Friday, February 12, 2010

Kek pisang sempoi lagi







Saya tidak sihat hampir seminggu, demam berlarutan sehingga lebih lima hari. Setiap kali pasar malam di kawasan perumahan nie....saya akan beli sesikat pisang emas dan betik. Itu buah favorite yang mesti ada dalam peti setiap minggu. Akibat demam....pisang emas tu terbiar saja macam tu, oleh kerana esok hendak balik ke Terengganu maka pisang tu kenalah diubah menjadi sesuatu yang boleh dimakan. Sudah tentu kek pisang sempoi jadi pilihan sbb ia paling mudah dan semua bahan memang ada kat dapur tak payah fikir nak kena cari bahan-bahan kat supermarket lagi tapi saya ubah sikit.....jadi kek pisang chocolate rice. So ini bahan-bahannya:-
Kek pisang Chocolate Rice
bahan-bahannya:-
  • 250 gm pisang emas
  • 270gm tepung gandum
  • 200 gm gula halus/gula perang
  • 4 biji telur saiz m
  • 180ml minyak masak/minyak jagung
  • 100ml susu segar
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 ovalete
  • 60gm chocolate rice
  • sedikit garam
Cara-caranya:-
  1. Panaskan oven
  2. Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat. ketepikan
  3. Pukul telur dan gula sehingga kembang masukkan minyak dan susu serta ovalete. pukul lagi sehingga putih
  4. masukkan semua tepung dan sedikit garam. pukul sebentar
  5. Masukkan chocolate rice dan masukkan adunan kedalam bekas pembakar yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dilapik dengan kertas minyak.
  6. Bakar selama 50 minit dengan kepanasan 180 darjah celcius atau ikut suhu oven anda bagi membakar kek.

No comments: