Thursday, October 27, 2011

Sedikit info untuk beli ubi kayu

Saya ada terima komen dari salah seorang pengunjung blog ini yang bernama Chan iaitu:-  

"hi cik bdaria, saya memang suka makan kuih yg diperbuat drpd ubi kayu, tapi problem sebab setiap kali beli ubi kayu selalu kena tipu, ada apa2 petua utk beli ubi kayu? Thks, Chan"

Sebenarnya saya tak tahu nak jawap......saya bukan orang yang layak untuk bagi petua sebab:
  1. Saya tak pernah beli ubi kayu sendiri....yang ini kawan yang tolong belikan.
  2. Saya anak orang kampung, sekitar kawasan rumah penuh dengan pokok-pokok ubi kayu. Kalau nak makan, mak saya hanya cabut sahaja....so saya selalu dapat bekalan yang fresh kat kampung.

Bila saya fikir balik.....saya juga akan seperti Chan bila nak beli ubi kayu sendiri bila berada dikawasan yang mana susah nak dapatkan ubi kayu fresh terutama bagi orang-orang yang tak ada halaman belakang rumah nak tanam ubi kayu. Kalau pergi pasar tani atau pasar borong untuk beli ubi, kita selalu 'percayakan' penjual dan kita selalu kata "tolong pilihkan yang elok-elok dan baru ye". Jika anda peniaga.....adakah anda akan jual yang baru sampai kepada pelanggan yang anda nampak memang tak tahu apa-apa?. Peniaga akan gunapakai konsep FIFO (First In First Out), dia akan jual yang lama kepada anda supaya yang baru boleh disimpan lebih lama. Jadi bagaimana nak pilih yang elok kan?. So Chan, saya juga akan berada dalam dilema seperti anda jika nak beli sendiri ubi kayu kat bandar nie.

Oleh kerana saya ada seketul setengah lagi baki ubi kayu kat rumah maka saya cuba kongsikan sedikit info berdasarkan pemerhatian saya
Jangan pilih ubi kayu yang berkulit hampir licin seperti kat atas tu. Ubi kayu yang baru, kulitnya lebih mengerutu dan 'sisik-sisik' tu nampak lebih tebal. Kulit ubi kayu kat atas tu dah sudah lama sebab tu ia nampak licin sebab 'sisik-sisik' tu dah hilang. (harap fahamlah saya guna perkataan 'sisik' kat kulit ubi kayu nie wp saya sendiri rasa tak sesuai)

Ubi kayu yang berwarna kuning tidak sesuai jika anda buat ubi rebus makan dengan kelapa. Ubi yang kuning nie hanya sesuai untuk buat kuih. Jika anda nak buat ubi rebus kena guna ubi fresh....ubi yang kulit dalamnya berwarna merah jambu dan isinya putih. Jika anda guna ubi putih untuk buat kuih talam...gantikan gula pasir dengan gula merah. Kalau guna ubi kuning, masukkan sedikit pewarna kuning telur supaya warnanya kuih nampak lebih menarik.

 Jika pilih ubi kayu pastikan tiada kesan seperti ini dan kesan berlubang atau kesan 'luka'. Jika nampak ubi tu ada kesan macam nie, itu menunjukkan bahawa ubi itu dah masuk angin. Walaupun ianya masih boleh dibuat kuih tapi rasa kuih anda akan terjejas.

Inilah yang dinamakan ubi yang sudah masuk angin. Kalau mak saya nampak ubi macam nie dia akan lempar bagi ayam makan tapi kita kat bandar nie....kena jugaklah buat kuih sebab kita dah keluarkan duit untuk beli.

So itulah serba sedikit info yang saya tahu.....nak kata petua....rasanya bukan petua. Saya harap Chan berpuashati dengan penerangan ini.

7 comments:

Kak Am said...

lagi satu nak mencelah, sorry dharia, ubi yg fresh biasanya masih terlekat saki-baki tanah selepas dicabut, kalau nak cari ubi yg betul2 empuk bila direbus biasanya dari tanah gambut,dimana tanah2 yg terlekat kat ubi tu berwarna kehitam-hitaman, memang lembut, kalau keadaan ubi tu dah agak kering biasanya mmg ubi tersebut dah agak lama dan jangan dibeli biasanya mmg dah masuk angin.

ejaMaria said...

saya pun menanam ubi gak kat rumah... takde la membeli...
tapi saya perasan beza ubi yg dah masuk angin (klu kat kampung disebut 'ubi ganyut')
jadi klu nak beli jgn ambik yg besar-besar sangat... ambil yg saiz sedang, kecil pun takpe... biasa yg kecik skit ubi muda lagi jadi isi dia lembut lagi... belum ganyut... ;p

bdaria said...

Salam Kak Am dan EjaMaria,

Terima kasih kerana menambah lagi info pasal ubi kayu nie. Info yang sangat membantu dan berguna. Thanks again.

tun_telani said...

Salam kak daria.. tun pun x pandai beli ubi kayu.. tunggu org kasi dulu baru laa blh makan. kalau kt kampung, umah kg mmg byk tanah, tp xleh tanam gak sbb tanam ubi kayu, malam2 ada bab-1 dr hutan dtg gali tanah curi ubi.. huhu..
ubi yg dh masuk angin tu, kalau rebus keras betul.. sbb tun xtau beza kan, bila dh rebus pastu makan rasa keras baru tau dh masuk angin. haha..

Anonymous said...

hi cik bdaria, thks banyak2, harap2 hujung minggu ni, dgn berbekalkan tips2 ni dptlah sya memberanikan diri utk ke pasar dan membeli ubi kayu.he he

thks again,

Chan,

Ami said...

hi bdaria, saya pun sebelum ni main agak2 je nak beli ubi. betul ke org kata, kalu ubi yg dijual tu dah dikerat hujungnya, tandanya dah 'masuk angin'?

noradzlina.kamdani said...

hmm...lin pun xtau sgt cara nk beli ubi kayu, tp lin selalunye suka beli klu lin nmpk yg warna ubi kayu tu msh nmpk mcm bsh...sbb tanah2 yg melekat dkt ubi kayu tu...