Wednesday, June 5, 2013

Melancung ke Korea, Day 2

 30hb May 2013 (Khamis)
Cuaca cerah dan bersuhu sekitar 20C


Jam 4.30 pagi, pihak hotel membunyikan alarm menandakan waktu sembahyang subuh. Saya yang terjaga dengan bunyi lagu 30 saat tu....bangun dan buka tingkap. Wah dah cerah.....ambik handphone untuk tengok pukul berapa.....terkejut sekejap sebab baru pukul 4.30 pagi. Macam tak percaya...terus ambik kamera dan ambik gambar nie. Apa yang anda nampak disini......bersih dan tersusun bukan. Bila dah terjaga...susahlah nak tidur balik sebab cahaya terang kat luar menerangi bilik.....sarapan jam 8 pagi dan tour pula bermula pada jam 10 pagi....so berapa jam nak kena tunggu?. Bukak TV...ada 74 channel tapi semuanya program korea tanpa ada sarikata bahasa inggeris so tengok ajelah wp tak faham.

Sarapan pagi disediakan oleh pihak hotel. Ms J beritahu bahawa pihak hotel menyediakan makanan halal sebab kebetulan penghuni hotel pada minggu ini banyak muslim atau pelancung Malaysia. Halal mengikut kefahaman orang bukan islam adalah makanan yang tiada babi dan daging/ayam tanpa mengambil kira bekas masakan atau bekas masakan. Saya cuma mengambil nasi, kimchi, brokoli dan taugeh yang dicelur serta segelas jus oren. Itu sarapan saya pada pagi ini. Saya mula jatuh cinta pada beras korea serta kimchi....sangat menyelerakan bagi saya. Nasinya jika makan begitu sahaja sudah cukup.

 Bila siang barulah nampak nama hotel yang kami menginap. Pine Hill Hotel....wifi everywhere...dalam bilik atau diluar hotel. Sempatlah berwhatsapp dengan rakan-rakan sementara menunggu bas datang.

Program lawatan pertama kami adalah mengunjungi Sung Eup Jeju Folk Village. Perjalanan ketempat tersebut mengambil mas 45 minit. Dalam perjalanan, Ms J bercerita kepada kami.

Jeju terkenal dengan Angin, Batu dan Wanitanya. Angin dijeju bertiup kencang dan batu-batu hitam akibat daripada letusan gunung berapi kelihatan dimana-mana serta wanita jeju yang terkenal dengan sifat berdikari serta berani. Wanita memainkan peranan penting dalam ekonomi Jeju. Menurut Ms J, di Jeju tiada pencuri dan pagar. Setiap rumah tidak mempunyai pagar. Menurut Ms J, pelancung tidak perlu bimbang barangan mereka dicuri sebab orang Korea tidak mencuri barang pelancung sebab negara dianggap seperti ibubapa dan mereka jaga maruah ibubapa tetapi tidak bermakna Korea tidak ada pencuri...mereka hanya mencuri baarang orang korea sahaja. 

Ms J memberitahu kepada kami mengapa tuala dihotel bersaiz kecil. Pelancung bagi masyarakat Korea adalah tetamu yang sangat dihormati....disebabkan itu apabila check out, bilik tidak diperiksa sebab kami percayakan pelancung. Jeju berhampiran dengaan tanah besar China dan ramai pelancung dari China masuk ke jeju setiap hari....mereka suka mengambil barang. mereka mengambil tuala, peralatan kecil dalam hotel malah dahulu setiap bilik hotel disediakan sebuah laptop....itupun mereka ambil. Ms J berkata pernah satu ketika sebuah restoran mengadu kehilangan 30 biji gelas selepas 30 org pelancung dari China memasuki restoran mereka. Disebabkan itu, sekarang pihak hotel menyediakan tuala bersaiz kecil dan laptop hanya disediakan di lobi hotel.

Sepanjang perjalanan Ms J banyak bercerita....cerita berkenaaan dengan sejarah Jeju, mengapa Jeju mempunyai banyak batu-batu hitam dll...45 minit berlalu begitu cepat sekali kerana kami asyik dengan cerita-cerita Ms J.

Kami sampai di Sung Eup Jeju FolkVillage. Sebelum turun bas, Ms J memberitahu bahawa penduduk yang kami temui didalam perkampungan ini bukanlah pekerja....mereka adalah penduduk asal disini, itu adalah rumah mereka.....kerajaan tempatan memberikan mereka wang dan insentif supaya mereka kekalkan rekabentuk rumah tersebut dan dalam masa yang sama mereka bertindak sebagai pemandu pelancung. Bagus betul.....

Kami disambut oleh seorang ajjumma.....sebelum memasuki perkampungan kami diterangkan berkenaan dengan maksud pagar kecil depan rumah. Batu 3 lubang ini mempunyai maksud tersendiri. jika satu kaayu diletakkan dalam lubang itu bermakna tuan rumah keluar sebentaar dan akan kembali dalam beberapa jam. Jika 2 kayu diletakkan di lubang, itu menunjukkan tuan rumah bermalam diluar dan akan kembali keesokkan harinya dan jika 3 kayu diletakkan dalam lubang, itu menunjukkan tuan rumah pergi Malaysia dan akan kembali seminggu kemudian. Jika tiada kayu diletakkan...itu bermakna tuan rumah sedia menerima tetamu.


Ajjuma membawa kami ke depan rumah utama, kami diminta memegang hidung patung ini. Selepas semua orang memagang hidung patung....ajjuma berkata setiap rakyat Korea yang datang ke jeju akan mengusap hidung patung ini jika mereka inginkan anak lelaki. Beberapa puluh tahun dahulu, Jeju kekurangan lelaki....oleh kerana Jeju berhampiran dengan tanah besar China dan Jepun maka jeju sering diserang. Kaum lelaki banyak terkorban dan yang tinggal adalah wanita. Wanitalah yang bekerja keras...membanting tulang mencari reseki....oleh kerana lelaki kurang maka lelaki dilayan seperti raja...mereka hanya tidur dan makan sahaja dirumah. Wanita yang bekerja sebab itu wanita Jeju terkenal sebagai wanita yang amat berdikari dan kuat. Menurut ajumma....wanita jeju boleh hidup dimana sahaja mereka berada sebab mereka bekerja kuat dan berhati keras.


Sekarang barulah saya tahu mengapa Jeju disebut sebagai terkenal dengan wanitanya..... bukan disebabkan wanitanya cantik tetapi wanita Jeju kuat dan berdikari.

Oleh kerana lelaki tiada maka kaum wanita dizaman dahulu membina 2 patung ini sebagai simbol bahawa mereka akan dilindungi.






Patung sebelah kiri, tangan kanannya dibawah dan tangan kirinya berada diatas sedikit adalah simbol sarjana  atau ilmuan



Patung disebelah kanan, tangan kiri diatas dan tangan kanan dibawah adalah simbul pahlawan. Selepas menerangkan berkenaan patung-patung ini...ajumma mengajak kami sambil berkata 'cepat-cepat'...wahhhh ajumma nie pandai jugak berbahasa melayu.


Setiap pokok disekeliling rumah diikat sebegini dan sebuah tempayan disediakan dibawahnya. Tujuannya adalah untuk menadah air hujan. Hujan di Korea turun tanpa mengira musim atau waktu....oleh kerana Jeju adalah sebuah pulau yang kering maka air sangat berharga. Air hujan akan ditadah begini dan apabila penuh tempayan...katak-katak akan tinggal didalam tempayan tersebut...apabila katak tersebut besar, ia akan dijadikan hidangan kepada lelaki supaya mereka kuat dan menghasilkan zuriat lelaki. 

Ajumma membawa kami melihat bagaimana batu-batu hitam digunakan oleh penduduk. Ia dijadikan kandang babi atau pagar-pagar tanaman. Babi di Pulau jeju amat mahal sebab dikatakan dagingnya lebih sedap.


Ini pula dapur, tempat memasak. Dapur dipisahkan daripada rumah utama dan dapur ini dikongsi bersama oleh mertua dan menantu. menurut ahjumma, drama-drama korea tidak menceritakan sesuatu yang betul...sebenarnya dalam masyarakat Korea, menantu dan mertua mungkin tinggal bersama dikawasan yang sama tetapi menantu tidak membuat kerja rumah untuk mertua. merekaa duduk dirumah asing dan memasak berasingan walaupun dapur sama.


Dapur rumah tradisional tidak mempunyai corong udara sebab Jeju sering diserang oleh musuh (jepun dan china) maka mereka elak asap keluar. Wanita akan memasak dengan asap memenuhi ruang dapur dan oleh kerana Jeju mempunyai angin yang kuat maka kayu tidak digunakan sebaagai bahan api sebaliknya tahi kuda digunakan sebagai bahan api....jika katu digunakan, mereka takut rumah mereka terbakar. Reka bentuk rumah dengan atap yang besar adalah bagi tujuan melindungi tiupan angin.

Ahjumma membawa kami melihat peralatan-peralatan yang digunakan oleh wanita-wanita Jeju. Dia menunjukkan bekas besar yang digunakan untuk mengangkat air, bekas buluh yang digunakan untuk letak baby dan kemudian baby digoncang mengunakan kaki sambil tangan ibu membuat kerja dan ajumma menyanyi lagu sambil memukul bekas besar tersebut. menurut ajumma....ular banyak di jeju, bekas buluh direka sedemikian supaya ular tidak mematuk bayi mereka apabila mereka ralit bekerja. Sebab itu wanita Jeju dikatakan kuat sebab mereka bekerja mengunakan tulang empat kerat, menjaga anak, mencari makanan dan memassak untuk diberi makan kepada suami mereka yang berehat dirumah.

(cuba teka umur ahjumma ini)

Kami dibawa pula melihat bekas-bekas perapan buah ceri hutan yang dikutip dikawasan pergunungan dan diperap dengan madu sebanyak 7 lapis dan diperap selama 3 tahun.


Akhir sekali, bagi membantu ekonomi penduduk ini pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama samsung telah membotolkan madu-madu lebah yang dikutip oleh penduduk dipergunungan dan buah ceri yang diperap bagi menghasilkan jus.





Saya beli pati jus ceri (5 flavour Cherry) yang diperap ini dengan harga kwn35,000 atau bersamaan RM99.75 sebagai tanda kenangan dari Jeju.

Ajumma menerangkan berkenaan dengan jus ini. Setiap pagi anak-anak akan membancuh pati ini dengan air mineral yang sejuk dan diberikan kepada ibubapa mereka. Rasa jus akan berubah ditekak peminum mengikut keadaan kesihatan peminum. Jika minum dan jus dan rasa manis ia menunjukkan perut tidak bagus, jika masam...badan terlalu penat atau kurang tidur, jika pahit...masalah bahagian dada, jika terasa spice, ia menunjukkan peminum merokok terlalu banyak dan mempunyai masalah jantung.

Selepas sejam di folkvillage, kami dibawa pula ke Seopjikoji. Satu lagi kawasan yang sangat cantik di pulau Jeju...dengan cuaca 20C dan tiupan angin yang kuat memang begitu teruja bila berada disini. Seperti biasa rakyat Korea yang suka berjalan kaki memilih tempat ini untuk berjalan kaki, memang mengkagumkan bila melihat ajusi dan ajhuma yang berusia 70-80 tahun masih tegap mendaki kawasan ini. 






Saya berjalan sendirian sehingga ke puncak bukit yang terdapat menara api putih. Saya tinggalkan rombongan saya kerana menyangkakan bahwa mereka juga akan naik ke menara ini. Sebenarnya saya letih melihat rakyat Malaysia yang suka sangat ambik gambar....sikit-sikit ambik gambar, saya hairan mengapa mereka tidak ambik peluang menikmati kecantikan pemandangan tetapi terlalu asyik ambik gambar.

Apabila melihat tiada peserta rombongan saya sampai ke puncak menaara maka saya turun dan mencari mereka. saya masuk kedalam rumah All In kerana menyangka mereka berada didalam. Rumah ini didirikan untuk pergambaran drama  All In yang amat terkenal dalam tahun 2003. Masyarakat Korea begitu gilakan drama ini maka kerajaan tempatan mengekalkan rumah ini bagi tarikan pelancung dan masyarakat Korea. Saya tidak menonton drama ini sebab itu saya tidak tahu tentang rumah ini.


Didalam rumah ini terdapat binaan kasino, gereja dll yang digunakan dalam drama. Binaannya sangat cantik dan dibuat seperti rumah atau tempat sebenar.






Saya tidak memgaambil masa yang lama melihat keadaan rumah ini sebab saya hanya hendak mencari ahli rombongan. Cepat-cepat saya keluar dan berjalan turun ke tempat bas berhenti. Dari jaauh saya nampak Ms J melambai-lambai bendera ke arah saya. Rupanya mereka sudah menunggu lebih 10 minit didalam bas. Wajah Ms J nampak marah. Didalam bas dia menunjukkan rasa marahnya dengan menyampaikan dalam bentuk cerita iaitu bagaimana rakyat korea begitu menghaargai masa. Contohnya musim bunga cherry blossom hanya muncul 10 hari sahaja dalam setahun dan dalam tempoh ni mereka akan sedaya upaya mengambil peluang untuk melihatnya jika ketinggalan maka mereka akan tunggu setahun lagi utk melihatnya. Ini bermakna masyarakat korea tidak suka menunggu....bila terlepas peluang maka mereka tidak akan berpatah balik. Saya merasa amat kesal atas kesilapan saya....saya tidak dengar bila Ms J bagitahu bahawa kami diberi 30 minit untuk menikmati pemandangan di Seopjikoji. Silap saya.....dan saya tidak mempunyai alassan untuk menaafikan kesaalah itu. Saya terima.

 Kami dibawa makan tengak hari di Korean Seafood restoran.

 Sup seaweed....sup yang sangat sedap.

 Seperti biasa tidak lengkap kalau tiada kimchi. dan lada bersama kicap cair untuk dimakan bersama ikan yang digril. Nasi yang masih panas berasap disajikan didalam mangkuk bulat steel. Sekarang baru saya tahu mengapa Ms J amat tekankan ketepatan masa sebab pemilik restoran ini telah menghidang makanan dan menunggu kami selama 10 minit. Kami tidak menunggu makanan dihidangkan...sampai sahaja kami terus makan. Kami diberikan ruang tepi restoran untuk sembahyang.


Selesai sahaja sembahyang, kami dibawa pula ke Seongsan Lichulbang Peak yang terletak berdekatan dengan restoran ini.





Tempat ini sangat-sangat cantik. Dimusim summer rakyat Korea akan mendaki kemuncak Seongsan untuk melihat matahari terbit. Mereka akan bangun seawal 3 pagi dan mendaki puncak ini hanya untuk melihat matahari terbit. 

Laluan-laluan pejalan kaki disediakan khas oleh kerajaan tempatan. Udara nyaman, tiupan angin serta kecantikan laut yang sebati dengan batu-batu letupan gunung berapi yaang berwarna hitam menyebabkan saya berjanji akan datang sekali lagi ke pulau jeju hanya untuk berjalan kaki. Saya ingin menikmati pulau jeju dengan berjalan kaki. Saya berharap tahun depan saya akan datang sekali lagi. Kami tidak menaiki puncak seongsang, hanya setakat kaki bukit sahaja.

Destinasi seterusnya adalah teddy bear museum.






Sebahagian daripada puluhan gambar yang saya sempat ambil. Disini bukanlah tempat kegemaran saya....saya lebih suka laut dan gunung, kecantikan bunga dll. Saya ambik gambar untuk membuang masa sahaja disini...sementara ahli rombongan sibuk bergambar dengan puluhan teddy bear yang berada disini.

Ms J menceritakan bagaimana beruang dianggap sebagai ibu kepada rakyat Korea. Kononnya semasa dahulu, beruang dan harimau ingin menjadi manusia maka mereka pergi berjumpa dengan tuhan. Tuhan membenarkan mereka menjadi manusia dengan syarat mereka harus bertapa selama 100 hari dengan hanya memakan sejenis tumbuhan yang pahit (tak ingat nama tumbuhan ini). Sudah tentu harimau yang suka memakan daging tidak mampu hanya memakan daun sahaja maka dia hanya bertahan 3 hari tetapi beruang mampu bertahan 100 hari dengan sabar dan akhirnya dapat menjelma sebagai wanita yang sangat cantik dan berkahwin dengan anak tuhan dan melahirkan Tanggon, raja kepada rakyat korea. 

Selesai sahaja melawat di teddy bear museum, kami pulang ke hotel penginapan.

10 comments:

Chik Mimi said...

seronoknya Bdaria ni kalau anak2 tgk sure nak p
:)

Nastyna said...

Menarik, saya suka baca penerangan macam ni, rasa macam saya pun berada di sana, detail dan unik melalui personal journey of yours :D

Saya pun suka kimchi, siap buat sendiri lagi berbalang stok dalam peti hihi.

Nuries Ismail said...

wahhh.camnih xpayah g korea pon xpa...hehehe thankss.cerita yg menarik.. =)

bdaria said...

Salam nuries, better pergi. Sekarang semua orang dah boleh terbang dgn air asia. Sudah tidak mahal. Ini ikut pakej rm4200. Klu backpack, tak smpi separuh drp tu.

bdaria said...

Sy suka makan dari hari pertama berada disana. Pernah mkn kat KL tapi tak sedap. Taste kat sana totally diffrence. That why sy beli 5 pek bawak balik utk dikongsi dgn semua family n fren. Sy tak myesal beli wp mahal.

bdaria said...

Insyaallah, Allah akan beri rezek lebih kpd mimi sekeluarga n boleh pergi bersama.

Hashimah said...

Seronok baca catatan bdaria, detail ceritanya, seolah-olah saya turut sama melancong ke Korea. Tahniah ...

Hashimah said...

seronok baca catatan bdaria. tak jemu membacanya, detail sekali jalan ceritanya, terasa macam saya turut sama melancong ke Korea. Tahniah

Zaimi Mohd said...

Hai bdria, rindu nak baca catatan u, frust bila baca u stop menulis ari tu, mlm nie rasa nak tgk blog u,wah..seronoknya ada cerita baru...cerita sgt menarik..best.

Zaimi Mohd said...

Hai bdria, rindu nak baca catatan u, frust bila baca u stop menulis ari tu, mlm nie rasa nak tgk blog u,wah..seronoknya ada cerita baru...cerita sgt menarik..best.