Wednesday, June 5, 2013

Melancung ke Korea, Day 4

 1hb Jun 2013 (sabtu)
Cuaca: terang dan bersuhu 20-23C


Seperti biasa telefon akan dibunyikan dibilik tepat jam 4.30 pagi untuk mengejut kami sembahyang subuh. Pihak hotel betul-betul perihatin berkenaan hal ini. Jam 7 pagi sekali lagi deringan telefon berbunyi untuk kejutkan kami supaya bangun dan bersiap sedia untuk sarapan pada jam 8 pagi.

Sarapan disediakan oleh pihak hotel, oleh kerana masakan disediakan bercampurkan dengan makanan bukan halal seperti ham dan sosej maka kami hanya makan nasi impit dan sambal yeo yang dibawa oleh roomate saya. kami cuma trun dalam jam 8.45 pagi untuk meminum segelas jus sambil tunggu bas sampai. Sarapan yang disediakan oleh pihak hotel di Korea nie tidak semewah di Malaysia hanya nasi atau bubur bersama sayur taugeh celur, brokoli, jeruk timun, kimchi, roti dan butter serta sejenis buah. Itu sahaja dan tambahan ham dan sosej.

Aktiviti pertama hari ini adalah melawat National Ginseng Outlet. Korea amat berbangga dengan ginseng mereka. Menurut Ms J, nama Korea diberikan oleh pengembara Inggeris berdasarkan nama ginseng. Apabila pengembara Inggeris berada di China, mereka menyukai ginseng yang bernama korea ginseng (nama yang digunakan semasa zaman Goryeo) dan membawa balik ke England. Mereka menamakan negara Korea dengan nama ginseng tersebut sedangkan bagi orang korea nama negara mereka adalah Hanguk. 

Korea tidak mengimport ginseng mereka ke luar, ginseng ditanam dan hanya ddituai pada tahun ke 6 selepas itu tanah bekas tanaman tersebut akan dibiarkan selama 15 tahun dan barulah benih ginseng ditanam semula dikawasan tersebut. Disebabkan itu ginseng tidak diimport keluar dan menurut Ms J jika anda lihat ada ginseng dijual diluar negara....itu adalah ginseng yang mungkin berumur kurang 6 tahun dan kerajaan mengawal kualiti ginseng mereka. 

Ms J berkata, pelancung amat bertuah sebab boleh membeli produk ginseng dengan harga yang lebih murah 20% daripada apa yang dibayar oleh rakyat tempatan. Hanya di Korea, rakyat tempatan membayar semuanya lebih mahal berbanding pelancung.



Kami memasuki bangunan ini dan ke tingkat 3 dimana seorang pekerja menunggu kami dan menerangkan berkaitan dengan sejarah ginseng korea. Beliau berbahasa Inggeris dan diselang seli dengan bahasa melayu...rupanya dia adalah chinese malaysia yang bekerja disini. Patutlah pun. 

Daan seperti biasalah....anda dibawa ke kedai ginseng. Di sini kita berpeluang meraasai ginseng dan membeli ginseng tersebut. Anda mempunyai pilihan untuk membeli atau tidak....tiada paksaan.


Saya membeli sekotak capsule ginseng yang berharga USD571 atau RM1,770. Beli sekotak percuma sekotak dan dapat beberapa produk ginseng lain secara pecuma.

Habis sahaja dengan Ginseng, kami bertolak untuk ke Korean Traditional Hanok Village. Rumah lama bangsawan dahulu kala.



 Kasut orang dulu-dulu yang dibuat daripada straw.
Bekas telur....kreatif betul kan. Nasib kami bertuah hari ini sebab ada majlis perkahwinan yang sedang dijalankan disini. Bukan lakonan tetapi majlis betul. Majlis ini jadi tumpuan disebabkan pengantin nya adalah rakyat asing yang berkahwin dengan wanita korea.





Masyarakat Korea amat berbangga dengan teknologi pemanasan didalam rumah. Teknologi ini pertama sekali dipelopori oleh nenek moyang mereka.


 Setiap lantai rumah terdapat plat besi dan bila kayu api dibakar, kepanasan tersebut disebarkan keseluruh ruang bilik.

Selepas habis melawat, kami dibawa ke kawasan Itaewon. Ms J menceritakan tentang sejarah itaewon. Kawasan ini adalah kawasan penempatan tentera British, disebabkan itu maka hanya kawasan ini mempunyai signboard yang bertulisan inggeris. Kerajaan Korea berusaha untuk mengurangkan penempatan tentera ini dan berjaya mengeluarkan 50% daripada mereka. Kawasan ini jarang dikunjungi oleh masyaarakat Korea...mereka hanya datang untuk mencuba makanan luar dan kawasan ini amat berbahaya diwaktu malam apabila tentera british minum dan mabuk.

Semasa Ms J bercerita, saya teringat berkenaan dengaan sebuah filem lakonan Jang Geun Suk iaitu The Case of Itaewon Homicide (2009). Cuba tonton filem ini dan anda akan faham apa yang Ms J cuba sampaikan berkenaan kekebalan  rakyat British disini. Dalam filem ini watak Jang Geun Suk amat berbeza dan anda bencikan dia.

Menurut Ms.J, hanya dikawasan ini anda akan jumpa sampah berselerakan dan kawasan ini agak kotor disebabkan kawasan ini tumpuan rakyat asing.



Kami dibawa makan tengahhari di sebuah restoran milik rakyat korea yang berkahwin dengan chef berbangsa Turki. Pada hari ini kami dihidangkan dengan masakan homemade dan hari ini isteri chef sendiri yang akan memasak untuk kami.

 korean pancake atau lempeng korea.

 Bulgogi

 Dan seperti biasa taugeh tetap ada, kimchi, seaweed dan paling saya suka adalah ikan bilis digoreng bersama madu.

Selepas kenyang makan, kami berjalan keluar menuju ke satu-satunya masjid yang terdapat di Korea. 


Selepas selesai sembahyang, kami dibawa ke 63 Wax Museum. Semasa dalam perjalanan yang mengambil masa 30 minit ini, Ms J menceritakan mengapa rakyat Korea tidak menyukai jepun. Puluhan tahun yang dahulu, jepun sebelum membentuk negara jepun seperti sekarang sering mempunyai beberapa puak dan sering menyerang tanah Hanguk terutama Jeju dan merompak dan memusnahkan hartabenda. Semasa perang ke 2, jepun menakluki Korea dan ketika ini kekejaman Jepun sangat menakutkan. Gadis-gadis yang berusia 13 tahun sehingga 20 tahun akan di tabur dengan janji bahawa mereka akan dibawa untuk bekerja di kilang di jepun tetapi sebaliknya mereka dibawa ke kem tentera di dijadikan hamba seks. Apabila hal ini diketahui, mereka mula menculik dan merampas aanak-anak gadis. Kaum lelaki pula dihantar ke medan perang dan dijadikan sebagai perisai di barisan hadapan. Apabila jepun kalah, mereka tinggalkan rakyat jepun dinegara-negara asing...dan sekarang kebanyakan mereka masih berada di Thailand dan Vietnam.

Hal ini dibawa ke mahkamah antarabangsa dan jepun menafikan hakikat tersebut dan mengatakan bahawa gadis-gadis itu adalah pelacur. Kerajaan jepun juga memutarbelit fakta sejarah dan mengajar generasi muda mereka bahawa bangsa merekalah yang menyelamatkan negara-negara yang takluki dengan menyebarkan teknologi. Sehingga sekarang walaupun Jerman telah meminta maaf terhadap negara-negara yang menjadi mangsa mereka tetapi Jepun tetap angkuh tidak meminta maaf. Disebabkan itu Korea begitu gembira apabila mengalahkan jepun semasa perlawanan bolasepak 2002. 




Wax museum, semua patung-patung artis dan tokoh-tokoh terkenal dunia serta watak-watak karton atau animasi berada disini. Saya tidak gemar tempat begini....dah orang bawak, kenalah ikut jugak.










Shopping Time.

Yehhhh....inilah yang semua orang sukakan. Kami dibawa ke Dongdaemun Market. Pesanan Ms. J kepada kami. Korea adalah tempat untuk barang-barang yang berkualiti tinggi dan disebabkan itu harganya mahal dan jika harga murah maka barang tersebut berkualiti rendah. Mereka tidak akan mencampur barang berkualiti tinggi dengan barang berkualiti rendah. Kualiti sangat dijaga disebabkan itu penguatkuasa akan memantau setiap kedai dan jika didapati mereka menipu maka lesen perniagaan mereka ditarik terus.

Kami tanya boleh tawar atau tidak. Ms J jawap....ini bukan china atau Thailand, disini harga ditetapkan berdasarkan kualiti....maka kalau nak murah maka belilah barang berkualiti rendah. Dan jangan beli barangan made in China. No point anda datang ke negara yang mementingkan kualiti tetapi anda beli barangan buatan china.


 Kami dibawa ke Doota dan diberikan tempoh masa selama 2 jam untuk shopping. Tingkat 5 adalah kedai souveniar.

Gambar dipinjam daripada Korea.net.

Ini kedai souveniar yang dibawa oleh Ms J, dia kata kat sini murah. Masuk sahaja kat kedai nie anda terasa macam berada di Malaysia sebab pekerja kedai nie bercakap melayu dan begitu ramai rakyat Malaysia kat dalam kedai nie. memang betullah orang Malaysia suka shopping....pergilah kat mana pun, mekah, china, vietnam...maka penuhlah dengan orang melayu yang nak shopping.

 Bekas tempat simpan barang kemas untuk diri sendiri kwn40,000 atau RM114

 bekas atau uncang kain yang berharga kwn4,000 atau RM11.40 setiap satu. Untuk adik dan adik ipar perempuan.

  Magnet holder handmade berharga RM10,000 untuk 5 pcs ini berharga RM28.50.


magnet peti ais ini berharga kwn7,000 atau RM19.90 untuk 10 pasang ini. Pemotong kuku berharga kwn8,000 untuk 10 pcs atau RM22.80. Yang nie kalau nak bagi kat kawan-kawan yang ramai, bolehlah beli.


Book mark dan letter opener ini berharga Kwn1,500 setiap satu atau RM4.30. Oh ya saya telah membeli book mark sama seperti ini kat kedai Ginseng Outlet dan harganya adalah Kwn3,000 atau RM8.55 satu dan saya beli 10 pcs. Bayangkan berapa saya rugi. Harga kat sini separuh daripada tempat lain.

Baju Tshirt kat sini berharga Kwn12,000 atau RM34.20. Mahal tetapi kualitinya kira oklah. Saya tak beli pun sebab terlalu mahal bagi saya lepas di convert ke RM.

Saya berjalan ke kedai depan untuk melihat clip dan cekak rambut. Cantik sungguh cekak rambut kat sini...memang tergoda tapi bila tanya harga Kwn 115,000 atau RM327...maka saya senyum ajelah kat salesgirl tu.

Saya pergi ke kedai yang bertentangan dengan kedai souveniar diatas dan beli set pengepit kuku dalam bekas kulit ini.


Saya beli dengan harga Kwn10,000 atau RM28.50. saya cuma beli satu sahaja untuk diri sendiri dan bila balik hotel cuba guna pengepit kuku ini....barulah menyesal sbb tak beli banyak untuk hadiah kepada bapa saudara dan adik-adik lelaki. Kualiti penyepit kuku ini memang terbaik. kala anda ingin belikan hadiah untuk saudara lelaki....belilah set ini.



Stokin yang ada gambar artis Kpop...mesti anak saudara saya melompat suka. Satu pasang stokin nie berharga Kwn2,000 atau RM5.70.

Saya turun ke tingkat 2 dan 3 untuk melihat pakaian-pakaian jenama tempatan. Fesyen Korea memang terbaru dan unik tapi sayang bagi orang yang bersaiz besar memang agak susah mendapatkan pakaian dinegara orang yang bertubuh kecil dan kurus.

Sempatlah rembat 2 helai Tshirt nie, memang design unik dan the latest. Anda takan jumpa design macam nie kat Malaysia. Tshirt yang ada belahan kat belakang dan Tshirt belang tu berbentuk seperti kaftan. Yang berbelang tu berharga Kwn23,000 atau RM65.66 dan yang berwarna biru tu berharga Kwn18,000 atau RM51.30. Oh ya, ini harga lepas sales. Kualiti kain memang terbaik....sebelum ke Korea saya beli Tshirt kat The Big Brown Bag dengan harga RM120 tetapi kualiti kain....terukkkkkk. So saya puas hati dengan kualiti kain t shirt ini.

Saya ke kedai lain untuk membeli sehelai design overcoat. memang cantik dan saya terpikat dengan design ini sebab selalu tengok pelakon korea memakainya......saiz besar ada so dah berkenan nak ambik....tanya harga, salesgorl tunjuk calculator Kwn 155,000 atau RM442. Terus lidah kelu dan otak saya pulak pergi convert Kwn ke RM maka saya tunjuk isyarat TQ dan terus keluar. Bila balik hotel dok teringat kat baju tu....saya sepatutnya beli sahaja tanpa convert ke RM jika dah betul2 berkenan....bukan mudah nak dapat design macam tu.

2 jam berlalu begitu cepat sekali...kami berjumpa ditempat berkumpul yang sedang ditunggu oleh Ms. J. My fren yng sempat pergi ke bangunan sebelah memberitahu bahawa kat Maljorie harga baju lebih murah dan design cantik-cantik.

Ok habis cerita shopping....time untuk makan malam pulak. Kami dibawa ke restoran turki dan dihidangkan dengan buffet Turki. saya tak minat masakan Tuki ini. Tak kena dengan selera saya.


Oh ye saya sempat beli sepasang selipar kat Doota yang berharga Kwn28,000 atau RM79.80. Selipar ye kawan-kawan semua.....hanya selipar bukan kasut. Inilah akibatnya kalau pergi Korea pakai kasut bertutup....patut pakai sneaker sebab orang Korea suka sneaker. Selipar dia sangat selesa...saya pernah beli selipar design yang sama kat Malaysia tetapi saya tak boleh pakai sebab tapak kaki sakit tapi selipar ini amat sedap dipakai so tak rugi beli. oh ye itu adalah harga yang palingggggggg murah sekali kat kedai tu. Anda nak tahu design selipar dia sangat cantik dan unik....memaang kalau boleh nak beli tapi bila tengok harga semuanya atas Kwn 200,000 atau RM570....terus keluar.

Dari segi fashion baju dan kasut memang Korea the best cuma harga sahaja yang kita tidak mampu nak beli bila duit Malaysia dah kecil. bagi mereka Kwn10,000 macam RM10 ringgit kita tetapi bagi kita Kwn10,000 tu dah RM28. 

No comments: