Wednesday, September 5, 2012

Kuih siput sedut

 Kuih siput sedut...sebenarnya kuih siput tetapi kali nie ia adalah kuih siput yang dibuat berbeza dengan kebiasaan yang selalu kita nampak. Saya tidak buat kuih nie...adik perempuan saya beli kat kawan dia. Saya tunjukkan kat blog sebab saya suka kreativiti orang yang membuat kuih siput nie.

Bancuhan tepung adalah seperti bancuhan kuih siput...so anda boleh guna resepi kuih siput milik anda cuma anda ubah bentuknya sahaja...kalau selalunya buat guna sarang kuih siput kali nie guna mesin pasta pulak.
 Close up gambar kuih siput sedut.
 Tepung dicanai nipis mengunakan mesin pasta dan kemudian masukkan tepung tadi kebahagian tengah mesin. Ambil sekeping tepung dan kemudian balut ikan bilis yang dibelah dua. Lilit bermula dari kepada ikan bilis dan kemudian turun keekornya.

So kalau ada sesiapa yang rajin untuk mencubanya bolehlah cuba buat kudapan nie dan kemudian boleh kongsi samaada resepi anda itu menjadi. Kuih siput nie sangat ranggup dan sedap...itu sahaja yang saya boleh katakan.

Saya sengaja letakkan gambar disini sebab nak bagi idea untuk orang yang rajin untuk memcuba.

4 comments:

~~zana@pb~~ said...

Assalammualaikum bdaria, selama akk kawin, sekali je buat kuih siput. Serik dah.....tak sanggup menggentel.
Bagus kalau ada mesin kan...

gelangtembaga said...

Masyaallah

norlieharumaini said...

anak akak pun ada belikan untuk akak sebungkus.. sedap RM22 dia beli di Mentakab Pahang

Anonymous said...

Kuih ni kalau di kedah org panggil bilis pintal