Lebih seminggu saya tidak menjenguk blog. Maaf
jika komen-komen anda lambat publish dan saya jawap. Pada ahad lepas saya
dan rakan sekerja ke Kuching untuk kursus seminggu. Saya rasa tahun nie
terlalu banyak berkursus.....masa saya berada di bilik pejabat amatlah
kurang. Kalau kursus yang boleh kita enjoy....oklah jugak...ini semua kursus
yang membebankan otak.
Bilik penginapan saya semasa berkursus. Bukan
hotel tapi asrama penginapan. Asrama baru....cantik dan bertaraf hotel.
Beria-ia bawak baju untuk seminggu....5 pasang pakaian kerja, pakaian untuk
makan malam, baju tidur dan segala macam lagi...last-last tengok kat asrama
ada siap disediakan mesin pencuci baju dan mesin pengering. Basuh baju pastu
masuk dalam mesin pengering.....2 jam dah boleh pakai baju tu semula. Buat
berat beg je bawak banyak2.
Sebenarnya ini kali ke 3 saya ke Kuching, kali
pertama atas urusan rasmi.....datang bertugas bersama dengan 3 orang pegawai
lelaki so hanya sempat sewa teksi untuk ke rumah budaya dan sekitar
pasar satok serta waterfront....itupun hanya untuk tempoh setengah hari
sebab tiket flight petang. Kali kedua saya datang melancung bawak emak
dan adik-adik saya. saya belanja mereka untuk makan angin....kali ini saya
siap sewa kereta bersama pemandu pelancung.....masa tu sehari dalam
RM210....saya bayar lebih RM500 untuk 2 hari setengah. Memang habis semua
tempat yang patut dilawati saya dah lawat. Ini kali ke 3, so dah tak excited
sangat nak berjalan-jalan. lepas habis kelas.....balik duduk dalam
bilik...layan movie2 yang dah didownload. Oh ye line internet tak ada
sepanjang tempoh saya kat sini. Saya guna Unifi kat umah dan terminate
Celcom.....so bila outstation.....mati kutulah tak ada internet line.
Cuma pada petang jumaat barulah saya ikut
kawan pergi ke batu 4 untuk ke kilang pasu. Kawan saya dapat pinjam kereta
Avanza, so dia drive sendiri dengan bantuan papa go. Oh ye kat bandar
kuching.....tak banyak singboard walaupun dipersimpangan jalan
besar....memang memerlukan GPS atau papa go. Kami menuju ke arah
airport dari bandar Kuching kemudian masuk ke kiri menghala ke Serian.
Selepas perkuburan cina....kita akan bertemu dengan deretan
kedai/kilang-kilang menjual pasu. Kawan saya berhenti di kedai yang ke dua
kami jumpa (kedai pasu Wong)....kedai pertama nampak grand sangat sebab
ia khas untuk pelancung. Bila masuk kedai....memang saya amat-amat terkejut
tengok harga pasu sebab ia sangat murah berbanding dengan kedai pasu yang
dibawa oleh pemandu pelancung saya dahulu (2 tahun yang lepas). Beza harga
yang sangat besar.....kawan saya kata itu perkara biasa bila guna pemandu
pelancung....dia akan bawak pelancung ke kedai yang akan bagi dia komisyen.
So nasihat saya kepada anda......sewa kereta
sahajalah kalau hendak melawat kuching. Bawak GPS atau guna papa
go....anda takan sesat....kalau sesatpun masih kat Malaysia....tak lepas ke
Indonesiapun. Banyak yang anda dapat jimat....dan yang penting..... ia lebih
adventure. Bila tengok harga pasu kat sini dan kemudian pergi ke
waterfront.....bezanya separuh. Contohnya satu pasu sederhana besar berharga
RM15 (belum diskaun) kat kedai di batu 4 tapi kat waterfront ia berharga
RM32.....untuk jenis dan design yang sama sebijik. So kalau nak beli
pasu.....jangan beli kat waterfront ye.
Semua rakan sekerja yang lain balik terus
lepas kursus tapi saya dan 2 orang rakan lain balik pada hari sabtu sebab
nak pergi ke pasar serikin. Keluar dari asrama jam 6.30 pagi dan sampai kat
pasar serikin jam 7.20 pagi. Kedai-kedai baru nak beroperasi. kalau anda
jenis yang minat dengan barangan Indonesia seperti kain batik, kain pelikat,
kain sembahyang, beg-beg tiruan, baju-baju kulit, kain baju sulam, tikar
dll....maka kat sinilah tempatnya. Kalau tak pergi lagi Bandung.....datang
kat sinipun dah ok.
Saya nie jenis yang tak pandai langsung
menawar.....sebab tu saya jarang nyatakan harga barang yang saya beli sebab
mesti yang akan kata "ehhhhhh....saya boleh dapat murah daripada tu". Buat
sakit hati sahaja. Biasanya saya akan set dalam otak apa yang
hendak dibeli....contohnya beberapa helai kain pelikat untuk adik lelaki dan
pak cik, kain batik untuk emak dan adik-adik perempuan dan adik ipar. saya
tuju satu kedai....bila tengok berkenan....maka saya tawar lebih kurang
pastu beli. Memang kalau berjalan dengan orang yang pakar....mereka akan
marah kat saya. Saya tak suka ambik masa yang lama untuk beli sesuatu so
jangan ajak saya pergi shopping.....tak seronok bershopping dengan saya.
Inilah sebahagian gambar-gambar yang saya
ambik sebab dalam masa setengah jam saya dah habis shopping. Lepas tu
barulah tengok barang-barang kat kedai lain.....cuci-cuci mata tengok
beg-beg tiruan dan barang2 lain. Nasihat saya kalau nak beli tikar
sarawak......beli sahaja di waterfront, kuching sebab saya
tengok harga yang kawan saya beli kat sana lebih murah daripada kat
sini walaupun dah habis tawar (ada orang tegurlah....nak buat
macammana....saya cerita pengalaman saya bukan pengalaman dia...nak
pakai nasihat nie, pakailah....tak de orang paksa pun...tak setuju,
keluar ajelah dari blog nie...senang cerita). Lagipun dia
tak packing elok untuk dibawak naik kapal terbang. Dekat
waterfront....mereka dah pakar bab-bab packing untuk pelancung bawak balik
atau untuk post/courier. Kalau rasa berat barang anda akan overlimit
maka anda gunalah courier untuk post balik semenanjung berbanding
bayar excess bargase kat airport yang RM15 bagi setiap kilo lebihan. Kat
pasar serikin....tidak ada kemudahan tu ye....dia masukkan tikar anda
dalam plastik itam besar sahaja pastu pandai-pandailah fikir macammana nak
packing bawak balik. Kalau harga terlalu murah berbaloi jugak tapi kalau
kat waterfront lebih murah.....jangan buang masa beli tikar kat sini. My
fren beli tikar bersaiz besar dengan harga RM280 (harga dia letak RM380)
kat waterfront....kat pasar Serikin dia cari tikar yang sama jenis dan
saiz supaya dapat bandingkan harga.....harga awal dia letak RM400
lebih......paling habis tawar dapat RM320. Itu pakar tawar menawar yang
tawar harga.....kalau saya mesti tak dapat harga RM320 tu. Maaflah saya
nie tak ingat jenis tikar dan saiz tikar tu.....tapi tikar yang kawan saya
beli tu memang jenis yang mahal dan cantik. Saya tak minat semua
tu....sebab tu saya tak ambik pot sangat nama tikar tu.
Kat pasar serikin nie jam 10 pagi dah
panas....panas dia lain macam sikit....rasa menyengat kulit-kulit sebab ia
pasar dikawasan lapang dan tak ada pokok-pokok besar. Kalau nak
bershopping tapi ada anak kecil......fikirlah 10 kali kalau nak bawak anak
tu kat sini.
Lepas habis sahaja shopping kat Pasar
Serikin dalam jam 10 pagi, kami singgah kat pasar tani yang terletak tak
jauh dari pasar serikin. penduduk tempatan datang berjual.....seronok
tengok sayur-sayur segar yang dijual amat murah. Bunga kantan kat atas tu
cuma RM1 seikat. Gambar atas sekali adalah ulat sagu.......penjual tu kata
sedap kalau goreng kunyit. saya cuma beli beras bukit sekilo
sahaja....niat hati kami masa singgah kat pasar nie adalah untuk beli
sayur midin....sejenis sayur yang macam pucuk paku tapi bersaiz kecil dan
pendek. Sayur yang takan jumpa kat semenanjung.....sayangnya sayur tu dah
habis. kalau anda suka petai....kat sini harga petai murah 5 kali ganda.
kalau kat tempat kita seikat RM5 tapi kat sini seikat hanya RM1. saya tak
terfikir nak beli petai tu dan kemudian keluarkan biji petai dan simpan
dalam bekas untuk bawak balik......bila dah sampai kat asrama baru rasa
ralat sangat tak beli.
Kami sampai kat asrama dalam jam 12
tengahhari. Flight kami jam 5.45 petang. Oh ye kalau orang semenanjung
pergi Kuching tak sah kalau tak beli ikan terubuk dan kek lapis kan. Untuk
kali ke 3 nie saya dah tak pergi sendiri ke pasar satok tapi kami call dan
tempah. Mereka akan hantar direct ke tempat penginapan kita. Saya order 6
ekor ikan terubuk tempatan yang berharga RM15 (kat pasar harga di letak
RM20 tapi tawar dapat RM15 seekor....ini yang paling mahal) dan udang
galah 2 kilo dan kertas 1 kilo. Peniaga tu hantar pada saya di
asrama dalam keadaan packing yang amat kemas dan boleh dimasukkan
dalam kargo. Udang tu dibekukan dahulu dan dipack kemas. Kek lapis pun
macam tu jugak....saya suka kek lapis Dayang Salhah jadi bila kawan nak
pergi sana saya hanya mintak kawan tolong
belikan sahaja.
Atas permintaan pembaca, ini sedikit
maklumat tambahan:
Ini adalah no contact peniaga yang ambil
tempahan dan penghantaran termasuk melalui pos ke semenanjung. Dia jual
Ikan terubok masin sarawak, udang galah, udang kertas, udang kara, ikan
bawal putih, ikan kurau, udang salai, udang kering dan telur
terubok.
Aswandy Ikan terubok Masin Sarawak
Pasar tamu Satok, Kuching
Hubungi:-
Aswandy Seruji 016-808 5710 atau 014-688
7105
Rudy Seruji 013-822 3440 atau
014-889 9104
Tentang harga.....pandai-pandailah anda
menawar.
8 comments:
assalamualaikum bdaria patut lah senyap aje,seronok baca kisah shopping tu ,saya teringin nak beli tikar sarawak tapi dah lost contact sengan tokey kedai kat sana kalau idak senang aje boleh dia courierkan ke sini
last sekali sayang ke kuching ialah pada awal 70an!! heh! bayangkan umur saya kini....baca entri cik bdaria jeless member...
bole x bg saya contact number utk beli ikan n udang tu..next week sy nak ke kuching..tq..
Salam,
Saya dah bagi no contact tu kat post.
Salam Ami,
Saya pergipun atas urusan kerja....tiket free...penginapan free.
Assalamualaikum,
Bestnye dapat jenjalan kat sana di samping bertugas. Saya rasa info tu cukup berguna memang betul pasu yang di jual kat waterfront mmg mahal gila jika di bandingkan dekat batu 4. Entah bila pulak saya berpeluang pergi sana .
Salam Citarasaku,
Saya cuma bagi pendapat shj. Ada pembaca blog nie yang tidak bersetuju dengan pendapat saya tu. Itulah susah bila manusia nie terasa dia lebih pandai dari orang lain sampaikan pendapat orang lain semua tidak betul.....semua dia nak tegur....nak kritik. Susah sungguh nak puaskan hati orang nie kan. Kadang-kadang nak jugak buat perangai "peduli apa aku....nie blog aku...suka akulah nak tulis apa pun".
salam kak. btul la, pndapat org lain2. jika nak cari pasu sarawak, mmg baik cari area batu 4, jln serian. masih blh tawar menawar lg. kalu tikar sarawak, area waterfront la, diorg siap bungkus lg.sng utk bawa balik @ courier.tu pgalaman saya masa belajar kt Uitm Sarawak. Rindu dah nak jln2 balik sekitar Kuching, blm kesempatan nak pegi.
Post a Comment