Saya terima kisah nie di facebook yang dikirim oleh seorang rakan. Bila baca kisah ini saya terbayangkan nasib arwah adik saya. Nasib yang hampir serupa dengan nasib adik saya....tarikh kematian juga hanya selang sebulan. Bila baca....air mata saya mengalir. Saya berdoa agar ujian Allah yang besar buat wanita ini adalah tiket mudah untuk beliau ke syurga....Allah amat menyayangi beliau.
========================================================================
Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara....dia dah
mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA..muda lagi. wife dia kena
buang sebelah payu dara...kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan
wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang
baru berumur 21 tahun....
Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife
no.1. Dan yang paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed
room..untuk beri laluan kepada wife no.2...kejam. Memang kejam !!
Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang
halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu..saya tak
kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab
wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia
dulu dan 4 orang anaknya.
Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz
kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa bujang.
Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik,
hal rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena camtu....saya malas lah
nak bertekak...
Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...tapi dia tak nak...dia
kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar Tuhan je balas di atas
perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.
Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu
umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia
dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai
operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas
tu, dah jodoh, dia orang kahwin..
Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan
saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya
bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah sekarang
supaya jadi macam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri
tersayang saya tu.
Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal
bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya
jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari
balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...
Kat bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan
maid...menangis pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari atas
balconi..cakap. .. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga
sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."
Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa
dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. Saya
rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah
sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam &
mandi sama-sama dengan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya
dengan kawan saya tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik
masing-masing dulu...
-----------------------------------------------------------------------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya
sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya
tu.
Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103...sedangkan
suaminya - rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife
no.2 di France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 240103 lagi.
Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport
Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak nafas...saya
kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah
pergi ke hospital.. .dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya
(no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada
2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga
adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yang dia akan pergi..
Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya
menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan, arwah
berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya...
Saya masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri dia
sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon
abang arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah hanya
mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.
Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan
rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu.
dah puas saya menangis 2 3 hari ni.
Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik
rawatan....abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi
melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi buat
selamanya. dan abang arwah yang membuat keputusan agar jenazah arwah segera
dikebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.
Saya dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan
jenazah. Banyak perkara yang saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan
kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis,
dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian ,
kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke
hospital untuk mengeluarkan jenazah dan juga urusan-urusan lain.
Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah
banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan,
mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. malam tu, saya dan abang
arwah tidak tidur.
Dalam pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa ke
rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan.
Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah dan
saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya
rakan saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu tak ada fikir
untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan
pengebumian sahaja.
Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah
tiada, tapi yang kembar tu..sibuk bertanya ‘’kenapa mama tidur
kena tutup.. ??’’ ‘’kenapa mama tidur kena tutup..
??’’ sedih. sedih sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya
memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi air mata saya menitis juga. saya
kenal arwah masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya sama-sama
belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu kerana
bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang kepada rakan
saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu
mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.
Masa pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang kubur
untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan
saya merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih masa tu.
Masa urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya memandang
sahaja. Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang
kembar itu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.
Suami arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari ni, setiap
malam ke empat-empat anak arwah tidur bersama-sama saya...mereka rindukan
arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan, budak-budak tu
selalu je mengigau bila tidur. Mereka akan memanggil
‘’mama...mama...mama...’’ dan saya terpaksa memujuk
dengan mengatakan.. ..shhh.. senyap.. senyap sayang...papa ada..papa ada
sini..dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya
tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita
semua yang masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya...
P/S : Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang
bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah
sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak
terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan
untuk dibuang bila dah "tak berguna"..
4 comments:
Salam kak bdaria,
Moga kak,ibu dan keluarga sihat selalu.
Saya ada mmbaca coretan kisah adik kak bdaria tak lama dahulu... bila mmbaca kisah di atas, teringat jg cerita kak.
Mmg tak elok si suami mmburukkan isteri yg dah tiada, berdosa.. Biarpun siapa isteri kita, ia akan menyakiti keluarga yg masih ada.
Moga kak bdaria dan keluarga bertabah atas ujian ini. Moga mendung cepat berlalu...
Sedih sgt bila baca kisah isteri yg tidak dihargai begini. Sama pula kisah dlm drama "Derhaka Seorang Madu". Takdirnya telah ditentukan begitu. Lelaki...anggap saja mereka yg begini adalah mereka yg tidak kuat iman. Kurang didikan agama dan ego.
Ada juga sedikit tempias kisah ni dlm keluarga kami tapi biarlah berlalu. Paling penting anak2 yg jadi mangsa ibubapa tak bertanggungjawab. Harus ada persatuan utk selesaikan perkara begini, betul tak?
sedih sgt,harap2 dijauhkan dr suami seperti ini..
YA ALLAH LELAK APAKAH DIA SANGGUP MENGHUKUM WANTA ,ISTERI DAN IBU PADA ANAK2 NYER??WANITA ISTERI KE2 PULAK IBARATAKN PENGHASUT TERBAIK HINGGA SISUAMI LANGSUNG X PANDANG N MENJAGA ISTERI TUE....KEJAM SUNGGUH KEJAM WANITA ISTERI KE2 INI....SUNGGUH SY MERAS SEDIH HINGGA MENITIS AIRMTA.... YA ALLAH....
Post a Comment