Wednesday, June 5, 2013

Melancung ke Korea, Day 1

Saya merancang untuk bercuti ke Korea dari tahun lepas lagi sebelum kematian adik perempuan saya. Bayaran untuk kos pelancungan yang berjumlah RM4199 dibayar secara ansuran selama 5 bulan dan pada 28hb malam beg pakaian, passport serta wang secukupnya telah siap sedia. Tempoh pelaancungan adalah selama 6 hari 5 malam.



Saya membawa pakaian biasa yang kita pakai kerana korea pada waktu ini sedang memasuki musim summer....cuaca agak panas dan kadar pertukaran wang pada 27hb May 2013 adalah 1000 won bersamaan RM2.85. Saya membawa 1 juta won dan US150 dollar sebagai persediaan jika won tersebut tidak mencukupi serta kad kredit.

Jam 4.45 pagi, rakan datang jemput untuk ke airport. Penerbangan adalah pada jam 8 pagi. Saya mengikuti travel agen jadi semasa dilapangan terbang, barulah peserta tour agen bertemu buat pertama kali.  Kumpulan kami seramai 15 orang....agak selesa sebab tidak terlalu ramai.

Ini adalah catatan perjalanan perlancungan mengunakan travel agen dan bukan backpacking.

29hb May 2013, Hari Pertama

Tiba di Airport Incheon dalam jam 3.30 petang (beza Seoul dgn KL adalah 1 jam)
Disambut oleh Ms J, wanita korea yang berusia 46 tahun tetapi tubuh badan dan mukanya nampak amat muda seperti awal 30an. 
Suhu 14C ketika ini sebab hujan rintik-rintik ketika ini.
Musim :  Awal musim summer


Kami dibawa ke restoran korea yang berhampiran dengan airport untuk makan malam dan sembahyang sebelum bertolak ke lapangan terbang Gimpo untuk ke Pulau Jeju.

Hidangan pertama ditanah Korea adalah nasi, sayur taugeh goreng, seaweed, kimchi dan sup cendawan. Nasi dihidangkan dalam mangkuk steel bulat. Butir nasi gemuk-gemuk dan agak berkanji.....satu mangkuk bulat kecil itu sudah cukup mengenyangkan sebab nasi jenis ini cepat kenyang. Saya makan tidak habis semangkuk pun....pertama kali menikmati kimchi...sayur jeruk yang harus ada dalam setiap hidangan masyarakat Korea.



Selesai makan, pemilik restoran membenarkan kami mengunakan sudut tepi restorannya untuk sembahyang. 

Kami menaiki bas untuk ke lapangan terbang Gimpo yang jaraknya mengambil masa sejam untuk sampai. Dalam tempoh masa sejam Ms J bercerita dengan kami dalam bahasa Inggeris yang diselang seli dengan bahasa melayu. Apabila memasuki lebuhraya, kami diminta memakai talipinggang.  Di Korea penumpang bas dikehendaki memakai talipinggan keselamatan apabila memasuki lebuh raya.


Kami menaiki penerbangan Jinair ke Jeju Island. Paramugara dan paramugarinya memakai tshirt hijau, seluar jean biru dan  topi Jinair....santai sahaja. Penerbangan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Jeju Island. Kami dihidangankan dengan jus oren.

 Tiba di Jeju Island dalam jam 8.30 malam. Kami menaiki bas untuk ke hotel penginapan yang mengambil masa hampir sejam untuk sampai.

Mendaftar masuk kebilik hotel. Semasa dalam bas Ms J berkata bahawa tuala dalam bilik hotel nie seksi sikit...kalau tutup bahagian atas akan nampak bahagian bawah. Agaknya sebesar mana tuala tu?. Ms J beritahu hotel ini agak baru dan selalunya pasangan berbulan madu memilih hotel ini untuk menginap. Rakyat Korea akan memilih Pulau Jeju sebagai destinasi bulan madu mereka.


Bila bukak pintu bilik, waahhhh cantik dan bersih sangat biliknya....ada wifi, TV samsung 42inci. Agak selesa wp ianya kecil dan sempit.


Bilik airnya mengunakan tandas canggih yang ada bidet....atleast agak selesa bila nak buang air besar, nampak tak saiz tuala tu.....saya dan rakan terkejut bila tengok tuala mandi yang bersaiz tuala muka...alamak macam mana nak salin pakaian....pakaian kena bawak masuk dalam bilik air....dannnnnnn masalah yang paling besar sekali adalah pintu bilik air ini ada cermin kaca yang boleh nampak kat dalam. Bila saya nak mandi dan buang air besar....saya pesan kat kawan supaya jangan lalu depan bilik air...duduk tengok TV sampai saya siap.

Lepas mandi dan sembahyang....kami masuk tidur sebab badan terlalu letih sangat. 

1 comment:

Nastyna said...

Salam,

I dah lama follow your blog here, wahh best nya Korea,have fun there :D I suka baca cerita u ;)