Saturday, January 16, 2010

Kerepek Ngaku/Arrowhead


inilah gambar nyaku/arrowhead yang belum dibuang kulit dan dibersihkan lagi. Jangan buang jambul nyaku ini bagi memudahkan proses menyagat nyaku. Jadi semasa memilih nyaku bersama asoh, anda pilihlah nyaku yang masih ada jambul.










Ngaku/arrowhead mula dijual dipasaraya apabila perayaan tahun baru cina. Teringin nak makan kerepek ngaku so lepas habis kelas di gym hari nie, saya terus pergi ke Tesco untuk membeli nyaku. Banyak asoh-asoh tengah berkerumun tempat nyaku so saya pun ambil plastik dan masuk group jugaklah dengan asoh2 tersebut memilih nyaku. Semacam je mereka semua pandang. Relaklah....kan 1 malaysia, orang melayu pun dah pandai buat kerepek nyaku. Harga nyaku tahun nie naik banyak dari tahun lepas. Harga sekilo nyaku yang tidak dibuang kulit adalah RM2.88 sekilo, tahun lepas dalam RM1.80 sahaja sekilo. Saya cuma ambil sekilo sahajalah dulu nyaku nie, tunggu lepas tahun baru cina...tesco n giant buat offer, jadi murahlah sikit.


Kerepek Nyaku/Arrowhead

Bahan-bahannya:-

Sekilo Nyaku/Arrowhead

sedikit garam
minyak masak secukupnya

Cara-caranya:-
  1. Basuh bersih nyaku, kikis nipis kulit nyaku dan buang kulit arinya. Jangan buang jambul nyaku tu sbb ia memudahkan anda untuk menyagat nyaku.

  2. Panaskan minyak secukupnya, bila sudah panas anda boleh terus menyagat nyaku terus kedalam kuali atau anda sagat nyaku dibekas lain kemudian masukkan kedalam kuali tapi kena jaga-jaga sebab nyaku ini mudah pecah-pecah.

  3. Biarkan ia sehingga keperangan, cepat-cepat angkat bila ia telah bertukar perang sbb ketika ini kalau anda lambat ia akan cepat hangus.

  4. Angkat dan toskan. Taburkan sedikit garam atau perasa lain, ikut kesukaan anda tapi kalau tak masukkan garam pun tak apa sbb ia sudah lemak.

Saya lebih suka makan kosong sahaja tanpa ditambah bahan perasa atau garam. Rasa lemak-lemak manis memang sedap...tak sedar boleh habis sebekas. Sekilo nyaku hanya boleh dapat 1/2 bekas plastik seperti gambar diatas sahaja. Jadi kalau keluarga ramai sekilo nyaku tak cukup so kenalah beli nyaku banyak sikit.

0 comments: