Wednesday, December 26, 2012

Serabutnya

Saya buntu sangat-sangat, tanah kubur adik saya masih merah tapi perebutan harta milik beliau telah berlaku. Pagi semalam bekas suami adik telah menelefon dan memberitahu keluarga bahawa dia akan mengambil alih tadika milik arwah dan isteri barunya hendak menjaga kelima-lima anak beliau....oleh itu beliau minta supaya kami jangan cuba merebut atau melawan jika tidak beliau akan 'lawan' habis-habisan dengan kami.

Tadika adalah titik peluh adik...dibuka 5 tahun yang lepas dengan nama pemilikan suami isteri dengan pembahagian 60:40...dimana 60% adalah atas nama sisuami. Walaupun pemilikan 60% adalah atas nama suami tetapi beliau tidak pernah sekalipun terlibat atau mengambil tahu urusan tadika....semuanya diuruskan oleh adik.

Dua minggu sebelum arwah meninggal dunia, beliau telah bercakap face to face dengan peguam yang datang menziarahinya dan meminta bantuan peguam itu untuk menukar nama tadika atas nama adik sepenuhnya 100% pegangan saham, menghalalkan hutang suaminya yang berjumlah RM15 ribu dan mewasiatkan semua hartanya kepada anak-anaknya dengan melantik adik ketiga saya sebagai pemegang amanah. Tanpa pengetahuan kami peguam tersebut tidak melaksanakan wasiat tersebut dan sehingga sekarang walaupun beberapa kali kami menelefon beliau....beliau tidak mengangkat telefon.

Hak penjagaan anak pula adik saya telah menandatangani borang penyerahan hak kepada emak saya pada 20hb iaitu 2 hari sebelum beliau meninggal. Surat kebenaran sementara masih belum dikeluarkan oleh mahkamah dan perbicaraan telah ditetapkan pada 7hb jan tahun hadapan.

Masalahnya emak saya hari ini sentiasa menangis sebab bekas suami arwah akan datang mengambil anak-anak dan kami tiada hak untuk menghalang. Semua anak-anak menangis dan tidak mahu tinggal bersama bapa mereka (mereka tidak pernah rapat dan sentiasa ketakutan bila berhadapan dengan bapa mereka).

Dada saya sakit sangat-sangat hari ini...semalamam saya tidak tidur memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah yang kami hadapi sekarang....tadika..... kami terpaksa lepaskan ke tangan bekas suami adik...kami takan rebut walaupun wasiat arwah supaya tadika tidak diserahkan kepada bekas suami beliau dan bekas suami beliau telah berjanji secara lisan dihari perceraian mereka bahawa beliau tidak menuntut tadika kerana arwah adalah orang yang berhak.....itu adalah usaha arwah...tetapi baru beberapa hari selepas kematian adik....beliau menelefon dan menuduh keluarga kami tamakkan harta arwah dan beliau akan ambil tadika dan bini barunya yang akan uruskan tadika tersebut.

16 comments:

Amie said...

Sedihnya... tapi yang penting sekarang wasiat penjagaan anak-anak sudah dibuat, kesia sungguh anak yang 5 orang itu... mudah2an perbicaraan berjalan lancar dan rezeki memihak kepda pihak arwah adik...kumpulkanlah segala bahan bukti semasa hayatnya masih ada untuk dibawa ke mahkamah.

Noor Yusoff said...

bdaria...bersabarlah ...semua harta dunia. Bila seseorang itu bergelap mata kerana harta ..segalanya ingin di miliki. Tapi cuai juga peguam yang di lantik tidak menjalankan tugas seperti di amanahkan. Dan rasanya jika ada surat perjanjian boleh di nyatakn dlm makamah bahawa semua urusan telah di buat dan peguam di lantik telah cuai dan kita boleh menyaman beliau di atas kecuaian.

J said...

salam akak bdaria,
saya berdoa agar ALLAH membuka jalan kepada penyelesaiannya...
semoga akak sekeluarga redha dan tabah
amin...

J said...

salam akak bdaria,
saya berdoa agar ALLAH membuka jalan kepada penyelesaiannya...
semoga akak sekeluarga redha dan tabah
amin...

rehan mohamed said...

Bdaria....takziah atas pemergian adik......masalah akan terus datang....bermunajatlah kpd Allah....masalah itu dtg dari Allah untuk meningkatkan darjat hambaNya....mohon kpdNya.....InsyaAllah penyelesaian akan tiba jua....sabarlah dik....

Roziah said...

Sabarlah Bdria, kadang-kala kita akan kalah ketika di dunia, didengkikan oleh orang yang tamak harta. Tapi mereka (walaupun pada zahir nampak amat ahli dalam hal ugama) pasti akan mendapat balasannya nanti di akhirat. Tentang anak-anak saudara Bdaria, usahakan sepenuhnya agar amanat arwah ibu mereka dapat dilaksanakan dengan segera. Mereka perlukan jagaan dan bimbingan dari orang-orang yang menyayangi mereka, bukan dari bapa mereka yang tidak berperasaan dan berhati perut. Tawakallah dan berdoa selalu. Mudah-mudahan segala amanat arwah adik Bdaria dapat disempurnakan.

Anonymous said...

Ya ALlah..sedihnya sikap lelaki itu..mohon dipermudah segala urusan oleh-Nya.Semoga perjuangan kakak n keluarga berhasil.Amin...

ZarinAziz said...

Berat sungguh ujian Allah pada arwah..selagi boleh dipertahankan hak arwah pertahankanlah..bagi saya peguam tu tidak amanah

Saya sedikit risau dengan ayat 'lawan' habis-habisan dengan kami'..harap bukan cara halus..apa2pon tetap kena bersiap sedia sebelum perkara buruk terjadi..

Cute Oven said...

Takziah....semoga Allah permudahkan urusan penjagaan anak2 arwah...memang sedih dan sakit hati bila mereka direbut dari tangan kita tapi nak buat macam mana kerana dia bapa...

walau apa pun jgn berhenti berharap dan berdoa...

Anonymous said...

Takziah kpd keluarga Bdaria atas pemergian adik perempuan Bdaria. Moga Allahyarham tenang di sana. Untuk kes kecuaian peguam cuba berhbung dengan Majlis Peguam utk tindakan pembelaan sewajarnya. Peguam yang cuai perlu dilucutkan jawatannya, jika ia terlepas di dunia insyallah azab Allah di akhirat akan menanti.

Sy mendoakan semoga anak2 yang ditinggalkan mendapat pembelaan yg sewajarnya, si suami yang dayus walaupun tinggi amalan agamanya, dia tidak akan terlepas azab Allah. Moga Allah bayar cash kepada bekas suami beliau.

Semoga Allah beri kemenangan kepada yang hak.

noradzlina.kamdani said...

kenapa la peguam tu tidak menjalankan amanah yg diberi? bwk bersabar ye bdaria. semoga keluarga awk berjaya mendapatkan semula ank2 arwah dan tadika tu tidak jatuh ke tgn org yg x bertanggungjawab.

Anonymous said...

kesian anak2 dia nanti kena pukul dgn bapa. boleh ke minta tolong sesiapa di kementerian ke, talian nur ke, supaya hak jagaan sementara di beri pada nenek. kalau tadika dia nak ambil tak apa. tapi jangan dia ambil anak2 dan dia dera.

saya rasa dia kena sakit barah pasal stress. cuba bad google information di internet. kadang2 stress boleh menyebabkan kita dapat macam2 penyakit.

sally

Anonymous said...

semuga keluarga bdaria dilindungi Allah swt

LugieAmir said...

salam to bdaria & takziah utk anda sekeluarga. subhanallah ini ujian Allah. Sabar ya.. teruskan memohon dari DIA tanpa jemu semoga dipermudahkan semua kesulitan.. DIA lebih adil dan lebih mengetahui segala yg telah & bakal terjadi.
“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”

(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. (Al-Anbiyaa : 87).

gelangtembaga said...

Bdaria. . Tahajud Dan dhuha. . Hanya DIA Dapat membantumu sekeluarga.. saya mendoakan kebahagianmu sekeluarga. .. la khau la wala kuwata illabillah aliyil azim. .. al fatihah buat adik mu.

gelangtembaga said...

Bdaria. . Tahajud Dan dhuha. . Hanya DIA Dapat membantumu sekeluarga.. saya mendoakan kebahagianmu sekeluarga. .. la khau la wala kuwata illabillah aliyil azim. .. al fatihah buat adik mu.