Kuih nie saya buat pada petang ahad semalam.
Bila bukak peti ais kat tempat beku, tengok ada satu bekas kelapa parut
putih yang sudah berada kat situ hampir sebulan rasanya. Bila cium
masih ok so terus terfikir nak buat kuih getas-getas. Nie salah satu kuih
kegemaran saya.
Sila abaikan bintik-bintik hitam kat atas kuih
tu....itu adalah kesan bila guna minyak gorengan kuih bom yang saya buat
sebelum nie. Saya dah tapis minyak nie untuk buang bijan-bijan tu tapi bila
goreng tengok ada jugak bintik-bintik hitam nie kat kuih.
Kuih getas-getas
Bahan-bahannya:-
-
250gm tepung pulut
-
20gm tepung gandum
-
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
-
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
-
sedikit garam
-
Minyak untuk mengoreng
Cara-caranya:-
-
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.
-
Biarkan sebentar selama 10 minit
-
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper. Mak saya akan canai atas dulang dan kemudian potong segiempat. pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.
-
Panaskan minyak dengan api sederhana.
-
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
-
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah
-
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
Ini pula adalah cara untuk menyira gula. Bagi
yang baru pertama kali belajar untuk menyira gula ia adalah sesuatu yang
agak sukar. Mungkin bagi anda yang sudah mahir........ianya adalah mudah.
Saya pernah berjanji dengan salah seorang pembaca blog ini untuk menunjukkan
cara-cara menyira gula. Saya harap penyampaian saya nie anda akan
faham.....saya buat yang termudah yang boleh saya fikirkan kerana saya juga
tak pandai bab-bab menyira gula nie. Masa belajar dengan mak dulu nak tau
dia kata apa.....cuba hang tengok buih-buih tu kalau banyak buih tu makna
nya pekat dahlah tu....cuba hang angkat gula tu kalau dia turun bertali
maknanya pekatlah tu.....puas lah saya tengok buih gula....sama je pada mata
saya tak dak beza pun....saya cuba titiskan air gula tengok, dia tak
bertalipun turun...... masa bila nak turun bertali?......confuse.....tanya
banyak kali karang kena marah sebab kacau dia buat kerja. Menang susah
nak belajar dengan orang tua......jadi saya ajar nie atas kefahaman saya
sendiri so jika anda ada cara atau kaedah lain boleh kongsi bersama. Kepada
adik-adik yang baru belajar......belajar dengan cara yang mudah dulu
ok.
Menyira gula kuih
Bahan-bahannya:-
-
1/2 cawan gula pasir
-
1/2 cawan air
Cara-caranya:-
-
Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
-
-
Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
-
Biarkan ia selama 7 minit.
-
Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
-
Terus matikan api dapur ye.
-
Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.
Apa yang saya maksudkan bunga gula.....itu
yang putih-putih tu....itu yang dinamakan bunga gula. Kalau gula tak
pekat.....bunga gula tidak keluar. kalau terlalu pekat......ia akan jadi
gula hangus. Bunga gula saya sebenarnya tidak begitu 'menjadi'. Menjadi
dalam erti kata untuk orang mahir sebab kalau 'menjadi'....bunga gula yang
keluar adalah berkeping-keping besar. Practise make perfect.
Saya bukan peniaga kuih....saya cuma
anak peniaga kuih sebab tu saya tak malu mengaku kalau saya pun buat
tak menjadi. Saya suka belajar dari pengalaman sendiri berbanding dari
pengalaman orang lain. Saya pernah menguruskan sebuah kilang......perkataan
yang saya paling benci nak dengar adalah "tidak boleh". Pekerja saya amat
faham dengan perangai saya.....kalau saya suruh mereka akan buat dan bila
tak berjaya mereka akan datang report.....saya tak marah walaupun banyak
produk yang rosak tapi kalau saya suruh mereka dah kata 'tak
boleh' tapi tak cuba lagi.......memang masa tu saya akan tengking. Saya
benci manusia yang tidak mencuba dan mengeluh tak boleh. Cuba....kalau tak
menjadi kita masukkan dalam tong sampah....esok cuba lagi. Jangan mengeluh
bila tak menjadi dan jangan blame orang lain. Insyaallah anda akan berjaya.
11 comments:
Tak pernah makan kue ni,tapi bila tengok Bdaria buat ni macam nak try ja
saya mmg tak pandai buat gula untuk sira tu nnti nak kena ambik tips Bdaria
Bdaria...neh kueh peberet akak masa dok kelantan dulu...masa tuh belum kawen lagi..x pnh la makan,,,sekali try...perghhh sukerrrr sgt...haha...selalu la beli...bila balik tmpt sndri..dah x pernh jumpa...terimakseh share resepi..nnt bleh akak buat...dah banyak resepi Bdaria akak ambek dan cuba...tkaseh sekali lagi yer...
Salam Mimi,
Tak tahulah Mimi boleh faham ke tidak penerangan cara menyira tu. kalau tak menjadi mintak maaf ye
Salam Mak Qis,
Sayapun suka sangat makan kuih nie. lebih sedap kalau dapat kelapa yang diparut tu muda sikit. Terima kasih sebab sudi mencuba resepi diblog saya.
Saya kena cuba tips sira ni. Selama ni tak pernah menjadi. Tapi belum give up lagi. Tq for sharing.
maaf bertnya cik...mungkin ada kesilapan, setahu tc...kueh getas ni ada mengandungi tepung pulut yang dicampur tepung gandum
bukan tepung beras yang dicampur tepung gandum,
kalau tc salah harap dimaafkan
sbb tc pernah makan, kuehnya liat2 sikit seakan2 knyal dan sememangnya rasa pulut
Salam TC,
Memang pakai tepung pulut pun, saya tersilap taip tepung beras. Terima kasih sebab bagitau.......harap2 tak ada orang yang buat lagi kalau tak jadi kuih apalah kalau pakai tepung beras. Inilah akibatnya bila taip bahan-bahan guna apa yang dapat kepala sahaja.
Salam Daria,
Lama tak komen, bukan tak baca tapi terkadang sibuk :-). Terima kasih kerana bagi tips menyira gula ni... Rasanya air saya sikit kot takpun api saya terlalu besar tu yang selalunya tak jadi...
Terima kasih banyak2 untuk tips yang berguna ni.
Salam Ijip,
Percubaan pertama tak berjaya, cuba lagi. Insyaallah boleh buat. Sentuh sedikit air gula dengan jari, kemudian tekapkan jari tu dengan ibu jari buat berulang2 kali....kalau ada kristal gula kat jari....maknanya oklah tu.
SALAM bdaria.
mak saya bagi petua selepas kuih tu di balik2kan ngan air gula taburkan sedikit tepung gandum dan akan dapat hasil gula tang berkeping keping.
1. masakakn air gula + sedikit garam
2. masukkan kuih balik2kan biar semua kena air gula
3. taburkan sedikit tepung gandum
4. alihkan dari api dapur dlm keadaan masih mengacau kuih tu sampai kering
HARAP DAPAT MEMAHAMI NYER
wow!! i suka dan setuju dgn kata2 perangsang u..jgn kata smpi kata 'tak boleh' haaa...
kuih getas ni meeeemang kegemaran sy dari kecik smpi ketua.. cuma takot nk buat sbb asyik meletop2..kadang2 smpi terangkat2 tudung periuk (i guna ms goreng nk elak percikkan minyak ... hehe) tp resepi u, ada add tpg gandum which mine takde, so i nk cuba resepi u lak..
Post a Comment