Saya terima kisah nie di facebook yang dikirim oleh seorang rakan. Bila baca kisah ini saya terbayangkan nasib arwah adik saya. Nasib yang hampir serupa dengan nasib adik saya....tarikh kematian juga hanya selang sebulan. Bila baca....air mata saya mengalir. Saya berdoa agar ujian Allah yang besar buat wanita ini adalah tiket mudah untuk beliau ke syurga....Allah amat menyayangi beliau.
========================================================================
Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara....dia
dah mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA..muda lagi.
wife dia kena buang sebelah payu dara...kawan saya ni dah geli untuk
bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan
2nd wife dia yang baru berumur 21 tahun....
Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal
dengan wife no.1. Dan yang paling kejam...wife no.1 kena keluar dari
bilik master bed room..untuk beri laluan kepada wife no.2...kejam.
Memang kejam !!
Saya sampai
sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife
no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu..saya tak kisah
sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife
dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia
dulu dan 4 orang anaknya.
Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz
kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa
bujang. Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah
saya balik, hal rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena
camtu....saya malas lah nak bertekak...
Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...tapi dia tak
nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar Tuhan
je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.
Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan
saya tu umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar
dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik
angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1
tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu, dah jodoh, dia
orang kahwin..
Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan
kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang
buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya
sampai lah sekarang supaya jadi macam dia...cari no.2... tak sampai
hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.
Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia
tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah
sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak
baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila
tengok peristiwa tu...
Kat bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan
maid...menangis pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari
atas balconi..cakap. .. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak
papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."
Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila
dengar papa dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3
& 4 lelaki. Saya rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi
laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama
tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife
no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya
tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik
masing-masing dulu...
------------------------------ ------------------------------ -----------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana
saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife
no.1 kawan saya tu.
Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103...sedangkan
suaminya - rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan
wife no.2 di France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 240103
lagi.
Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke
airport Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami
sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa arwah ke
hospital...sebelum arwah pergi ke hospital.. .dengan kepayahan,
arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3 tahun yang
sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan
2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin
arwah dah tahu yang dia akan pergi..
Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital.
wife saya menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam
perjalanan, arwah berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan
anaknya...
Saya masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang
isteri dia sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya
juga sempat menelefon abang arwah yang berada di Kluang supaya
datang segera. Arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak &
ayahnya sudah tiada.
Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan
lakukan rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi...memang
sedih masa tu. dah puas saya menangis 2 3 hari ni.
Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital...arwah masih dalam
bilik rawatan....abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya
pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah
pergi buat selamanya. dan abang arwah yang membuat keputusan agar
jenazah arwah segera dikebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.
Saya dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk
mengeluarkan jenazah. Banyak perkara yang saya pelajari, seperti
mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat
laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil
kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan
permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk
mengeluarkan jenazah dan juga urusan-urusan lain.
Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid
telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti
pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa
masjid. malam tu, saya dan abang arwah tidak tidur.
Dalam pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat
dibawa ke rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat
dikebumikan.
Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke
rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya
selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian. dalam
kepala saya masa tu tak ada fikir untuk marahkan rakan saya tu,
hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan pengebumian sahaja.
Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu
ibunya sudah tiada, tapi yang kembar tu..sibuk bertanya
‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’
‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ sedih.
sedih sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya memeluk dua kembar
tu supaya senyap...tapi air mata saya menitis juga. saya kenal arwah
masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya sama-sama
belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu
kerana bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang
kepada rakan saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA .
setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai
tidak kurang dari $100 USD.
Masa pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam
lubang kubur untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian
kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang merenung
saya, sedih masa tu.
Masa urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya
memandang sahaja. Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad
mamanya, barulah yang kembar itu menangis, tapi dipujuk oleh wife
saya.
Suami arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari
ni, setiap malam ke empat-empat anak arwah tidur bersama-sama
saya...mereka rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka.
Boleh dikatakan, budak-budak tu selalu je mengigau bila tidur.
Mereka akan memanggil
‘’mama...mama...mama...’’ dan saya terpaksa
memujuk dengan mengatakan.. ..shhh.. senyap.. senyap sayang...papa
ada..papa ada sini..dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah
kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan
AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yang masih bernafas di bumi ini
untuk arwah mamanya...
P/S : Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang
bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak
kiralah sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah,
amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang
sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..