Oleh kerana hendak mencuba Pengukus trio yang baru dibeli ini maka saya
cuba buat pulut kuning dan dimakan bersama rendang ayam. So inilah resepi
pulut kuning yang saya buat:-
Pulut Kuning
Bahan-bahannya
- 1 kg beras pulut
- 3 cawan santan pekat
- sedikit garam
- sedikit serbuk kunyit
- 2 keping asam keping
Cara-caranya
- Basuh bersih beras pulut.
- Rendam beras pulut bersama dengan serbuk kunyit dan 2 keping asam keping selama 6 jam atau semalaman. Tujuan asam keping dimasukkan kedalam rendaman beras pulut adalah untuk menjadikan pulut sedikit berkilat dan mencantikkan warna pulut.
- Buangkan asam keping dan tapis beras pulut. Panaskan pengukus anda
- Kukus pulut selama 30 minit. Jika pengukus anda kecil kukuslah 1/2 dahulu dan kemudian kukus bakinya.
- Masukkan santan pekat dan masukkan garam secukup rasa. Masukkan pulut yang telah dikukus dan kacau rata, biarkan sebentar.
- Kukus semula pulut tersebut selama 10-15 minit.
0 comments:
Post a Comment