Popia simpul kasih nie saya buat pada
                                            hari semalam. Inti serunding kawan sepejabat nie saya bawak balik kerumah
                                            dan tolong buatkan popia simpul kasih nie. Sedap aje namanyakan. Makan sedap
                                            tapi nak buat diaaaaa huhhhhh....mengantuk. 
                                        
                                        
                                          Popia Simpul Kasih
                                        
                                        
                                          Bahan-Bahannya:-
                                        
                                        - 
                                            1 paket kulit popia
 - 
                                            Serunding ikan/daging/ayam/ikan bilis secukupnya
 - 
                                            Minyak untuk mengoreng
 
                                          Cara-caranya:-
                                        
                                        
                                          1. Ambil sedikit kulit popia dan potong 4
                                            menjadi 4 segi kecil seperti dibawah
                                        
                                        
                                           2. Ambil kulit popia yang telah dipotong
                                            menjadi 4 segi kecil tadi dan potong menyerong untuk dijadikan 3 segi
                                        
                                        
                                        
                                          3.  Ambil sehelai kulit popia dan
                                            letakkan inti serunding dibahagian hujung 3 segi tadi, rujuk gambar seperti
                                            dibawah
                                        
                                        
                                        5. Buat sehingga habis
                                           6. Panaskan minyak dengan api yang
                                            sederhana. Goreng popia tadi sehingga kekuningan
                                        
                                        
                                         7. Angkat dan kemudian toskan diatas tisu
                                          masakan.
                                          Yang ini adalah cara menyimpul popia
                                            mengunakan kulit popia yang dipotong tiga segi. Resepi inti serunding tidak
                                            dimasukkan disini sebab serunding ini adalah serunding beli
                                            dan kebetulan serunding nie tidak sedap untuk dimakan begitu
                                            sahaja.....jika dibuat popia mini begini sekejap sahaja habisnya. 
                                        
                                        
                                      
3 comments:
dah tunjuk pun masih tak dpt mcmna nak simpul popia tu...kat rmh ni selalu ada serunding tak termakan, sampai bagi2 org kalau mak kirim dari kampong.
kak daria.. biasa mini popia ni kan, mmg gotong royong buat. hehe.. kalau ngadap sorang2 mmg x tahan la.. tp kan, buat punye laa lama nk siap, makan kejap je habis..
Selamat pagi Bdaria,
memang betul tu... buatnya berjam-jam tapi makannya kejap aje... apa pun memang sedap!
Post a Comment