Wednesday, January 13, 2010

Pau inti kacang merah






Pau ini dibuat pada hari Ahad lepas. Lebihan tepung hong kong semasa buat kek lapis masih ada dalam simpanan. Memandangkan expired date tepung dah dekat so kenalah habiskan tepung tu tambahan pulak inti kacang merah masa buat roti dulu masih banyak lagi dalam peti so saya buat pau resepi guna resepi ini. Ini sukatan bahan yang paling terbaik yang pernah saya cuba, pau yang dibuat sangat gebu dan sedap.....memang berbaloi. Terima kasih buat penyumbang resepi iaitu ian ieza my resepi atas kemurahan hati beliau. Bahan-bahannya adalah seperti dalam resepi di sini http://www.myresipi.com/top/detail/7961


Selepas inti pau dimasukkan dan dilapik kertas putih yang telah disapu dengan sedikit shortening maka pau tersebut hendaklah dibiarkan sehingga naik sekali ganda iaitu sekurang-kurangnya selama 45 minit. Jika anda membiarkan ia naik lebih dari tempoh masa ini....pau anda akan mengerutu, tak cantik dan tidak licin.


Kukus pau selama 10 minit dan kemudian angkat serta biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dalam peti jika hendak jadikan pau sejuk beku. Kukus semula bila hendak makan.
Bahagikan doh pau dalam kadar timbangan 50gm jika hendak sederhana besar dan 60gm jika sebesar pau yang dijual dikedai. Pastikan inti diletakkan sekurang-kurangnya 30-40gm bagi doh yang seberat 50-60gm. Baru seimbang antara inti dan kulit pau sbb pau ini sangat gebu dan naik berkali ganda.
Periuk kukus kat rumah nie kecil sangat tapi kuantiti pau yang dapat hasil dari 700gm tepung pau (baki tepung) adalah sebanyak 36 bijik so untuk pastikan ia dapat dikukus dengan cepat tanpa melebihi 45 minit maka saya masukkan 6 biji sekali kukus.....akibatnya pau saya melekat antara satu sama lain.

0 comments: