Talam ubi kayu nie saya buat semalam selepas
kawan sepejabat tolong belikan 3 ketul ubi kayu kat Pasar Borong Selangor.
Dapat ubi kuning.....wahhhhhh ubi nie walaupun agak mahal
sikit harganya berbanding dengan harga ubi kayu yang putih tapi bila
buat kuih ubi nie yang paling sedap. balik rumah semalam, terus kupas kulit
ubi.....ubi dah masuk angin bukan ubi yang baru tapi tak apalah kalau dah
teringin sangat nak makan Talam Ubi Kayu.
Saya kupas 2 ketul yang besar, sagat 1 1/2
biji pun dah dapat 700gm so bakinya simpan nanti boleh buat kuih lain pulak.
Masukkan dalam tapis dan biarkan air ubi turun sedikit. Dalam jam 8 malam
barulah saya mula mengukus kuih talam nie. Pagi tadi terlewat bangun....so
saya angkut sekali loyang bawak ke ofis. Happynya bila kuih talam nie
menjadi dengan elok dan sedappppppp sangat (bukan puji diri sendiri tapi
puji resepi nie). Bahagian bawahnya walaupun kelihatan lembik tapi tidaklah
lembik sangat sebenarnya.....just nice sebab saya suka bahagian ubi tu
lembik macam tu. memang puas hatilah dengan resepi nie. Saya tak dapat ambik
gambar dengan cantik sebab tangkap gambar kat pantri sahaja.....malu pulak
nak beria-ia sangat sedangkan rakan sekeja ada kat meja makan.
Saya memang betul-betul puas hati dengan
resepi nie.....bahagian atasnya masin secukupnya dan bahagian bawah pulak
manis yang sedang sahaja....tidak terlalu manis sangat. Kombinasi manis
dan masin nie memang menjadikan Talam Ubi nie sedap sangat. Dah banyak
kali saya puji sedap nie.....makna nya betul-betul sedaplah tu. baik pergi
cari ubi kayu sekarang dan cuba pulak resepi nie. Jom tengok
resepi.....
TALAM UBI KAYU
Sumber: Kelas Talam 2 (Chef Asma)
-
Bahan-bahannya:-
- 700gm ubi kayu (parut dan timbang)
- 100ml santan pekat
- 300ml air
- 250gm gula castor
- sedikit pewarna
kuning
- Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata
- Masak semua bahan-bahan sehinga pekat
- Tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit
- 100gm tepung beras
- 50gm tepung ubi
- 50gm tepung gandum
- 2 tsp garam
- 200ml santan pekat
- 800ml air
LAPISAN ATAS:-
Bahan-bahannya:- Bancuh semua bahan-bahan diatas
- Tapis kedalam periuk, masak sehingga naik wap
- Tuang keatas lapisan bawah
- Kukus selama 30 minit.
Saya tak buat tambahan apa-apa pada resepi
diatas cuma santan yang saya gunakan adalah santan segar. Jika guna santan
kotak, sebanyak 300ml perlu digunakan. Saya beli sebiji kelapa parut dan
kemudian blender untuk dijadikan santan sebanyak 1400ml. Satu biji kelapa
parut baru RM2, kira lebih menjimatkan jika kita guna kelapa parut sendiri
lagipun talam ubi kayu paling sedap kalau guna santan segar.
Ada seorang pembaca blog ini bertanya kepada
saya....tak melekat ke kalau guna plastik untuk lapik kuih talam. Tak
melekat....dan ia sangat mudah nak dikeluarkan dari loyang. Hanya tarik
sahaja plastik tu keluar tapi kenalah sengetkan dulu loyang tu. Macammana
nak buat?......ilmu tu kena perolehi sendiri dari kelas atau percubaan anda
sendiri. Kat mana nak beli plastik tu?.....saya beli kat Chef Asma so saya
tak pasti kat mana lagi ada jual.
Talam Ubi Kayu yang telah dipotong terlebih
dahulu kemudian baru dikeluarkan dari loyang.
6 comments:
Glamour sat lepas rcp ayam goreng keluar heheheh jangan mare,Ya Allah petang2 ni duk terguda ja kuih2 kat sini ,ubi frozen ade tu nak buat hujan2 ni eh nnti berangin la pulak,mmg fav.saya
salam dharia, bab menalam daria mmg terror w/pun sesekali buat. akak nengok pun terliur jap, dahlah tu mmg cantik aje kejadiannya..! thaniah..!
mmg nmpk sdap & cantik
hi cik bdaria, saya memang suka makan kuih yg diperbuat drpd ubi kayu, tapi problem sebab setiap kali beli ubi kayu selalu kena tipu, ada apa2 petua utk beli ubi kayu?
Thks,
Chan
sedapnyaa dah lama tungu respi talam ubi ni..kalau wat bingka ubi pon bole guna respi ni kot kan..cuma tak letak lapisan atas tu jek..satu lg dlm resepi takde gula pon..mmg tak guna gula yer?TQ
Lily
Salam Lily,
talam ubikayu kan manis kat lapisan bawah dan masin utk lapisan atas. Gula hanya kat lapisan bawah sahajalah. tentang bingka ubikayu tu resepi dia lain sikit dari bahan lapisan bawah. Ada bahan lain yang tak ada kat situ.
Post a Comment