Monday, December 24, 2012

Adik saya telah pergi menemui Allah

Setiap yang hidup pasti akan berakhir....itu kata-kata emak saya selepas beliau melihat saya termenung atas katil ketika sedang mengemas bilik arwah adik perempuan saya pagi tadi. Saya ingin memaklumkan bahwa saya baru sahaja kehilangan insan istimewa dalam hidup saya.

Adik perempuan saya telah menghembuskan nafas terakhir pada 22hb Disember 2012, jam 11.20 mlm. Setelah terlantar sakit selama lebih sebulan...akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir dengan dikelilingi oleh 5 orang anak-anak beliau dan kami sekeluarga. Beliau begitu menderita semasa akhir hayatnya dan semoga beliau ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman. Saya pernah menulis entri berkenaan beliau dalam blog nie jika anda masih ingat.....

7/6/2012 - beliau drive sendirian ke KL untuk mendapatkan rawatan di HUKM dan kemudian ditahan di HUKM kerana keadaan payudaranya yang membengkak teruk. Beberapa hari kemudian beliau disahkan kanser payudara. Beliau ditahan selama 10 hari dan selama tempoh tersebut beliau cuba menghubungi suaminya tetapi panggilan serta sms beliau tidak diangkat dan diendahkan sehinggalah sehari sebelum kimoterapi beliau terima sms yang meremuk hatinya...sms tersebut berbunyi "...............walaupun engkau mati sekalipun aku takan jenguk mayat engkau.........".

21/6/2012- Beliau diceraikan dengan talak satu. Tiga hari selepas kimoterapi beliau menderita sakit. Badannya hitam dan beliau terasa panas bagaikan dibakar dengan bara api.....beliau menangis teresak-esak sambil berkata jika panas begini dia sudah tidak tahan....bagaimana dengan kepanasan api neraka?. Beliau hilang keseluruhan rambutnya, bibirnya pecah-pecah...dan selama 2 minggu beliau berkeadaan begitu. Selama berada dihospital dan berada dalam keadaan sakit begini...suaminya tidak menjenguk beliau langsung dan akhirnya beliau bebas dari kesengsaraan hidup bersama lelaki tersebut....disaat lafaz cerai disebut dihadapan ibu dan bapa saudara saya....beliau hanya diam dan menarik nafas dalam-dalam...tanpa setitikpun airmatanya jatuh.

3/7/2012- Anak perempuan beliau (Mariam) pula sakit. Kali nie adik saya sudah tidak memikirkan sakitnya lagi sebaliknya kehulu ke hilir mengubati anaknya ini. Dua bulan anak dalam keadaan begitu dan akhirnya anaknya itu dihantar untuk dijaga oleh bekas suaminya setelah keadaan anaknya bertambah teruk. Dalam masa yang sama Hafiz, sepupu kami yang menjadi 'kaki dan tangan' adik saya selama ini sepanjang beliau sakit untuk menguruskan tadika juga telah jatuh sakit dan Hafiz juga telah dihantar ke tempat Tahfiz jagaan bekas suaminya untuk diubat. Ketika beliau menelefon bekas suaminya untuk mengambil Mariam dan Hafiz....beliau dibebel dan dimaki teruk...beliau cuma berkata "cukuplah....cukuplah saya sakit....saya sakit".

October 2012- Alhamdulillah Mariam pulih begitu juga Hafiz tetapi  adik meminta Hafiz pulang kekampungnya kerana takut keadaan Hafiz berulang kembali. Keadaan adik perempuan saya semakin teruk. Badannya mula menyusut tetapi ketika ini beliau masih mampu untuk bangun ke toilet dan menyempurnakan sembahyang lima waktu, tahjudd dan membaca Al-Quran.

November 2012- Beliau terbaring dikatilnya....sudah tidak mampu bangun. Badannya hanya tinggal rangka dan hanya seberat 20kg. Selera makan berkurangan tetapi beliau sentiasa emak sediakan bermaca-macam makanan.....alhamdulillah semua makanan yang dia minta emak sediakan wp dia hanya memakan 2..3 sudu sahaja. Selama beliau sakit suaminya tidak pernah bertanya khabar dan beliau juga rahsiakan penyakitnya daripada rakan-rakan serta saudara-mara. Kami terpaksa hormat permintaan beliau wp kami tidak faham mengapa beliau buat begitu.

Disember 2012- Beliau sudah tidak meminta emak menyediakan makanan lagi dan kalinya beliau hilang selera makan terus. Payudara beliau membengkak dengan ukurlilit 18inci dan kemudian ia pecah bernanah. Bau busuk memenuhi ruang biliknya....beliau sentiasa meminta saya membelikan lilin wangi untuk dipasang dibiliknya.

8hb Disember 2012- Anak lelaki beliau yang berusia 7 tahun dibawa ke klinik oleh bekas suaminya untuk bersunat. Budak tu menangis sebab takut. Bapanya menjerkah beberapa kali tetapi dia masih menangis akhirnya bapanya menampar pipi anaknya itu dengan kuat dihadapan doktor.....doktor terkejut. Setelah balik sianak dalam teresak-esak....turun dari kereta bapanya dan terus berjalan masuk kedalam rumah. Sianak berhenti dihadapan pintu biliknya dan memandang beliau yang terbaring sakit atas katil. Beliau pelik mengapa anaknya tidak masuk dekat......dia lambai anaknya...sianak diam membatu. Adiak saya lambaikan tangan sekali lagi....sianak membalas lambaian tersebut dan terus masuk kedalam bilik lain. Sibongsu yang berusia 4 tahun berlari masuk kedalam bilik uminya sambil berkata "Umi....tadi Abi tampar Abang". Adik hanya mampu menangis.

10hb Disember 2012- Emak saya bawa dia pulang kerumah kami di Pahang kerana katanya dia ingin menghembus nafas terakhirnya di rumah kami dan dikebumikan ditanah perkuburan yang sama dengan arwah ayah. Kali nie dia terpaksa makan bubur nasi atau kentang yang telah diblender terlebih dahulu dan meminum air mengunakan straw. Beliau terpaksa dipakai pampers. Akibat hilang selera makan....badan beliau hanya tinggal rangka dan tidak ada langsung isi....dia mula sakit apabila disentuh dan emak saya terpaksa menguruskan beliau dengan lembut. Alhamdulillah beliau dikurniakan anak yang taat seperti Mariam yang begitu teliti dan tanpa mengeluh membersihkan nanah-nanah payudaranya kemudian memandikannya dan membersihkan najisnya serta menyuapkan makan dan minumnya.

15hb Disember 2012- SMS dan panggilan telefon bertalu-talu dari rakan-rakannya dan kenalannya kerana bekas suaminya telah berkahwin lain.

18hb Disember 2012- beliau tenat. Emak call saya supaya balik segera. Selepas exam saya terus drive pulang ke kampung. Bila sampai kerumah...saya letak beg dan terus lari ke biliknya. Saya tergamam dan terkejut melihat keadaan beliau....saya terus meraung disitu. Dsyatnya keadaan adik. Airmata mengalir dipipinya......dia panggil saya dengan suara lemahnya 'longggggg". Saya duduk dan pegang tangan dia.....dia cuba bercakap dengan saya tapi pertuturannya yang tidak jelas menyukarkan saya.....saya cuma mengangguk dan cuba senyum.

20hb Disember 2012-Beliau memberi isyarat kepada adik ke 3 supaya menghubungi peguam dan beliau ingin ke mahkamah untuk  menandatangani surat pelepasan hak penjagaan anak-anak beliau kepada emak saya. Adik saya ketika ini sudah tidak mampu lagi bertutur. Kami sekeluarga mengusung beliau masuk dalam van yang telah diubahsuai dengan diletakkan tilam didalamnya supaya beliau boleh berbaring dengan selesa. Beliau sampai ke mahkamah dan borang kebenaran dibawa turun oleh pendaftar mahkamah ke van dan beliau turunkan tandatangan dengan disaksikan oleh emak dan peguam yang adik telah lantik dalam keadaan terbaring lemah.

22hb Disember 2012- Beliau menghembuskan nafas terakhirnya disisi anak-anak dan kami sekeluarga.

23hb Disember 2012-Jenazah beliau dimandikan dan sembahyangkan serta ditanam ditanah perkuburan yang mana bersemadinya arwah ayah. Permintaan terkahir beliau dimakbulkan iaitu beliau tidak benarkan mayatnya di jenguk oleh bekas suaminya. Bekas suaminya yang sedang berbulan madu tidak sempat pulang. Jika semasa hidup hatinya begitu terluka dengan sms "walaupun engkau mati, aku takan tengok mayat engkau"....sebab itu adik merahsiakan penyakitnya dari semua kenalannya supaya berita penderitaannya tidak sampai ke telinga bekas suaminya dan permintaan terakhirnya dimakbulkan.

Selepas kematian beliau.....barulah emak menceritakan tentang penderitaan adik kepada kami. Rupanya sejak awal beliau menyedari kelainnan pada payudaranya....beliau sudah minta supaya suaminya membawa beliau berubat tetapi permintaannya diabaikan. Apabila sudah agak besar....beliau sekali lagi merayu supaya suaminya bawa beliau ke Johor untuk berubat. Suaminya akur walaupun dalam keadaan 'menyebai'/mengamuk. Apabila pulang dari tempat berubat....dan ketika baru masuk kedalam rumah...air ubat dan ubat-ubat diletakkan adik didepan pintu sebab beliau nak bukak kasut...suaminya masuk dan terus tendang air ubat serta ubat-ubat tersebut sehingga terpelanting ke muka adik. Dia menangis dan sejak hari itu beliau tidak lagi merayu suaminya supaya bawa beliau berubat....dia pergi sendiri.

Penderitaan yang beliau lalui semasa akhir hayat beliau begitu teruk sekali....marilah kita sama-sama berdoa agar roh beliau berada bersama-sama engan orang-orang yang beriman. Semoga penderitaan yang beliau hadapi di dunia ini dibalas dengan syurga dan kebahagian oleh Allah....Amin. Alhamdulillah sehingga akhir hayat beliau....beliau mampu menunaikan sembahyang lima waktu dengan lengkap wp terbaring dan mulutnya masih terkumat kamit dengan zikir.

44 comments:

dZana said...

sedihnya sis.. slm takziah buat seisi krga.. smga rohnya dlm kalangan org beriman..alfateha

Noor Yusoff said...

Takziah dari saya serta Al-Fatihah buat Arwah. Sedih saya membaca kisah beliau semuga arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.

Asyifa Mustaffa said...

Al fatihah....takziah buat keluarga....
Semoga arwah ditempatkan dikalangan para solehah.....x tau nak kata apa....kesian plak pada arwah sbb dpt suami begitu....moga arwah tenang di sana....

Salami Simon said...

Takziah... mudah-mudahan adik ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman... yang sayu dan hiba sangat,... anaknya yang 5 orang tu...

Anonymous said...

sya amat bersimpati dan takziah utk bdaria sekeluarga.


Chan

aima said...

takziah, semoga rohnya di cucuri rahmatNYA.....

iza said...

Innalillah.... Semoga rohnya tenang di sana...

HomeKreation said...

Sedih nya Along baca cerita penderitaan seorang wanita yg di abaikan oleh suami sendiri... semuga roh nya di cucuri rahmat & di tempatkan di kalangan org2 beriman. Semuga penderitaan di dunia di balas dgn kesenangan di akhirat.... al-fathihah.

tok_chik said...

alfatihah buat arwah dan salam takziah untk cik bdaria sekeluarga.
sebak bila membaca, tersayat juga hati.

Anonymous said...

Slm takziah...kak,moga arwah tenang di sana. Banyakkan bersabar.penderitaan arwah sangat terkesan dihati saya.sy seorang silent reader blog akak dan sentiasa mengikuti perkembangan blog ini.

Anonymous said...

innalillahiwainnailaihirajiun...

tun_telani said...

Innalillahiwainnailaihirajiun. semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman, insyaAllah. semoga akak sekeluarga diberikan ketabahan menghadapi ujian.

ilahjy said...

pestime kak sanggup membaca coretan kwn2 yg pjg sebgini..sebab kesedihan dan penderitaan itu hanya ALLAH SWT saja yg tahu bgmana perit nya arwah menanggung.. kak ilah faham wpun berat mata pndang berat lagi bau nak pikul,.. semoga arwah tenang disana dna dtmpt bersama org2 beriman ..aminnn

balqees dairy said...

Al Fatihah semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.Takziah buat Badarian sekeluarga...sedih sangat hati kakak mendengar prnderitaan arwah.Setiap kali u update blog akak tak pernah melepaskan peluang membacanya'

balqees dairy said...

Al Fatihah semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.Takziah buat Badarian sekeluarga...sedih sangat hati kakak mendengar prnderitaan arwah.Setiap kali u update blog akak tak pernah melepaskan peluang membacanya'

Mamasya said...

Salam takziah buat bdaria sekeluarga. sayu baca kisah penderitaan arwah....cekal arwah menghadapi penderitaan dan kesakitan.semoga Allah memberikan ganjaran yg terbaik dan moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
semoga anak2 arwah juga tabah meneruskan kehidupan dan jadi insan yg berjaya dan soleh.Al-fatihah...

Anonymous said...

Salam takziah utk cik bdaria sekeluarga..

noradzlina.kamdani said...

slm,takziah ke atas pemergian adik awk. maaf lama x baca blog. bile dpt baca blog awk terbaca plak kisah sedih adk awk. Allah sygkan dia..redha je la dgn pemergian adik awk tu. sayangi ank2 buah awk yg telah pun menjadi yatim. semoga ayah bdk2 tu terbuka minda utk menjaga kebajikan ank2 yg telah pun kehilangan ibunye...semoga keluarga awk tabah dgn kehilangan ini. ini adalah dugaan dr allah.

Anonymous said...

Dia pergi juga. Semoga arwah aman di sana. Al-Fatihah....

Anonymous said...

membaca sambil menangis..... alfatihah

Yatie Ahmad said...

Salam Takziah buat akak sekeluarga, Al-fatihah saya sedekahkan untuk arwah....semoga rohnya di cucuri rahmatNya...

ZarinAziz said...

Salam takziah dari saya...sekurang-kurangnya penderitaan arwah telah berakhir...moga rohnya dicucuri rahmat Allah...

Al-fatihah...amin

Nur68 said...

Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmatNYA. Amin.

Chik Mimi said...

Alfatihah ,dariNya kita datang kepadaNya kita kembali..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
Sedih dengan penderitaannya ,Allah maha mengetahui takziah buat Bdaria sekeluarga

Ayu sukatiakula said...

bergenang air mata membaca coretan ini.. semoga rohnya dicucuri rahmat

sitiebby said...

salam,

salam takziah dari saya. moga roh ditempatkan di kalangan org beriman. Menitik air mata mbaca coretan ini.
moga anak2 arwah tabah mhadapi dugaan seterusnya.

Anonymous said...

Kak, syurgalah tempat allahyarhamah, mudah mudahan... Semoga kesakitan, penderitaan, dan kesusahan masa hidupnya yang disulam dengan kesabaran dan redhanya jadi penghapus dosa dosanya... Syurgalah ganjarannya insyaAllah...

Roziah said...

Salam takziah dari saya, harap Bdaria sekeluarga dapat bersabar disaat yang menyedihkan dan mencabar ini. Saya adalah silent reader ruangan Bdaria dan catatan Bdaria sentiasa berkesan di hati saya. Saya menangis membaca berita arwahnya telah pulang ke rahmahtullah. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman di dalam syurga.

Sedih sungguh hati saya membaca layanan bekas suami arwah terhadap anaknya sendiri. Menangis saya bila membaca catatan Bdaria, dimana tatkala anak saudara Bdaria yang pasti bimbangkan kesihatan ibunya dan kerisauan menghadapi upacara berkhatan, dilayan sebegitu buruk oleh ayahnya sendiri. Semoga Allah melindungi mereka adik beradik. Yang pastinya, Bdaria, emak dan adik-adik yang lain akan sentiasa menjaga, melindungi dan menyayangi mereka.

Intan ~ Nur Azlina said...

Salam takziah buat akak sekeluarga.
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Anonymous said...

tumpang sedih... semoga mereka adik- beradik tabah dlm menghadapi dugaan di usia muda ..hilang sudah tempat bergantung dan mengadu nasib..

Anonymous said...

tumpang sedih.. semoga mereka adik- beradik tabah dlm menghadapi dugaan di usia muda mereka..

Anonymous said...

tumpang sedih... semoga mereka adik- beradik tabah dlm menghadapi dugaan di usia muda ..hilang sudah tempat bergantung dan mengadu nasib..

lemongrass said...

Salam takziah Bdaria atas pemergian adik tersayang.
Semoga rohnya ditempatkan di dalam Jannah dan semoga sekarang dia aman di sana tanpa kesakitan.

RAJA ZARINA RAJA OTHMAN said...

Salam takziah....semoga arwah ditempat bersama orang-orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT...aamiin, saya juga pernah lalui semua ini ketika menjaga arwah kakak saya yg juga sakit yg sama dan dimasukkan di hospital HUKM hampir 2 bln saya berulang alik dr Semenyih ke HUKM menjaganya bersama abah,sambil menjaga anak arwah yg berusia 11 bln ketika itu, kes yg sama arwah juga bermasalah dgn suaminya yg tidak berhati perut dan kejam, ketika itu arwah telah memfailkan kes fasakhnya, saya dpt rasakan kesedihan anda sebagaimana saya kehilangan arwah kakak saya, sabarlah ini dugaan ALLAH SWT buat kita, kini anak arwah dalam jagaan mak dan saya (dah berumur 5thn kini) kami sama2 failkan hak penjagaan anaknya arwah tinggalkan anaknya setelah selesai buat yg terbaik tuk anaknya PUTERI NUR IMAN SAFIAH.

Nik Zawawi said...

Al-Fatihah utk arwah. memang lumrah begitu, "orang yang jahat" akan mencari dan menganiaya "orang yang baik"...........ALLAH tahu setiap kejadian & biar ALLAH yg membalas, kita sebagai hamba perlu doa utk kebaikan semua insan.

wati said...

Salam takziah kak..semoga rohnya dicucuri rahmat.

LugieAmir said...

ALFATIHAH! semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Berakhir sudah penderitaannya :-( dan sesungguhnya ALLAH lebih menyayanginya.

cahayafadzilah said...

Salam Takziah buat akk dan seisi keluarga.. sesungguhnya Allah lebih menyanyangi beliau...

semoga orang yg berbuat zalim pada arwah dibukakan pintu hati untuk bertaubat...

Ami said...

Amiinn..sudah lama saya tak menjenguk ke blog bdaria tapi saya memang tahu kisah adik yang sakit dari cerita2 bdaria. Ya Allah! kalu bukan saya di pejabat, saya sudah menangis sebak, sedih dengan kisah adikmu. Betapa tabahnya dia menyimpan derita dan berjuang sehingga akhir hayatnya. Saya doakan anak-anaknya sentiasa didalam peliharaan Allah dan roh adik ditempatkan dikalangan ahli solihin!

Anonymous said...

Salam Takziah Al-Fatihah untok arwah

Anonymous said...

Mengalir airmata ini membaca kisah adik cik bdaria...al-fatihah..semuga roh nya dicucuri rahmat..

Anonymous said...

Salam takziah buat sekeluarga..sedih sy dgr citer sis,byk bersabar ye..ada hikma disebalik ape yg terjadi..sy doakan arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin,

Naz / Nadz COSK said...

Salam takziah buat bdaria sekeluarga... semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman. Semoga anak2 arwah menjadi anak2 yg soleh dan tabah setabah ibu mereka... Al Fatihah buat arwah..

suraya samiran said...

saya menangis bila baca cerita adik akak...saya doakan arwah ditempatkan dikalangan org2 yg soleh.