Thursday, December 12, 2013

Judi adalah haram di sisi agama islam


Nampak tak notis diatas yang bertulis

1. Judi adalah haram disisi agama islam
2. Mereka yang bukan ahli kelab, orang-orang beragama islam warganegara Malaysia tidak dibenarkan memasuki bilik mesin slot.
3. Bla...bla...bla

Papan tanda nie diletakkan diatas lantai dibelakang rak kasut-kasut milik CRO didalam bilik rehat CRO. Saya perempuan islam yang bertudung memasuki salah satu premis perjudian di Kuala Lumpur. Saya masuk untuk menjalankan tugas, tempat yang tidak mungkin saya jejaki jika bukan kerana tugas. Dengan diiringi oleh 2 anggota polis, saya dan 3 rakan sekerja lain menyerbu masuk ke premis perjudian milik seorang Dato jutawan atau mungkin billionair.

Memasuki ruang perjudian, saya terkejut kerana mata saya terpandang lelaki-lelaki melayu yang sudah tentunya beragama islam kerana mewarisi islam dari datuk nenek dia. Bukan seorang tetapi setiap celaka yang bertengek dikerusi mesin slot itu adalah melayu islam. Lebih dasyat lagi bile saya memasuki kedalam bilik rehat pekerja (CRO). Para CRO yang tugas mereka melayan pelanggan-pelanggan yang memasuki premis untuk berjudi adalah 100% bumiputera berbangsa melayu dan bumiputera sabah. Gadis-gadis ini memakai skirt pendek...sangat-sangat pendek sehingga kita boleh nampak seluar dalam, berbaju sendat dan dikepala masing-masing memakai cekak patung rusa (krismas ikon).

Saya semak senarai pekerja kelab perjudian ini, staf bertaraf supervisor dan manager adalah cina. Manakala 30 orang CRO adalah melayu dan sabahan. Guard-guard adalah melayu dan ketua security adalah bekas pesara polis. 

Sedih sangat....sambil saya menjalankan tugas....mata saya memandang gadis-gadis tersebut yang sekali sekala masuk kedalam bilik rehat untuk makan dan minum. Mereka senyum pada saya dan hidangkan sebotol air mineral...saya tidak sentuh air tersebut kerana ia dibeli dari hasil judi. Walaupun ia tidak dibeli dari hasil judi...sudah menjadi tabiat kami tidak menerima apa-apa pemberian wp sebotol air kosong, kami telah dibekalkan 2 ketul roti dan sebotol air...dimasukkan dalam beg galas dan itulah yang kami makan sehingga selesai tugas walaupun lewat malam. Ketika bertugas kami tidak makan seharian...kami hanya mengambil sarapan berat dan kemudian hanya makan bila selesai tugas.

Suasana dalam premis perjudian yang terperap dan dipenuhi dengan bau kuat rokok, hapak dan amat meloyakan apabila bau tersebut bergabung dengan arak. Saya dah rasa nak muntah.....saya bangun dan keluar dari bilik rehat menuju ke bilik air...saya terlupa memaklumkan kepada rakan setugas....seorang pegawai polis cepat-cepat mengikuti saya ke tandas dan beliau tunggu didepan tandas. Bila saya keluar...beliau meminta saya jangan bertindak begitu dan haruslah maklumkan kepada beliau kerana menjadi tugas beliau menjaga keselamatan saya dan rakan-rakan.

Jam 4.30 petang barulah tugas kami selesai. Keluar sahaja dari kelab perjudian yang terletak ditepi sebuah Hotel, kami terpaksa tempuh banjir kilat. Dalam hati berkata mengapalah banjir nie tidak berlaku dikawasan prremis tersebut.


Didalam kereta, kami melahirkan perasaan sedih, kecewa dan sebak apabila melihat bangsa kami yang dilahirkan islam dan mengaku islam telah rosak akhlak mereka. Tahukah anda semua, dari rekod-rekod yang kami perolehi 80% pelanggan-pelanggan kelab perjudian diseluruh Malaysia adalah Melayu Islam manakala CRO pula adalah gadis-gadis muda yang tidak lulus SPM yang datang dari kampung, yang datang dari Sabah yang merupakan bumiputera dan berbangsa Melayu. Inilah nasib melayu.

Tahukah anda kekayaan tokey judi ini....didalam peti besi di pejabat tokey nie mengandungi wang tunai sejuta ringgit dan wang tunai yang berada dalam peti besi dikelab ( hanya satu kelab dan belum termasuk kelab-kelab yang beratus-ratus di seluruh Malaysia) yang saya masuki mempunyai RM200 ribu ringgit. Kutipan untuk sehari tuan puan. Mereka kena kira dihadapan kami....kami tidak sentuh duit tersebut tetapi mereka harus kira dihadapan kami dan dimasukkan semula kedalam peti besi. Dalam tempoh 30 minit saya berada di kelab, seorang lelaki melayu yang asyik bermain judi dimesin slot tanpa menghiraukan kami telah menghabiskan duit sebanyak RM1000. Seribu dalam masa 30 minit sahaja?????.

Semasa dipejabat manager kelab perjudian itu, saya terpandang ganbar dan keratan akhbar berbahasa inggeris yang membuat liputan majlis perkahwinan anak lelaki tokey judi ini. Wahhhhhhh grand giler majlis tu dan bertambah-tambah grand lagi bila dihadiri oleh menteri-menteri, raja-raja dan jutawan-jutawan melayu. Hebatkan Dato nie. 

Boleh anda bayangkan nasib agama islam ditangan bangsa melayu yang mengaku diri mereka islam. Sebagaimana notis amaran 'judi adalah haram disisi agama islam' di;etakkan setaraf dengan kasut CRO maka begitulah nasib agama kita diperendahkan oleh manusia yang mengaku dia islam dan mempersendakan hukum Allah serta membiarkan orang kafir membogelkan anak-anak gadis melayu islam. Manakala manusia yang mengaku dia ustaz pula sibuk dengan urusan diri sendiri, sibuk tambah bini, sibuk saman orang, mengkafir dan menyisihkan orang lain jika tidak sealiran dengan mereka Hipokrit dan takbur dengan ilmu yang mereka rasa dah cukup tinggi walaupun hanya pergi belajar kat madrasas di Pakistan.

Sunday, December 8, 2013

Jigsaw Puzzle

 Menyusun jigsaw puzzle atau photo mosaics adalah hobi masa saya remaja dahulu. Satu kepuasan apabila dapat menyiapkan photo mosaics. Bila sudah bekerja, hobi nie semakin dilupakan. 

Baru-baru nie semasa singgah di Daiso, terpandang jigsaw puzzle 300pcs Roses Basket. Adakah saya mampu menyiapkan foto nie dalam tempoh masa yang singkat seperti waktu remaja dulu?. Saya ingin cabar keupayaan diri sendiri. Lama sungguh saya tidak menyusun jigsaw puzzle. 

Saya mula menyusun pagi tadi bermula dari jam 8 pagi. Selepas selesai sidai baju, vakum dan mop lantai....saya mula duduk dimeja study.


Akhirnya sehingga jam 12 tengahhari saya berjaya menyiapkan 96% Roses Basket. Satu kepuasan.


Photo mosaics yang telah siap. Bukan mudah hendak menyusun 300 pcs jigsaw puzzle nie...perlu ada strategi. Mula-mula saya asingkan bahagian tepi foto, jigsaw yang bergaris lurus dan ketepikan bahagian lain. Jigsaw bahagian tepi nie pula saya bahagikan kepada 2 iaitu part mendatar dan part menegak. Susun satu-satu sehingga sempurna bingkai tepi foto lepas tu saya ketepikan pula bahagian kosong (tidak berwarna) dan susun sehingga penuh bahagian tepi menghala ketengah foto. 


Jigsaw puzzle yang telah siap saya bingkaikan dengan frame putih. Cantikkan......ia sangat berharga kerana ia adalah hasil tangan sendiri.

Kos foto mosaics nie adalah sebanyak :-

300 pcs photo mosaics  RM5
Frame berbingkai putih (Ikea) RM29.90
Kesabaran-tidak boleh diletakkan nilai

Dengan kos sebanyak RM35 saya gantungkan foto mosaics nie dibilik bacaan.