Thursday, October 2, 2014

Apabila dia mengeluh.....saya juga mengeluh

Hari ini dimana-mana saja di laman sosial .....rakyat Malaysia memgeluh kenaikkan harga minyak yang PASTInya akan memberi kesan kepada kenaikkan harga semua barangan keperluan dan kesan akhirnya adalah semakin tenat budget bulanan rakyat jelata. Rakyat mengeluh sehari dua....pemimpin pekakkan telinga sebab esok lusa rakyat senyaplah....dan keadaan akan kembali normal.
 
Sehari sebelum hari kenaikkan harga minyak....seorang staff perempuan kat ofis mintak tumpangkkan dia sehingga Tol Jalan Duta sebab suami dia ada kursus dan terpaksa bawak kereta. Didalam kereta kami berbual
 
Dia : Hari nie terpaksa tumpang akak...suami saya kena bawak kereta sbb ada kursus kat luar. Kereta ada satu saja....saya terpaksa bangun seawal pagi....siapkan anak2, hantar anak ke sekolah, nurseri dan kemudian hantar suami sebelum ke pejabat sebab pejabat saya yang paling jauh daripada dia
 
Saya: Anak-anak hantar nurseri bukan dulu jiran yang mengasuh?
 
Dia : Susah kak.....selalu sangat pengasuh buat perangai...saya dah siap nak pergi kerja tiba-tiba dia call cakap dia ada hal....tak boleh jaga anak...so saya kena ambik cuti segera. Selalu sangat macam tu....sampai boss pun dah marah kat saya sbb selalu EL.
 
Dia: dua anak saya hantar nurseri...kena bayar dekat RM600 sebulan....3 lagi sekolah rendah. Gaji saya bersih hanya RM2000 saja....Gaji suami saya basic RM1800 (anggaran bersih RM1600)
 
Saya menconggak kira total income bersih yang dibawa balik ke rumah RM2000 + RM1600=RM3600 sebulan
 
Dia: Rumah kena bayar bulan-bulan (RM800), kereta wira tu masih belum habis installment (RM500), nurseri 2 anak RM600, anak sekolah pakai duit  (anggaran RM400 utk 3 orang), duit Van sekolah...anak sekolah kebangsaan dan agama, minyak kereta (dahlah duduk jauh....subang bistari ke Jalan Dewan Bahasa KL ulang alik), duit belanja rumah....belanja dapur, belanja utiliti...nak bagi kat Emak dan Ayah dikampung....emak mertua kena bagi jugak....sebulan sekali kena balik jenguk emak kat kampung....kalau balik takan nak balik bonet kosong....kena isi dengan barang dapur
 
Saya hanya diam mendengar sambil kepala menconggak lagi mengira....Ya Allah .....apa yang tinggal....anak 5 orang. Saya yang bujang nie kalau baki akaun bank ada RM1000....saya dah mula panik dan mulalah mengira hari gaji.....inikan pulak dia yang isi rumahnya ada 7 orang dengan gaji bersih suami isteri separuh dari gaji bersih saya.
 
Saya mendengar keluhan sahabat saya ini.....saya yakin dia bukan sendirian....ramai rakyat Malaysia yang senasib seperti dia. Rakyat yang berpendapatan sederhana.....hanya mampu beli atau sewa apartment yang terletak jauh dipinggir bandar.....sebab itu sahaja yang mampu dimiliki/sewa. Menaiki motosikal sebagai alternative pengangkutan supaya duit minyak yang dijimatkan dapat digunakan untuk beli susu anak walaupun tahu mereka sentiasa terdedah kepada bahaya.
 
Bila kos sara hidup meningkat....kesannya bukan hanya dirasai oleh rakyat berpendapatan rendah, sederhana tetapi juga semua orang. Kos sara hidup tinggi....kadar jenayah juga akan meningkat tinggi.
 
hmmmmm....pagi nie sesapa yang lalu ikut jalan NKVE...panas satu badan...beria-ia isi minyak penuh tangki sbb nak jimatkan beberapa puluh ringgi sebaliknya diawal pagi...jam 6.50 pagi...kereta dah beratur panjang bermula dari tol Kota Damasara sehinggalah ke Tol Jalan Duta....saya sampai ofis jam 8.20 pagi dan terpaksa tulis surat tunjuk sebab kenapa LEWAT....terima kasih sibahalul kontraktor jalan.....satu bar minyak habis.....
 

4 comments:

zana fahmi said...

Assalammualaikum Bdaria, perit hidup kalau nak cerita memang tak habis sehari...

Intan ~ Nur Azlina said...

betul tu kak, walaupun 20 sen tapi tetap memberi impak. Lain la baki gaji lebih seribu, sekurang-kurang boleh berbelanja dengan sangat berhikmah. tapi kalau sesetengah nya yang baki sangat la sedikit, macam mana lagi mereka perlu berjimat. kenaikan harga minyak semestinya memberi impak pada peniaga juga, jadinya barang pun naik harga. Wallahu a'lam.

Rose Azadir said...

Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer....

Zurainny Ismail said...

Minyak dah turun harga, tapi harga brg x turun, of course. Lps GST, harga naik lg.... bila nak senang?