Tuesday, November 22, 2011

Seminggu di Kuching

Lebih seminggu saya tidak menjenguk blog. Maaf jika komen-komen anda lambat publish dan saya jawap. Pada ahad lepas saya dan rakan sekerja ke Kuching untuk kursus seminggu. Saya rasa tahun nie terlalu banyak berkursus.....masa saya berada di bilik pejabat amatlah kurang. Kalau kursus yang boleh kita enjoy....oklah jugak...ini semua kursus yang membebankan otak.

Bila pergi untuk tugasan rasmi maka bolehlah menaiki MAS.....tiket syarikat bayar.

Bilik penginapan saya semasa berkursus. Bukan hotel tapi asrama penginapan. Asrama baru....cantik dan bertaraf hotel. Beria-ia bawak baju untuk seminggu....5 pasang pakaian kerja, pakaian untuk makan malam, baju tidur dan segala macam lagi...last-last tengok kat asrama ada siap disediakan mesin pencuci baju dan mesin pengering. Basuh baju pastu masuk dalam mesin pengering.....2 jam dah boleh pakai baju tu semula. Buat berat beg je bawak banyak2.

Sebenarnya ini kali ke 3 saya ke Kuching, kali pertama atas urusan rasmi.....datang bertugas bersama dengan 3 orang pegawai lelaki so hanya sempat sewa teksi untuk ke rumah budaya dan sekitar pasar satok serta waterfront....itupun hanya untuk tempoh setengah hari sebab tiket flight petang. Kali kedua saya datang melancung bawak emak dan adik-adik saya. saya belanja mereka untuk makan angin....kali ini saya siap sewa kereta bersama pemandu pelancung.....masa tu sehari dalam RM210....saya bayar lebih RM500 untuk 2 hari setengah. Memang habis semua tempat yang patut dilawati saya dah lawat. Ini kali ke 3, so dah tak excited sangat nak berjalan-jalan. lepas habis kelas.....balik duduk dalam bilik...layan movie2 yang dah didownload. Oh ye line internet tak ada sepanjang tempoh saya kat sini. Saya guna Unifi kat umah dan terminate Celcom.....so bila outstation.....mati kutulah tak ada internet line.

Cuma pada petang jumaat barulah saya ikut kawan pergi ke batu 4 untuk ke kilang pasu. Kawan saya dapat pinjam kereta Avanza, so dia drive sendiri dengan bantuan papa go. Oh ye kat bandar kuching.....tak banyak singboard walaupun dipersimpangan jalan besar....memang memerlukan GPS atau papa  go. Kami menuju ke arah airport dari bandar Kuching kemudian masuk ke kiri menghala ke Serian. Selepas perkuburan cina....kita akan bertemu dengan deretan kedai/kilang-kilang menjual pasu. Kawan saya berhenti di kedai yang ke dua kami jumpa (kedai pasu Wong)....kedai pertama nampak grand sangat sebab ia khas untuk pelancung. Bila masuk kedai....memang saya amat-amat terkejut tengok harga pasu sebab ia sangat murah berbanding dengan kedai pasu yang dibawa oleh pemandu pelancung saya dahulu (2 tahun yang lepas). Beza harga yang sangat besar.....kawan saya kata itu perkara biasa bila guna pemandu pelancung....dia akan bawak pelancung ke kedai yang akan bagi dia komisyen.

So nasihat saya kepada anda......sewa kereta sahajalah kalau hendak melawat kuching. Bawak GPS atau guna papa go....anda takan sesat....kalau sesatpun masih kat Malaysia....tak lepas ke Indonesiapun. Banyak yang anda dapat jimat....dan yang penting..... ia lebih adventure. Bila tengok harga pasu kat sini dan kemudian pergi ke waterfront.....bezanya separuh. Contohnya satu pasu sederhana besar berharga RM15 (belum diskaun) kat kedai di batu 4 tapi kat waterfront ia berharga RM32.....untuk jenis dan design yang sama sebijik. So kalau nak beli pasu.....jangan beli kat waterfront ye.

Semua rakan sekerja yang lain balik terus lepas kursus tapi saya dan 2 orang rakan lain balik pada hari sabtu sebab nak pergi ke pasar serikin. Keluar dari asrama jam 6.30 pagi dan sampai kat pasar serikin jam 7.20 pagi. Kedai-kedai baru nak beroperasi. kalau anda jenis yang minat dengan barangan Indonesia seperti kain batik, kain pelikat, kain sembahyang, beg-beg tiruan, baju-baju kulit, kain baju sulam, tikar dll....maka kat sinilah tempatnya. Kalau tak pergi lagi Bandung.....datang kat sinipun dah ok.

Saya nie jenis yang tak pandai langsung menawar.....sebab tu saya jarang nyatakan harga barang yang saya beli sebab mesti yang akan kata "ehhhhhh....saya boleh dapat murah daripada tu". Buat sakit hati sahaja. Biasanya saya akan set dalam otak apa yang hendak dibeli....contohnya beberapa helai kain pelikat untuk adik lelaki dan pak cik, kain batik untuk emak dan adik-adik perempuan dan adik ipar. saya tuju satu kedai....bila tengok berkenan....maka saya tawar lebih kurang pastu beli. Memang kalau berjalan dengan orang yang pakar....mereka akan marah kat saya. Saya tak suka ambik masa yang lama untuk beli sesuatu so jangan ajak saya pergi shopping.....tak seronok bershopping dengan saya.


Inilah sebahagian gambar-gambar yang saya ambik sebab dalam masa setengah jam saya dah habis shopping. Lepas tu barulah tengok barang-barang kat kedai lain.....cuci-cuci mata tengok beg-beg tiruan dan barang2 lain. Nasihat saya kalau nak beli tikar sarawak......beli sahaja di waterfront, kuching sebab saya tengok harga yang kawan saya beli kat sana lebih murah daripada kat sini walaupun dah habis tawar (ada orang tegurlah....nak buat macammana....saya cerita pengalaman saya bukan pengalaman dia...nak pakai nasihat nie, pakailah....tak de orang paksa pun...tak setuju, keluar ajelah dari blog nie...senang cerita). Lagipun dia tak packing elok untuk dibawak naik kapal terbang. Dekat waterfront....mereka dah pakar bab-bab packing untuk pelancung bawak balik atau untuk post/courier. Kalau rasa berat  barang anda akan overlimit maka anda gunalah courier untuk post balik semenanjung berbanding bayar excess bargase kat airport yang RM15 bagi setiap kilo lebihan. Kat pasar serikin....tidak ada kemudahan tu ye....dia masukkan tikar anda dalam plastik itam besar sahaja pastu pandai-pandailah fikir macammana nak packing bawak balik. Kalau harga terlalu murah berbaloi jugak tapi kalau kat waterfront lebih murah.....jangan buang masa beli tikar kat sini. My fren beli tikar bersaiz besar dengan harga RM280 (harga dia letak RM380) kat waterfront....kat pasar Serikin dia cari tikar yang sama jenis dan saiz supaya dapat bandingkan harga.....harga awal dia letak RM400 lebih......paling habis tawar dapat RM320. Itu pakar tawar menawar yang tawar harga.....kalau saya mesti tak dapat harga RM320 tu. Maaflah saya nie tak ingat jenis tikar dan saiz tikar tu.....tapi tikar yang kawan saya beli tu memang jenis yang mahal dan cantik. Saya tak minat semua tu....sebab tu saya tak ambik pot sangat nama tikar tu.

Kat pasar serikin nie jam 10 pagi dah panas....panas dia lain macam sikit....rasa menyengat kulit-kulit sebab ia pasar dikawasan lapang dan tak ada pokok-pokok besar. Kalau nak bershopping tapi ada anak kecil......fikirlah 10 kali kalau nak bawak anak tu kat sini.


Lepas habis sahaja shopping kat Pasar Serikin dalam jam 10 pagi, kami singgah kat pasar tani yang terletak tak jauh dari pasar serikin. penduduk tempatan datang berjual.....seronok tengok sayur-sayur segar yang dijual amat murah. Bunga kantan kat atas tu cuma RM1 seikat. Gambar atas sekali adalah ulat sagu.......penjual tu kata sedap kalau goreng kunyit. saya cuma beli beras bukit sekilo sahaja....niat hati kami masa singgah kat pasar nie adalah untuk beli sayur midin....sejenis sayur yang macam pucuk paku tapi bersaiz kecil dan pendek. Sayur yang takan jumpa kat semenanjung.....sayangnya sayur tu dah habis. kalau anda suka petai....kat sini harga petai murah 5 kali ganda. kalau kat tempat kita seikat RM5 tapi kat sini seikat hanya RM1. saya tak terfikir nak beli petai tu dan kemudian keluarkan biji petai dan simpan dalam bekas untuk bawak balik......bila dah sampai kat asrama baru rasa ralat sangat tak beli.

Kami sampai kat asrama dalam jam 12 tengahhari. Flight kami jam 5.45 petang. Oh ye kalau orang semenanjung pergi Kuching tak sah kalau tak beli ikan terubuk dan kek lapis kan. Untuk kali ke 3 nie saya dah tak pergi sendiri ke pasar satok tapi kami call dan tempah. Mereka akan hantar direct ke tempat penginapan kita. Saya order 6 ekor ikan terubuk tempatan yang berharga RM15 (kat pasar harga di letak RM20 tapi tawar dapat RM15 seekor....ini yang paling mahal) dan udang galah 2 kilo dan kertas 1 kilo. Peniaga tu hantar pada saya di asrama dalam keadaan packing yang amat kemas dan boleh dimasukkan dalam kargo. Udang tu dibekukan dahulu dan dipack kemas. Kek lapis pun macam tu jugak....saya suka kek lapis Dayang Salhah jadi bila kawan nak pergi sana saya hanya mintak kawan tolong belikan sahaja.

Atas permintaan pembaca, ini sedikit maklumat tambahan:

Ini adalah no contact peniaga yang ambil tempahan dan penghantaran termasuk melalui pos ke semenanjung. Dia jual Ikan terubok masin sarawak, udang galah, udang kertas, udang kara, ikan bawal putih, ikan kurau, udang salai, udang kering dan telur terubok.

Aswandy Ikan terubok Masin Sarawak
Pasar tamu Satok, Kuching

Hubungi:-

Aswandy Seruji 016-808 5710 atau 014-688 7105
Rudy Seruji  013-822 3440 atau 014-889 9104

Tentang harga.....pandai-pandailah anda menawar.

8 comments:

Chik Mimi said...

assalamualaikum bdaria patut lah senyap aje,seronok baca kisah shopping tu ,saya teringin nak beli tikar sarawak tapi dah lost contact sengan tokey kedai kat sana kalau idak senang aje boleh dia courierkan ke sini

Ami said...

last sekali sayang ke kuching ialah pada awal 70an!! heh! bayangkan umur saya kini....baca entri cik bdaria jeless member...

saya said...

bole x bg saya contact number utk beli ikan n udang tu..next week sy nak ke kuching..tq..

bdaria said...

Salam,

Saya dah bagi no contact tu kat post.

bdaria said...

Salam Ami,

Saya pergipun atas urusan kerja....tiket free...penginapan free.

CitarasaKu said...

Assalamualaikum,
Bestnye dapat jenjalan kat sana di samping bertugas. Saya rasa info tu cukup berguna memang betul pasu yang di jual kat waterfront mmg mahal gila jika di bandingkan dekat batu 4. Entah bila pulak saya berpeluang pergi sana .

bdaria said...

Salam Citarasaku,

Saya cuma bagi pendapat shj. Ada pembaca blog nie yang tidak bersetuju dengan pendapat saya tu. Itulah susah bila manusia nie terasa dia lebih pandai dari orang lain sampaikan pendapat orang lain semua tidak betul.....semua dia nak tegur....nak kritik. Susah sungguh nak puaskan hati orang nie kan. Kadang-kadang nak jugak buat perangai "peduli apa aku....nie blog aku...suka akulah nak tulis apa pun".

sitiebby said...

salam kak. btul la, pndapat org lain2. jika nak cari pasu sarawak, mmg baik cari area batu 4, jln serian. masih blh tawar menawar lg. kalu tikar sarawak, area waterfront la, diorg siap bungkus lg.sng utk bawa balik @ courier.tu pgalaman saya masa belajar kt Uitm Sarawak. Rindu dah nak jln2 balik sekitar Kuching, blm kesempatan nak pegi.