Monday, December 10, 2012

Berhati-hati

Banyak draf entry dalam folder tetapi tidak publish.....sekarang nie saya tengah dok prepare untuk exam law 2 minggu depan. Agak sibuk sikit. Saya ucapkan ricuan terima kasih atas komen-komen yang diberikan dan minta maaf sebab saya tidak boleh reply satu-satu.

Entry nie saya tulis selepas satu peristiwa yang terjadi ke atas salah seorang staf kat pejabat dan tujuan cerita ini diceritakan kepada anda semua adalah untuk diambil iktibar. Nama mangsa saya rahsiakan dan saya gantikan dengan perkataan En A sahaja.

Untuk iktibar kita bersama:-

Semalam petang masa En A hendak datang mengambil saya (isteri En A-staff pejabat kami), seorang penunggang motosikal (lelaki india) menunjuk-nunjuk ke arah tayar kereta. Bila dah banyak kali dia asyik tunjuk, En A pun berhenti dan lihat banyak tumpahan minyak kat tayar depan....mamat tu pun berhenti jugak dan cakap pam brek rosak.

Mamat tu punyalah ramah dan cakap pernah tolong orang kat tepi jalan macam nie. Tidak lama kemudian datang pula 2 orang legi kawan beliau menaiki motosikal yang lain dan cakap nak tolong repair. En A tanya berapa caj....mereka jawap dalam RM100 sahaja.

Apabila sudah siap...mereka minta RM1300 dan bila En A cakap tidak mempunyai wang sebanyak itu...mamat-mamat (3 orang lelaki India)  tu mula marah-marah dan mengugut. Dia paksa En A cari ATM untuk keluarkan duit masa tu jugak. Salah seorang mamat india tu mula naik angin giler. En A suruh mamat india tu kurangkan kepada RM500 kalau nak selesai. Salah seorang mamat india masuk dalam kereta dan dua lagi ikut belakang....mereka ikut En A ke Atm yang berdekatan iaitu ATM Maybank kat Damasara Damai. Lepas dapat duit....dia suruh En A turunkan dia tepi jalan dan kawan dia yang ikut belakang dari tadi ambik mamat india nie.

En A terus drive ke balai polis untuk buat laporan dan pergi bengkel untuk check kereta. Makenik kereta kata minyak yang tumpah kat tayar itu hanya disembur dan kejadian ini telah banyak kali berlaku.

So kepada pemandu wanita dan lelaki yang baik hati....berhati-hati dengan penunggang motosikal berbangsa india yang memberhentikan kenderaan anda.

Lokasi kejadian : En A drive dari jalan duta menghala ke penchala Link
Kejadian berlaku pada 6hb Disember 2012, 5.00-5.30 petang.

So rakan-rakan sekelian yang berada disekitar kawasan lembah kelang....berhati-hati dengan kejadian begini. Jangan sesekali berhenti....jika rasa risau terus drive ke bengkel yang terdekat....jangan sesekali berhenti ditepi jalan terutama jika anda memandu sendirian terutama wanita.

Ambillah kejadian yang menimpa suami rakan sekerja saya nie sebagai iktibar agar perkara yang sama tidak terjadi ke atas diri kita. Dalam keadaan panik dan diugut.....En A mengambil jalan yang betul dengan mengikuti kehendak penjenayah tersebut....yang penting adalah nyawa dan keselamatan diri.

2 comments:

ZarinAziz said...

Terima kasih atas peringatan..sekarang macam2 taktik untuk merompak..

Nik Zawawi said...

Salam, kejadian tersebut mungkin sebahagian drp geng2 yg ada dalam gambar di sini ; https://www.facebook.com/photo.php?fbid=488031687897000&set=a.114189491947890.9875.100000705205364&type=1&theater