Satu lagi juadah yang telah saya buat bagi merasmikan
Pengukus Trio adalah Kek Kukus Buah-buahan Basah. Resepi kek kukus ini saya
ambil dari blog Koleksi resepi pilihan Diana. Percubaan pertama.....kerana
malas nak menunggu 4 jam maka saya dengan sendirinya telah mengurangkan masa
kukusan kepada 3 jam dan hasilnya kek saya jadi lembik ditengah. Saya telah
'C & P' dari blog Diana dan anda boleh berkunjung ke blog beliau untuk
melihat cara-cara membuat dengan gambar dan penerangan terperinci daripada
Diana yang memang tidak kedekut resepi dan petua2 berguna dari beliau.
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH
Sumber: http://resipidiana.blogspot.com
Bahan-bahannya
- 600 gram tepung gandum
- 300 gram gula halus5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
- 2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS
- 1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran
- 2 sudu teh bicarbonate of soda
- 1 1/2 sudu teh cream of tartar (tak payah gunakan)
- 1 sudu teh esen vanillasedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
- 2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
- kertas kuih dan aluminium foil
Cara-caranya
- Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
- Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
- Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
- Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
- Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
- Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
- Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan,
jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk
menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
- Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.
1 comments:
Daria,
pakai loyang saiz apa ye utk kek kukus ni.
Saya nak cuba buat la...
Post a Comment