Setelah lama mendiamkan diri, hari ini saya ingin menulis
kembali....pengalaman kena ragut.
Sepanjang minggu cuti sekolah, saya tidak ambik cuti sebab emak beritahu
anak-anak saudara diambil oleh bapa mereka untuk tempoh cuti sekolah ini. Bapa
mereka hantar budak-budak itu balik pada hari sabtu....so saya decide untuk
balik hari sabtu dan apply cuti hari isnin dan selasa (1hb-2hb april)
Hari khamis (28/03/2013)
Tengahhari waktu rehat saya pergi ke The Curve untuk cuci kereta dan pergi ke
Popular Bookstore untuk beli buku UPSR serta story book untuk anak-anak
saudara. Lepas keluar dari Popular, saya pergi ke celcom untuk bayar bil
internet Ipad. Kat celcom, jurujual memberitahu ada pakej baru untuk internet
dan bayaran lebih menguntungkan....apalagi terpengaruhlah.... daftar untuk
pakej baru dengan tempoh kontrak 12 bulan. Dia bagi sim kad baru.
Balik kat ofis dalam jam 2 petang. Alamak tak boleh masukkan sim kad. Kena
pergi ke celcom baliklah.
Jam 4.30 petang, keluar kerja awal.....pergi semula ke kedai celcom dan bawak
bersama Ipad 4 baru yg dibeli tak sampai sebulan untuk dimasukkan sim kad
baru. Selesai....masukkan Ipad dalam handbag. Coin parking.....masuk tescolah
boleh beli sikit barang dapur untuk bawak balik kampung. Naik excelator ke
Tesco dan lalu depan ATM maybank.......tak de orang, mak nak pinjam duit utk
ternak ayam kampung. So pergi ke ATM, keluarkan RM1500, pastu RM1500 lagi dan
RM1500 lagi. Duit dalam dompet ada RM320 so semuanya RM4820. Masuk Tesco
shopping barang dapur utk rumah kampung. Selesai dan terus drive balik.
Sampai ke Seksyen 8 Kota Damasara, teringat baju kat kedai dobi belum ambik
lagi. Parking kereta depan kedai dobi. Keluar dari kereta....handbag saya
pegang kat tangan disebelah kiri dan kunci kereta kat tangan kanan....pergi ke
bahagian bonet kereta sbb nak ambik baju kot untuk dry cleaning. Bonet kereta
dibuka....saya tunduk nak ambik baju...tiba-tiba handbag direntap kuat
....saya terkejut terus lawan balik....lelaki tu rentap lagi kuat...handbag
terlepas.....saya berdiri tergaman melihat peragut itu melarikan diri menuju
ke jalan utama.
Saya mengigil....tangan kiri sakit terkehel dan beberapa orang lelaki berlari
ke arah saya. Saya teringat kad bank, kad kredit....saya masuk kedalam kedai
dobi untuk pinjam telefon. Seorang lelaki bantu saya dapatkan no tel customer
services bank-bank yang terlibat. Mula-mula saya call maybank customer
service.....dengan suara mengeletar saya minta mereka block ATM kad dan kad
kredit, call standart Chart untuk block kad kredit dan akhir sekali ATM kad
bank islam. Selesai semua urusan pembatalan ini....tiba-tiba lelaki yang bantu
saya tadi hulurkan tisu....dia kata 'lap darah kat tangan tu".
Ohhhhhh......rupanya jari saya luka dan darah menitis tanpa saya sedari.
Selesai.....saya masuk kereta dan drive ke balai polis. Saya diberitahu balai
polis ada kat seksyen 6 KD, dekat Pizza hut....so saya drive seorang diri ke
situ....ditrafik light....kereta saya diketul oleh seorang penunggang motor
sambil menunjuk arah bonet kereta saya....saya yg masih lagi dalam
trauma...terus pecut kereta bila lampu trafik hijau. Sesampai dibalai polis
yang diberitahu oleh orang ramai....ahhhhh rupanya balai polis trafik....polis
trafik minta saya pergi ke balai polis KD di Sunway Giza....polis trafik
nampak darah ditangan saya....dia suruh saya ke hospital dulu dan tolong tutup
balik bonet kereta yang rupanya dari tadi terbuka.
Saya berpusing ke sunway Giza cari balai polis dan cari tempat
parking.....kawasan nie sesak teruk. Saya tidak boleh masuk ke tempat parking
berbayar sebab dalam tangan saya tak ada satu sen pun duit.
Sampai ke balai polis KD, saya tunggu turn untuk buat laporan. Satu
keluarga india berada dihadapan saya.....bila dia lihat saya pegang
tangan kiri sebab saya sakit....mereka tanya mengapa. Rupa-rupanya lelaki
india itu bawa anak perempuannya yg juga diragut ketika balik kerja di seksyen
6 KD, budak perempuan itu berjalan ditepi jalan bila tiba-tiba sebuah
motosikal berhenti dihadapannya dan seorang lelaki melayu turun dan letakkan
pisau dilehernya dan minta dia bagi handbag. Saya beritahu saya juga diragut
oleh 2 lelaki melayu bermotor RXZ dan penunggang motor berbadan tegap dan
besar manakala lelaki dibelakangnya berbadan kecil sedikit serta dalam
lingkungan awal 20an.
Selesai report jam 9 malam, balai polis KD minta saya ke balai polis
Mutiara Damasara untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat di balai polis
Mutiara Damasara. Drive sendirian ke Mutiara Damansara dan berjumpa dengan
pegawai penyiasat.
Saya masuk ke bilik pegawai penyiasat....bilik kecil yang mengandungi 4 meja
pegawai dan saya duduk disalah satu meja yang incharge kes saya. Sementara
tunggu pegawai sampai....saya pandang sekeliling bilik tersebut. Bilik
yang sebesar bilik saya dipejabat kelihatan agak daif.....meja kerja yang
lusuh dengan rak-rak kabinet yang nampak betul-betul usang....meja kerja dan
kerusi kelihatan sudah berusia lebih 10 tahun.....bilik kecil yg memuatkan 4
meja kelihatan sesak. Ketika ini saya bersyukur bila teringatkan bilik saya
dipejabat.....jawatan kita sama tetapi saya berada dipejabat mana meja kerja
dan kerusi berdesign terbaru.....komputer ditukar setiap 3 tahun....bukan
komputer lama sebagaimana komputer pegawai dihadapan saya. Selesai diinterview
oleh pegawai....saya beritahu bahawa salah satu owner kedai yang sederet
dengan kedai dobi beritahu dia mempunyai rakaman CCTV untuk diguna oleh pihak
polis. Pegawai tersebut mengangguk sahaja dan meminta saya balik kerumah
dapatkan no siri handphone yg terletak kat kotak handphone dan sms kepada
beliau. Saya beritahu saya seorang diri dirumah dan saya sudah tidak mempunyai
handphone untuk menghubungi beliau atau menpunyai wang walapun satu sen untuk
ke klinik. Dia nak keluarkan satu surat supaya saya boleh pergi ke hospital
tanpa risaukan hal bayaran....saya beritahu....saya nak balik rumah....saya
dah penat.
Ketika bangun dari kerusi......tempat duduk kerusi terjatuh (utk
menujukkan betapa daifnya kerusi yg saya duduk tersebut).....saya berjalan
keluar dari bilik tu dan ucapkan terima kasih. Dalam hati saya...saya tidak
harapkan handbag saya ditemui tetapi saya cuma berharap agak 2 lelaki melayu
tersebut dapat ditangkap supaya tiada mangsa lain yg akan kena. Bolehkah saya
menaruh harapan agar tertangkapnya lelaki tersebut.....mungkin saya hanya
bermimpi disiang hari sebab ini kali ke 4 saya diragut dan disamun.....namun
kes saya tutup begitu sahaja dan mungkin kes ini juga.
Saya sampai ke rumah dalam jam 10.30 malam....mujur saya bukak bonet kereta
dan kunci kereta tersangkut disitu....kalau tidak saya tidak boleh masuk
rumah. Inilah malangnya bila duduk seorang diri dirumah....kepada siapa saya
nak mintak tolong.....semua phone number dalam hp.....saya menangis kesedihan
bila mengenangkan drama yg saya lalui sendirian pada malam ini.....saya lihat
darah yang sudah kering ditangan saya....saya pergi basuh darah tersebut dan
mujurkan saya hanya luka sedikit sahaja tapi darah yang mengalir begitu
banyak.
saya bukak komputer dan facebook rakan-rakan sekerja memaklumkan bahawa esok
(jumaat) saya cuti segera dan minta mereka beritahu boss. saya tutup komputer
dan terus masuk mandi dan terus baring dikatil.....tangan saya terasa amat
sakit....saya ketakutan.....saya tidak rasa selamat wp berada dalam rumah
sendiri......saya benci kota damasara......saya nak pindah dari sini. baru dua
tahun saya berada disini.....rumah saya dipecah masuk dan hari ini saya
diragut dihadapan deretan kedai yang mana orang ramai berada disitu. saya
benci duduk disini.....saya benci bila apartmen yang dibeli mahal dan saya
bayar management fee yang mahal setiap bulan tetapi keadaan seperti bangunan
flat murah yg kotor sebab kehadiran pelajar kolej. Saya benci bila setiap pagi
bila masuk ke dalam lif....lif berbau air kencing kerana ada 'anjing sesat' yg
kencing dalam lif.Saya benci duduk disini....saya benci kawasan nie....kawasan
nie tidak selamat. Saya menangis sehingga tertidur......
Jumaat(29/03/2013)
Saya singgah dipejabat untuk ambil buku akaun bank dan minta pertolongan
rakan-rakan pinjamkan wang sebab saya risau kena bayar denda buat IC (ini kali
ke 6 saya buat IC baru.....semuanya disebabkan saya disamun, bilik asrama saya
dipecah masuk dan setiap kali itu saya bayar denda dan denda terakhir yang
saya bayar adalah RM250).
Saya beli mihun goreng dan masuk makan dipantri. Saya menceritakan keadaan
diragut bila rakan-rakan bertanya sehinggalah seorang pegawai senior ini
membebel "orang perempuan nie bla....bla.....pencuri memanglah kerjanya
mencuri tapi kita nie kenalahlah berhati-hati.....bla.....bla....ni salah
orang perempuan bla....bla". Telinga saya berasap.....saya jenis manusia yang
baran......saya cepat-cepat bangun dari pantri sebelum saya keluarkan
perkataan yang tidak elok. Saya masuk bilik ofis dan bukak kabinet ambil semua
buku bank yang saya simpan disitu......rakan-rakan kutip derma untuk saya
(terasa malu nak ambik sebenarnya) dan seorang pegawai pinjamkan RM300 untuk
saya bayar denda bila buat IC.
Saya memandu ke pejabat pendaftaran, saya ambik nombor....wahhhhhh ramai
gila orang datang buat ic utk anak-anak mereka yg berusia 12 tahun (cuti
sekolah). No saya 1099 sedangkan ketika itu baru 1025. Ketika
menunggu.....seorang lelaki muda duduk disebelah....saya dah
ketakutan.....saya peluk rapat2 beg yang saya bawak.....saya takut nak pandang
orang....saya peluk beg erat-erat dan terus tunduk menunggu. Bila turn
saya.....rasa lega sebab tak perlu bayar denda sebab saya diragut dan bukan
sebab kecuaian so saya tidak perlu bayar apa-apa. Selesai...saya dapat kad
pengenalan sementara.
Saya keluar dari pejabat pendaftaran.....kaki saya tidak boleh
melangkah....saya ketakutan terutama bila nampak motorsikal lalu....saya takut
nak melintas jalan. Saya peluk beg erat-erat. Ahhhh sudah kenapa saya jadi
takut begini. saya paksa diri untuk drive ke bank.....dan buat kad ATM bank
baru.....check baki bank....alhamdulillah semua selamat. tapi saya tidak ambil
wang langsung di ATM sebab saya takut kena ragut lagi bila saya keluar
bank......saya perlu ke maybank, ke JPJ untuk buat lesen memandu tapi saya
sudah tidak boleh drive.....tangan saya tiba-tiba jadi kebas....saya ketakutan
untuk keluar dari kereta....saya ketakutan bila nampak
motorsikal......akhirnya saya drive balik ke rumah.
Saya berkurung dalam rumah tidak keluar-keluar sehingga 2 hari. Saya masih
ketakutan....
Perkongsian dari pengalaman saya......
1. Sediakan buku kecil yg mengandungi nombor-nombor telefon saudara terdekat,
rakan-rakan dan nombor khidmat pelanggan bagi semua bank yg anda ada. Simpan
dalam kereta satu dan dalam rumah satu. Jangan jadi macam saya sebab saya
tidak dapat hubungi emak atau adik-adik saya dan saya menangis seorang
diri......sebab saya tidak ingat dan tidak simpan nombor mereka.... semuanya
dalam handphone.
2. Lipatlah dan selitlah duit RM50, RM20 atau RM10 dalam kereta anda. Bila
sesuatu terjadi....anda ada sedikit duit. Saya basuh kereta.....so semua duit
siling saya keluarkan dan masukkan dalam handbag pada hari tu....so dalam
kereta saya tiada satu sen pun siling.....saya tidak boleh nak bayar wp tiket
parking kereta atau sebungkus nasi.....saya kelaparan sepanjang malam.
3. Saya tidak ceritakan saya kehilangan RM4820 pada sesiapa....saya cuma
beritahu saya kehilangan RM1,000 sebab "....kenapa u lalai sangat.....kan ada
internet banking....kenapa tak transfer duit sahaja". FYI, saya tidak pernah
ambik time off 2 jam yg diperuntukan setiap bulan jika nak pergi buat urusan
bank sebab saya guna internet banking atau auto debit utk bayar semua bil-bil
saya. Tapi sudah nak kena....saya cuma terfikir kalau saya tranfer kedalam
akaun mak.....maka emak saya kena keluar ke bandar utk ke bank terdekat yang
ambik masa 35 minit dan mak saya buta huruf....dia tak ada kad ATM bank. Saya
cuma nak senangkan emak saya.....itu yg saya terfikir ketika itu. saya buat
perkara yang tidak pernah saya buat.....sebab duit itu bukan rezeki saya.
4. Tiada siapa bersimpati dengan anda sebab diragut dan anda dituduh
lalai.....kenapa orang pompuan nie suka bawak handbag...kenapa tak buat macam
nie.....kenapa tak buat macam tu. Ramai sungguh yang nak menyanyi lagu "bangau
oh bangau....mengapa engkau......." tanpa berfikir.....kalau mereka membebel
mcm tu....mereka hanya menambah beban kepada orang yg diragut. Sungguh
benci......
5. Kepada wanita......kalau tak bawak handbag....kita nak bawak apa
ye.....masukkan duit celah coli ke? atau buat uncang ikat kat pinggang.
Handbag saya tu berharga RM600....so perlukah saya beli handbag lagi atau saya
jahit kain buat uncang dan ikat kat perut. Dalam handbag tu ada 4 batang gincu
dan 1 compact powder Dior....sebenarnya itulah sahaja gincu yg saya ada....so
saya tiada alat makeup langsung....hari nie pergi kerja tanpa pakai gincu.
6. Selain kerugian sbb kena ragut (dalam anggaran RM9,000 sebab Ipad 4
berharga RM2300, handphone RM1800 dan duit tunai serta seutas gelang,
sebentuk cincin, gps garmin)....saya kena ganti semua barang-barang yang
hilang ini dan saya kena buat semula semua dokumen penting.....sungguh
menyeksakan (semoga Allah melaknati 2 lelaki melayu ini). Untuk pulih dari
trauma dan untuk dapatkan semua kad-kad penting.....saya mungkin akan
ambil masa 2 minggu untuk semua selesai.
7. Malang tidak berbau....tak pernah-pernah bawak Ipad.....bawak Ipad hari
tu.....tak pernah keluarkan duit banyak.....tiba-tiba gatal tangan
keluarkan duit yang banyak sebab saya nak kayakan peragut tu. tentu malam
tu mereka teguk bir ramai-ramai meraikan kejayaan mereka. Saya tidak
merantapi kehilangan barang-barang ini.....saya bersyukur sbb saya tidak
cedera.
33 comments:
I am sorry to hear about this.
Bad, lain kali cuba you pakai handbag, lepas tu sarungkan jacket mcm blazer. susah sikit pencuri nak kebas.
harap lepas ni tak berlaku lagi perkara ni.
sally
takziah kak.. semoga semua peragut2 tu mendapat balasan yg setimpal. ehh..patut doakan depa insaf kan.. huhu..
Salam...sungguh sy terkedu...mmbaca n3 ini..mcm nak mnangis pn ada..sy prna d seluk hnbag n wallet hilang brsama duit..nasib hp dlm poket..tp sungguh memenatkn d mnyakit kn hati bila byk urusan prlu d bt akibat dr manusia durjana mcm peragut2 tu..byk mn pun sabar tp dlm hati teda sepa yg tahu..betapa kita menangis menerima dugaan ini..kuat kn smngt..percaya la apa yg trjadi pasti ada hikmah nya..Allah maha Adil lg Maha Mengasihani...sabar ya;)
Tak terkata..harap bdaria tabah dengan dugaan Allah..moga ada hikmah disebalik kejadian..
Anggap bukan rezeki kita..dan ada rezeki yang lebih baik menanti..in shaa Allah..
p/s:terubat rindu nak dengar coretan bdaria yg panjang..tapi berita sedih pula
As salam....saya bersimpati dengan apa yang awak alami sungguh berat dugaan buat awak. Nak kata lalai pun tidak...dalam keadaan berhati hati pun kadangkala kena ragut juga Ini lah yang di katakan malang tak berbau. Mungkin tiada rezeki kita pada hari itu. Semuga pencuri itu dapat balasan nya kelak. Sabar ya...
sabar ya Daria...semuanya sudah tertulis...moga jantan2 jahat tu terima balasannya..!!
Salam,
I dok kt kota damansara jugak. Dekat sek8 tu mmg bahaya ade org india n ade pprt. Mmg sek7 and sek8 byk jenayah kes ragut la kes rogol la bunuh la mmg biasa sgt. Selama i keje kt sek7 kd tu da 2x kes ragut blaku depan ofis. Malam2 xyah la g kwsn ni.
Lepas ni u kne pikir negatif je kt org. Sbb bile kite dok pikir oh xde pape tu y mmbuatkan kite jd kurang alert.
Its ok mungkin barang y ada dlm hbag awak bukan rezeki awak. Duet bole dicarik nyawa xde ganti. Take a good rest ye.
salam...
saya pernah alami diragut bag tp peragut bermotorsikal tersebut gagal dpt hdbag sy sebab hdbg tu saya masukkan dlm recycle bg so bila cperagut tu tarik. .tangkai recyclr beg tu terputus dan terlepas dr genggamannya. .syukur.. cpenjht itu gagal dptkn hdbg sy...walau bagaimnpun..still smpai sekarang sy juga trauma setiap kali ada bunyi motosikal di belakang saya.. utk kuatkn kembali semgt diri setiap kali berjln sendirian....sy amalkn selalu zikir dan bc ayat ayat lazim setiap kali keluar dr rumah ...
harap bdaria tabah tempoh dugaan ini...
Salam,
Sy turut simpati pd puan..n sy fhm situasi yg puan alami skrg krna sy punya pnglmn yg sama.kna ragut dan sy cedera teruk smpai mc 10 hari.hingga skrg sy masih fobia jika ade pnunggang motosikal mghampiri sy.dan pastinya Allah SWT akan mmberi balasan stimpal kpd peragut2 tersebut.kuatkn smangat puan n sy doakn puan cpt sembuh.
Salam Takziah...
As Salam..
Semoga akak tabah..terima kasih berkongsi pengalaman.mengingatkan saya utk lebih berhati2 skrg
Semoga akak tabah dan redha dgn segala ketentuan-Nya...berat mata kami memandang, berat lg bahu akak yg memikulnya...
As Salam
Semoga akak bersabar dan redha dgn ketentuan-Nya...cerita akak boleh dijdkan pengajaran buat semua..berat mata memandang, berat lg bahu akak yg memikulnya...take care
salam bdaria..bukan kat KD je yg bahaya..kat mane2 pun ade jugak menempek penjahat2 tu...hrap Allah balas mereka dgn pembalasan yg setimpal..supaya mereka tak boleh melakukan xtivity jahat lagik...akak pun pernah kena samun...dan satu pengalaman ngeri bilamana pisau panjang di hunus ke perut akak mase tuh...sehingga sekarng trauma nya masih ade....tapi kena tawakkal pd Allah swt bila keluar rumah...
Assallamualaikum daria..
Mmg bnyk manusia yg nk hidup senang dgn menyusahkn org lain. Ada juga yg dh kaya Dan nak lebih kaya dgn hidup menaniaya org lain. semoga org sebegitu mendapat balasan yg setimpal Dari Allah SWT... sambar he daria..
Salam Bdaria,
Amalkan membaca ayat kursi bila hendak keluar rumah dan berdoa semoga Allah sentiasa melindungi kita..
Ijip
kekuatan dan semangat perlu diteruskan. semoga daria terus tabah. jgn lupa alfatihah dan ayatul kursi dlm setiap langkah semoga kita akan terus dilindungi oleh NYA.InsyaAllah.tabah ye bdaria
Sedih sungguh saya mendengar kisah Bdaria diragut. Saya pernah cuba diragut beg duit ketika belajar dahulu tapi alhamdulilah beg duit saya terselamat. Yang paling mengerikan lagi pemuda melayu yang cuba meragut beg duit saya itu berani turun dari motosikal yang diboncengnya dan cuba merampas beg duit saya sekali lagi. Nasib baik ada orang nampak dan cuba mengejarnya; pandai pulak takut berebut-rebut naik balik motosikal dan cabut.
Terima kasih atas tip-tip yang diberikan. Peragut macam dia orang ini patut dipenjarakan sampai reput. Bila kena tangkap dan masa dibicarakan, pandai pula mereka merayu, kononnya mereka menanggung emak ayah yang dah tua dan sakit atau pun ada anak isteri yang nak disara dan macam-macam alasan lagi demi untuk mengurangkan hukuman mereka. Peliknya, masa meragut beg orang tak pulak ingat itu semua.
Sabarlah Bdaria, mungkin ini dugaan Allah. Sekarang ini kena tanamkan sikap sentiasa "alert, cautious and suspicious" terhadap semua orang. Niat orang kita tak tahu jadi patut kita berjaga-jaga....
saya masuk ke sini nak mencari resepi kegemaran saya,tengok ada entri terbaru bdaria. gembira membaca tulisan terbaru tapi turut sedih dengan kejadian berlaku. ya, mungkin not bad decision untuk berpindah..semoga bdaria lekas sembuh & dilindungiNya.
duhai bdaria...saya masuk untuk check resepi kegemaran, rupa2nya ada kabar sedih, banyak2 la bersabar. Tuhan Maha Kaya, pencuri tu tak kan kemana dengan duit haram!percayalah. semoga bdaria tabah, lekas sembuh dan dipermudahkan urusan untuk recover document2 penting.
Bdaria, takziah atas musibah ini
"ya Allah, Kau berikanlah ganjaran atas kesabarannya mengharungi ujian musibah ini, dan Kau gantikanlah dengan yang lebih baik"
InshaAllah ada hikmahnya semua ni...kalau Bdaria sabar, hasilnya Bdaria akan tuai di akhirat nanti....
Terima kasih atas nasihat tersebut.
salam bdaria.
pertamanya saya mohon maaf kerana membaca bok anda tanpa kebenaran
kedua, takziah untuk puan,
ingin berkongsi rasa..
memang menyakitkan bila kita hilang sesuatu dengan cara yang tragis mcm ni. saya yang membaca pun mengalirkan air mata bila kenangkan saya pengalaman saya di ragut.harap bersabar.. dugaan dapat meningkatkan tahap keimanan kita. insyaAllah
Salam Bdaria,
Sabarlah pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku.Akak doakn semoga Bdaria sentiasa berada dlm rahmat Allah,
Kha.
Assalamualaikum. Sy cadang bwk beg sandang belkang macam beg sekolah utk kuar duit byk, baruni sy bawak rm 8ribu lbh. Sebelum ni terima hantaran, masa bayar duit beli rumah n harini nak bayar utang ptptn. Semua lbh dr 5 ribu. Kdg2 kuar duit gaji pun mmg terpaksa kurkan habis atas abb2 tettentu.. Petuanya ayat al quran pendiinding diri. Muka selamba, tak pakai lawa2, pakai beg sekolah. Alha,dulillah. Sy selamat. Itu ayah yg ajar keran a dulu dia pernah bnk in 40k setiap hri sorg2 bekerja sbg manager stesen minyak...semoga cdgn sy berguna. Kdg2 terlalu yakin juga tak berguna jika tk mintak tolong dr allah...
Assalamualaikum. Sy cadang bwk beg sandang belkang macam beg sekolah utk kuar duit byk, baruni sy bawak rm 8ribu lbh. Sebelum ni terima hantaran, masa bayar duit beli rumah n harini nak bayar utang ptptn. Semua lbh dr 5 ribu. Kdg2 kuar duit gaji pun mmg terpaksa kurkan habis atas abb2 tettentu.. Petuanya ayat al quran pendiinding diri. Muka selamba, tak pakai lawa2, pakai beg sekolah. Alha,dulillah. Sy selamat. Itu ayah yg ajar keran a dulu dia pernah bnk in 40k setiap hri sorg2 bekerja sbg manager stesen minyak...semoga cdgn sy berguna. Kdg2 terlalu yakin juga tak berguna jika tk mintak tolong dr allah...
Assalamualaikum...
Salam takziah. Semoga semangat bdaria kembali kuat ya. Take care..
salam..
sangat bersimpati dgn apa yg terjadi... dpt bayangkan kesukaran ketika kejadian.. sy pun pernah hadapi perkara yg sama.. cuma nilai kerugian tidaklah sebanyak itu... sabar byk2 ye..
sy skrg bila keluar saja dari ofis.. sebelum masuk kereta sy akan letak handbag dalam bonet kereta lepas tu terus ke rumah pengasuh... sbb rumah pengasuh di tingkat 5... jd sy malas nak bwk hbeg takkan nak tinggal dlm kereta.. jd handbeg kekal dlm bonet sehinggalah sy selamat sampai ke rumah... mcm2 cerita pasal ragut buat sy begitu takut sehingga pada badan saya tiada langsung barang kemas bila keluar kerja...
Alhamdulillah tak ada apa2 berlaku kpd akak.. btw, suya simpati dengan apa yg berlaku..
Suya pun sama kak..sekarang ni semua pakai online jer.. dan jrg sgt bawa handbag.. kalau bawa pun clutch kecil untuk isi dompet je.. suami selalu suruh simpan duet2 dalam poket je kak. kalau g shopping pun,saya tak bawa handbag..semua buh lam poket je kak.. biasa bawa hp ng kad kredit saja..
Akak jangan trauma2 lagi yer kak.
Assalamualaikum kak bdaria..
Lama sungguh tak jenguk blog akk, sebelum kahwin 2 tahun lepas, blog akk lah jadi tempat 'rujukan' resipi2 best utk dicuba. Sekarang masa amatlah mencemburui walaupun hanya surirumah sepenuh masa dengan anak baru seorang.
Bila buka blog akk, macam2 episod akk lalui. Cerita Akk dan keluarga. Terbaru mengenai kes akk diragut.
I'm speechless, tak tahu apa nk dikata.
Cuma wani doakan agar Allah beri ganjaran pahala atas musibah yang menimpa diri akk (dan keluarga), dan menggantinya (musibah2) dengan perkara yang lebih baik..
Akk, kalau dah selesai dan rasa selesa, kembalilah menulis di blog ya. Kalau bukan entri resipi pun tak apa. Dari dulu wani suka baca tulisan akk. Tulisan2 akk dari resipi hingga ke hal keluarga, semuanya ada 'feel' tersendiri.. Yang boleh kami ambil iktibar.
Semoga Allah memelihara akk dalam rahmatnya..
takziah ..moga bdaria tabah menghadapi ujian Allah ni....terubat rindu bila dgr coretan bdariah tapi berita sedih pula... zila66
takziah ..moga bdaria tabah menghadapi ujian Allah ni....terubat rindu bila dgr coretan bdariah tapi berita sedih pula... zila66
I pernah kena ragut 2 kali. Sekarang duit masuk dompet dalam poket. Kalau bawa handbag masuk dalam plastik beg. Bawa salinan ic photostat.
Say a prayer for protection before going out.
Survive a mugging by carrying a decoy wallet. http://www.lifehacker.com.au/2011/11/survive-a-mugging-by-carrying-a-decoy-wallet/
Safety tips
https://www.facebook.com/notes/celebrating-malaysian-drivers/5-handbag-safety-tips-for-women-to-avoid-snatch-thefts/296885627075390
http://www.ears.my/awareness/safety/?p=51
http://thestar.com.my/fightcrime/cp_tips.asp
Post a Comment