Thursday, February 18, 2010

Tetamu yang tidak diundang


Ada sepohon pokok ciku betul2 dihadapan pintu masuk rumah kami. Ada dua tiga kali saya cadangkan supaya pohon itu ditebang tapi mak tidak benarkan...katanya buah ciku tu besar dan manis, sayang kalau ditebang pokok yang berada ditepi rumah tu. Lagipun ia dah berada disitu lebih 30 tahun so mak sayang nak tebang (yang sebenarnya mak saya sayang sebab pokok tu ditanam oleh arwah ayah). Masa sampai ke rumah, saya parking kereta betul2 bawah pokok ciku tu.....anak saudara saya yang berusia 7 tahun tunggu depan pintu. Bila saya sudah angkat beg dan barang2.....barulah anak saudara saya tunjuk sesuatu atas pokok ciku.....rupanya ada tetamu yang tidak diundang berada disitu. Sudah lebih seminggu ia berada diatas dahan ciku tu. Adik perempuan saya pernah mintak orang tolong 'halau' tetamu ini tapi tak ada siapa yang berani sehinggalah ada seorang lelaki yang kerjanya mencari madu lebah sanggup menghalau tapi dia minta tunggu sehingga sarang tersebut boleh diambil madu....jadi kenalah tunggu beberapa minggu lagi.








Tengoklah betapa besarnya sarang lebah nie. Sebenarnya saya betul2 risau sbb dalam rumah tu hanya tinggal adik perempuan saya yang sedang menunggu hari untuk bersalin dan 2 orang anak kecil. Suaminya dan keluarga saya yang lain berada di Terengganu. Adik saya adalah guru j-qaf so amat susah nak mintak tukar balik ke Terengganu......suaminya yang juga guru di Terengganu akan berulang-alik ke Pahang setiap minggu. Risau pulak bila memikirkan nanti ada buah ciku yang dimakan tupai akan jatuh atas sarang nie dan lebah2 tu akan serang anak2 saudara saya dalam rumah......mintak dijauhkan lah.


Adik saya nie bila saat nak bersalin mesti ada perkara pelik berlaku kat dia. Masa bersalin anak sulung, asyik berulang alik ke hospital sbb 'false signal'. 3 kali ambulans datang ambik kat rumah untuk ke hospital mujur rumah sebelah klinik je. Anak ke dua pulak masa tengah bersiap2 nak ke hospital dan tunggu ambulans datang tiba2 beruk peliharaan jiran terlepas dan menerpa masuk dalam rumah sehingga adik yang ketika itu dalam kesakitan bingkas bangun dan terus dukung anak dia yang berusia 3 tahun dan lari masuk kedalam toilet sbb beruk tu kejar mereka. Nurse yang berada bersama adik saya ketika itu lari lintang pukang tinggalkan adik saya sorang dalam rumah sbb terkejut dengan beruk tersebut. Sekarang nie pulak kedatangan lebah disaat2 adik menunggu hari yang dijangkakan oleh doktor pada 22hb nie....... esok lusa sahaja. Harap2lah tak ada apa-apa berlaku.

No comments: