ambik anak-anak dia....dia risau budak-budak tu tidak
dikembalikan......Tolonglah....saya hendak emak saya hidup tenang diusia tua
ini....beramal ibadat dengan tenang....bukannya bangun setiap malam dan
kemudian menangis....kurang tidur....selalu mengadu kepala pening dan tidak
sihat. Mulut saya saja yang marah....tapi keesokkannya saya pergi beli
motorsikal tu yang berharga RM180.
Emak saya sekarang sudah menjadi terlalu sensitif.....budak-budak tu paling
suka kalau emak buat kari...satu hari emak buat kari ayam kampung....si
abang memuji "opah buat kari sedap betul...abang banyak kali tambah nasi".
Emak dengar pujian tu...dia kata "abi kamupun suka dengan kari opah...dia
pernah suruh opah ajar dia buat kari"....lepas dia cakap tu....dia menangis.
"Opah....opah masak laksam nie macam umi masaklah.....sama macam
umi".....budak-budak tu puji....emak dengar....dia menangis. Ya
Allah......mana perginya emak saya yang berhati tabah tu.....dia sudah jadi
terlalu sensitif.
Kenapa emak saya beria-ia hendak jaga cucu-cucunya ini.
1. Ia adalah amanat arwah adik saya. Arwah adik telah tandatangan surat
pelepasan hak penjagaan kepada emak saya sehari sebelum dia meninggal dunia
dihadapan peguam dan kerani mahkamah syariah.
2. Budak-budak ini perlu bersekolah....arwah adik sangat pentingkan pendidikan
akademik....dia mahu anak-anaknya pandai membaca, menulis dan mengira. Semasa
hidupnya dia habiskan duit untuk hantar anak-anaknya tuisyen bahasa Inggeris
dan bahasa Mandrin. Anak-anaknya sangat bijak.....yang sulung dapat 5A semasa
UPSR dan dalam masa yang sama turut hafal Al-Quran sebanyak 3 juzuk....belajar
setiap malam dengan arwah adik (arwah adik saya adalah penghafal Al-Quran)
Lelaki ini tidak pentingkan pendidikan akademik. Dia hanya tahu.....'ana akan
masukkan anak-anak ana dalam tahfiz yang ana dirikan....mereka kena hafal 30
juzuk al-quran". Arwah adik pula mahu anak-anaknya mempunyai pelajaran
akademik sebelum menghafal al-quran.....akademik dan al-quran.....adik saya
mahu kedua-dua ini. Emak saya cuma ingin teruskan amanah arwah adik. Anak dia
yang sulung sudah dikeluarkan dari sekolah menengah di Dungun dan kini
duduk bersama bapanya....tidak bersekolah....budak tu sudah 7 bulan tidak
bersekolah.
lelaki ini tidak pernah sekalipun selama hidupnya sebagai seorang bapa melihat
kerja-kerja sekolah anak dia.....dia jarang-jarang berada dirumah. Dia sibuk
dengan urusan berdakwah....sehingga tinggalkan anak dan bini
berminggu-minggu...berbulan-bulan....sehinggakan bini kena kanser payudara pun
tak tahu....sanggup cerai bini yang baru lepas keluar hospital dan masih
menderita sakit kesan kimoterapi.....inilah lelaki hipokrit itu.
Lelaki ini selepas bekas isterinya meninggalpun masih memburuk-burukkan
simati.....segala hinaan dan kejian dilemparkan kepada arwah adik didalam
mahkamah...seolah-olah selama 14 tahun mereka hidup bersama tidak memberi
apa-apa makna...kasihan arwah adik saya....beliau sudah meninggal dunia dan
tidak mampu menjawap tuduhan tersebut....emak saya yang mendengar tuduhan
tersebut....hanya mampu menangis berhari-hari (emak saya bukanlah orang bijak
pandai yang boleh menjawap segala tuduhan palsu tersebut)
lelaki ini sangat pandai bercakap....dia bila bercakap boleh mempengaruhi
orang untuk mempercayainya.....dia nie Allah kurniakan dengan kelebihan
tersebut....kalau dia kata lembu tu adalah seperti kerbau maka orang yang
mendengar tu pun boleh mengangguk percaya jadi....bila dia jadikan arwah adik
saya...isteri yang taat pada dia selama 14 tahun kepada isteri yang derhaka
dan ingkar cakap dia....orang akan percaya. Emak saya duduk bersama dia selama
11 tahun...memasak dan menjaga tahfiz dia....dia boleh kata sebagai hidup
memminta sedekah daripada dia dan menjadikan emak saya ibu mertua yang jahat
yang menghancurkan rumahtangga dia....orang yang mendengar cakap dia ini akan
mengangguk percaya. So yang jahat adalah arwah adik saya dan kami
sekeluarga....
Lega hati saya dapat luahkan kerisuan saya.....lepas nie saya perlu menefon
emak untuk mengetahui keputusan perbicaraan hari ini....samaada budak 4 orang
tu akan beraya dengan kami atau akan hilang daripada kami. Kami kata kepada
mereka.....jika ditakdirkan mereka berpisah daripada kami.....bila sudah besar
nanti....datang dan carilah kami.