Saya buat kuih peneram guna resepi rosmazamri@myresepi. Tok Tam tak guna tepung beras yang dijual di kedai tapi dia tumbuk sendiri beras untuk buat tepung beras dan beras yang dia guna adalah beras yang keperangan (beras yang dalam kategori kurang berkualiti/beras hancur dan selalunya kilang beras akan jual murah beras nie dan Tok Tam selalu ambil beras nie dari kilang beras). Ok inilah kuih peneram yang saya buat.....tahap kemanisan dia dah elok....sedap tapi dari segi tekstur....memang tak menjadi. Kuih peneram nie memang ranggup....sekadar ranggup sahaja dan bila makan ia terasa seperti ahhhhhh.....susah nak digambarkan cuma ia bukanlah resepi kuih peneram yang saya cari. Kuih peneram yang sebenarnya adalah gebu dan lembut bila makan ia seperti kapas sebab ruang dalamnya kosong. Kuih peneram yang dijual dipasar malam tu juga bukan tekstur kuih peneram yang sebenarnya sebab tu saya jarang beli. Jika anda pernah makan kuih peneram yang dibuat oleh orang-orang tua dahulu.....anda faham maksud saya dan apa yang saya hendak sampaikan.
Kuih Peneram
Resepi dari sini
Bahan-bahannya (saya buat 1/4 daripada bahan dibawah):-
- 1kg tepung beras + 2 1/2 cwn tepung gandum
- 1 kg gula merah
- 2 1/2 cwn air
Cara-caranya:-
Masak gula merah dengan air hingga larut
Tapis air gula dan masukkan kedlm tepung yg telah diayak. ( air gula yg masih panas )
kacau dengan senduk hingga sebati ( boleh cek adunan kalau angkat senduk, adunan jatuh bertali tu kira ok la, pastu adunan tu ada gelembong2 udara di permukaan )
- perap 3-4 jam pastu boleh terap dan goreng
Nota:-
- Saya buat atas piring, ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan atas dain pisang yang disapu minyak (saya guna piring pastu saya ambil plastik sbb daun pisang tak ada) dan leperkan. Ambil chopstik buat lubang ditengahnya.
- Untuk percubaan kali kedua saya tidak akan masukkan air gula merah yang panas kedalam adunan sebab ia hanya membuatkan kuih ranggup tetapi ia akan 'memasak' tepung dan menyebabkan ia jadi padat dan kering.
- Dari segi kemanisan, resepi diatas sudah sempurna. Manisnya sedang-sedang dan amat sedap.
6 comments:
Sis,
Masa kecik2 dulu saya pernah makan kuih ni yg dibuat oleh arwah nenek.. dann saya faham apa yg sis maksudkan.. :)
Rose, sekarang nie dah susah nak dapat tekstur kuih peneram macam tu. Kalau sy balik kedah dan singgah kat RnR, sy cuba cari kuih peneram mcm tu....atleast sedikit sama pun dah ok.
Salam Daria,
Saya selalu beli kuih ni kat chow kit. Ada akak indon yang jual kuih ni. Memang laku, pukul 12++ dah habis. Dia buat sedap even makan besoknya pun still masih sedap. Saya selalu beli banyak... Kengkadang tu RM10 utk makan sekeluarga hehehe (lupa sekeping 10sen ke 20sen ntah)
Salam kembali Ijip,
Memang susah nak cari yang sedap...ramai yang buat jual kat pasar malam tapi susah nak cari yg lembut dan gebu. Dari segi rasa manis saya suka resepi nie...diakaui mmg sedap cuma tak lembut sahaja.
Assalamualaikum Bdaria...waahh at least rajin gak la nk meneraiii...ni kuih kegemaran anak2 akak masa diaorg kecik dulu..maklum masa tu makcik yg jaga diaorg tu mmg wat kuih ni tuk jualan....ateee, masing2 muka cuq peneram je la tgk..hehehe..tp akak sampai makcik tu dah meninggal, x penah buat pun..tanya resepi pun idak...adeeeiii
Salam Ummi,
Itulah saya pun ralat sebab tak belajar dgn Tok Tam masa dia tak nyanyuk lagi. Ilmu dia tu tak turun pd anak cucu sbb dia tak ada anak. Hilang macam tu je rasa sebenar kuih peneram. Sesiapa yg pernah makan org tua2 buat...tekstur dia lain dgn yg dijual skrg. Ummi, resepi nie sedap dan ranggup wp teksturnya tak gebu. Saya buat habis bncuhan dan simpan dalam bekas tp saya boleh habiskan dalam 2 hari je sbb sedap dok mengunyah masa tengok TV.
Post a Comment