Friday, January 1, 2010

Triffle Buah-Buahan

Bahan-bahannya

1 tin fruit cocktail jenama SPC atau jenama lain yang anda suka
1 tin peach slices jenama SPC atau jenama lain
Buah starwberi segar secukupnya
Kacang macadamia
Whipping cream (saya tak letak sbb whipping cream tak menjadi)
sebungkus konyaku jelly
sebiji kek span

Untuk membuat jem

25 biji strawberi
4 cawan air
Gula secukupnya (ikut manis yang anda suka)
2 sudu makan pes strawberi(ada dijual di kedai barangan kek)
2 sudu makan tepung jagung

Masak strawberi bersama gula dan air. Bila semua sudah sebati, masukkan tepung jagung untuk melikatkannya dan pes strawberi untuk lebih wangi.

Konyaku jelly

Cara memasak konyaku jelly ada diterangkan di luar pembungkusnya bila anda beli dari kedai menjual barang kek.Cuma tambah pes strawberi kedalam jelly yang sedang dididihkan. Lebihkan sedikit air dari yang ditulis (dalam 100-150ml) supaya konyaku jelly tidak terlalu kental.

Kuah Kastard

1 tin susu cair jenama ideal
1 cawan air
5 sudu makan gula pasir (kurangkan jika anda tidak suka manis )
5 sudu makan tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
Garam

Didihkan satu tin susu cair jenama ideal dan 1 cawan air serta 5 sudu makan gula pasir dan masuk 3 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air.Boleh tambah tepung yang dibancuh dengan sedikit air sekiranya kuah kastard terlalu cair.Kacau dengan api perlahan agar tidak berkerak. Bubuh secubit garam untuk lebih rasa lemak.

CARA-CARANYA



Lapis Pertama
potong kek span jadi bentuk kiub dan atur di dalam mangkuk kaca pyrex anda. Kemudian tuang jem strawberry ke atasnya.
Lapis ke dua
Tuang konyaku jelly yang suhunya sudah suam-suam kuku.





Lapisan ke tiga

Tabur buah-buahan tin jenama SPC dan tuang kuah kastard ke atasnya dan aturkan potongan buah peach (dalam tin).










Lapisan ke empat

Tuangkan whipping cream yang telah diputar. Banyak whipping cream mengikut kesukaan anda. Taburkan kacang makadamia.


Lapisan ke lima

Tuangkan semula baki konyaku jelly tadi. sekiranya telah terbentuk menjadi jelly, panaskan semua agar dia sedikit cair dan tuang menutupi lapisan cream. Atur hirisan buahan peach dalam tin untuk hiasan paling atas. Tabur dengan buah strawberi segar. Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk. Hidang selepas makan tengahari.








ini adalah Maehyang Strawberry dari Korea. Stawberi nie manis-manis masam....sangat sedap.


Resepi ini diambil dari blog model 80an...terima kasih kepada beliau kerana berkongsi resepi. Sukatan resepi diatas menghasilkan 2 bekas kaca pyrex. Jika hanya untuk makan seorang kurangkan sukatan separuh.....pastikan tiada yang hanya menceduk buah-buhan sahaja. Oleh kerana saya dah buah 2 bekas maka saya bawak 1 bekas ke ofis untuk dijamu kepada kawan-kawan. triffle yang dibuat agak manis sbb saya telah mengunakan jem strawberi dalam tin dan tidak buat sendiri sbb kekurangan buah strawberi. hasilnya triffle terlalu manis so anda jangan guna jem dalam tin.

Bawak sebekas untuk kawan-kawan kat ofis makan. Masa tengah makan, ada mamat nie telah menceduk kesemua buah-buahan diatas triffe.....akibatnya my triffle looks so ugly dan comot. Sebenarnya diwaktu itu memang nak marah atas sikap kebudak-budakannya sbb hampir 1/2 baki triffle tersebut tidak ada sesiapa nak makan lagi sbb nampak lunyai dan akibatnya triffle tersebut saya bakulsampahkannya. Kos buat traffle agak mahal hampir RM40 lebih.

0 comments: