Monday, February 15, 2010

Ayam goreng berempah

Balik kampung sempena cuti panjang CNY, membolehkan saya memasak untuk hidangan makan tengahhari bagi sekeluarga. Dah lama sebenarnya tak memasak makanan berhidang begini. Seronok pulak bila makan beramai-ramai. Yang tak seronoknya bila balik ke Pahang nie bila musim cuti begini kami akan menghadapi masalah ketiadaan air. Dah lebih 30 tahun terpaksa tanggung keadaan begini. Bersilih ganti wakil rakyat tapi masalah tetap tak selesai. Paling meluat bila telefon JBA kawasan Bera sbb selalu bagi jawapan bodoh. Selalunya kami suka berkumpul di Terengganu tapi oleh kerana adik dah sarat sangat nak bersalin maka kami berkumpullah di Pahang.

Ayam Goreng berempah
Sumber: Senangnya memasak Ayam, chef hanieliza

Bahan-bahannya:-
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil

  • 1 sudu besar rempah kari

  • 1 sudu besar lada sulah

  • 1 sudu besar serbuk lada

  • daun kari(saya tak bubuh sbb tak de kat umah tapi inilah yg paling penting dalam ayam goreng berempah)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*

  • 3 batang serai*

bahan yang bertanda (*) dikisar terlebih dahulu.

Cara-caranya:-

  1. Bersihkan ayam dan keringkan airnya.

  2. Kisar bahan bertanda (* )dan masukkan bahan kisar kedalam bekas ayam.

  3. Masukkan semua bahan-bahan yang lain diatas kecuali minyak masak. gaul rata bersama ayam dan perap selama 30 minit.

  4. Panaskan minyak yang banyak dan bila panas, masukkan daun kari kemudian masukkan ayam yang diperap tadi.

  5. Apabila ayam telah kekuningan keemasan, angkat dan toskan minyak.

Hidangan makan tengahhari ini dilengkapkan pula dengan labu masak lemak bersama daun kunyit. Hidangan mudah saja....tak boleh buat yang rumit2 sbb tak ada air nak basuh pinggan-mangkuk. Bercinta sebenarnya nak masak dalam keadaan tak ada air nie......kalau ada air telaga boleh tahan sikit, ini rumah atas bukit...setitik air pun tak ada kecuali dalam bekas2 kecil yang ditadah.


Diselerakan lagi dengan sambal tempoyak bersama dengan timun dan jering muda. emmmm dah cukupkan. Hidangan simple begini cukup menyelerakan, lebih2 lagi bila makan beramai-ramai.

Sambal tempoyak berserta ulam jering muda dan timun.

No comments: