hahahah......betul tak ungkapan ini. Mungkin arwah adik saya sangat-sangat
bersetuju.
Bini baru bekas adik ipar saya berusia 23 tahun...bagaimana saya tahu.....dia
tayang gambar bini baru dia dalam facebook sebab tu kami semua tahu. Lelaki tu
tulis....inilah contoh isteri sempurna yang dicari-cari selama ini....Allah
makbulkan doa ana (Uwekkkk....yelah masa tu baru 2 minggu kahwin). Mereka
berkenalan dan bercinta melalui facebook....sapa tak suka ustaz....bangga apa
dapat kahwin ustaz tak kisahlah jadi bini no 2, 3 atau 4 pun.
Saya tidak tulis apa-apa berkenaan dengan perempuan nie sebab saya tidak kenal
beliau...jadi saya boleh judge beliau dengan apa-apa pun. Tiada sepatah
perkataan buruk pun kami sekeluarga lemparkan kepada beliau....beliau
terkeluar dari topik perbualan kami sebab kami tak kenal beliau dan kamipun
tak kisah langsung tentang beliau sebagaimana arwah adik saya tidak kisah
langsung bila tengok suami dia tengah angau teruk bersms sebelum mereka
bercerai.
Semasa lelaki tu datang untuk ambik anak sulung beliau...emak suruh anak-anak
turun dan bersalam dengan bapa dan ibu tiri mereka.
Bini baru : Kenapa anak-anak ibu kurus kering nie.......anak-anak ibu tak
diberi makan ke. Tak cukup makan ke nie. Kasihannya anak-anak ibu.
Anak saudara saya naik ke rumah sambil mencebik dan mengajuk percakapan
perempuan tu "kenapa anak-anak ibu kurus kering nieee.........Benciiiiiiii"
jerit angah. Imah...anak arwah yang ke3 berkata "Ibu....Ibu....jijik dengar".
Motif ?????????
Anda sendiri boleh agak motif perempuan tu tapi saya cakap kepada angah dan
imah "dia isteri kepada bapa kamu....awak orang kena hormat dia....jangan
layan dia macam tu" walaupun hati saya menjerit maki hamun perempuan tu sebab
cuba buat fitnah. Emak saya cuma senyum sambil kata " dia nak jadi ibu yang
baik....ambik berat tentang anak-anak tiri dia....baguslah kamu semua dapat
ibu tiri yang baik".
Kepada perempuan-perempuan yang berkahwin dengan laki orang dan bila lelaki tu
memaki hamun bekas isterinya atau memburukkan bekas isteri atau isteri pertama
beliau.....ingatlah bahawa tidak mustahil akan tiba waktunya anda juga akan
dimaki dan diburukkan sebegitu juga.
1 comment:
Setuju sgt ayat yg last ni...takyah tunggu budak2 ni besar rasanya, balasannya akan tiba juga.
Cuma kesian kat anak2 tu, terpaksa mengadap lakonan mulia ibu tiri (harap2 dia mmg baik orgnya)
Post a Comment