Lamanya
tak
menjenguk
blog.....banyak
yang
ingin
diceritakan
tetapi
ghairah
menulis
tidak
muncul
maka
cerita-cerita
itu
terkubur
tanpa
nisan.
Sebagai
rakyat
kecil....kita hanya
mampu
menonton
bagaimana
episode-episode
drama
dimainkan
didepan
kita
setiap
hari.
Terpulang
kepada
kebijaksanaan
kita....akal
yang
Allah
beri
kepada
kita
untuk
berfikir....dari
akal
yang
sama
besar
Allah
berikan
kepda
setiap
orang.....kita
buat
kesimpulan
dan
ulasan.
Cuma
nasihat
saya.....keluar
dari
'tempurung'.....jangan
taksub
kepada
makhluk....luaskan
pembacaaan....jangan
mudah
tekan
button
forward.....ingat
amaran
Allah
tentang
fitnah....jangan
jadikan
diri
anda
salah
seorang
penabur
fitnah
sbb
seronok
nak
share
dalam
FB,
blog dan
whatsapp.
Saya
ingin
bercerita
bagaimana
perkataan
'derma'
menjadi
hantu
sekarang
ini
memberi
kesan
kepada
kerjaya
saya.
Ketika
saya
bekerja
sebagai
akauntan/salah
seorang
shareholder
syarikat.....saya
akui
bahawa
saya
juga
memberi
derma
dalam
bentuk
barangan
seperti
handphone
baru
kepada
pekerja
R
&
D(sebuah
syarikat
besar) untuk
lepaskan
produk
kami.
Kami
terpaksa
memberi
supaya
produk
lepas
masuk
tanpa
gangguan....duit
dapat
dan
boleh
bayar
gaji
pekerja.
Rutin
yang
sama
berulang....dari
serendah
jawatan
sehingga
setinggi
jawatan....semua
nak
habuan.
Inilah
hikmah
yang
Allah
berikan
kepada
saya.
Saya
hilang
syarikat
yang
saya
bangunkan
dari
kosong
sehingga
turnover
kini
mencecah puluhan
juta....saya
bebas
dari
rasuah
sebenarnya....Alhamdulillah.
Kini
saya
tidak
menangis
lagi
bila
sekali
sekala
saya
pergi
dan
melihat
bangunan
syarikat
itu
dari
jauh.
Allah
jauhkan
saya
dari
rasuah.
Saya
bekerja
pula
sebagai
pekerja
kolar
putih.
Ketika
mendaftar
diri....hari
pertama
taklimat,
betapa
bangganya pegawai
atasan memberitahu
bahawa
kami
adalah
organisasi
bebas
rasuah.
Kami
pegang
gelaran
itu
bertahun-tahun.
Organisasi
kami
bersih.
Selama
11
tahun,
saya
bekerja
dengan
bangga
sekali......saya
bangga
apabila
lihat
tiada
seorangpun
yang
berani
menawarkan
sesuatu
hatta
segelas
air
kosong
kepada
kami
apabila
kami
bertugas.
Baru-baru
nie
ketika
bertugas...saya
dan
pasukan
berada
disebuah
syarikat
sedang
menjalankan
tugas
mengumpul
dan
menyita
dokumen.
Sedang
tunduk
membelek
dokumen....pengarah
syarikat
(
cina
kedah)
datang
kepada
kami
"Aku
pi
dulu
noh....aku
ada
meeting.
Kalau
hangpa
ada
masalah....hangpa
tanyalah
dia
(sambil
tunjuk
Manager)".
Dia
keluar
ke
pintu....tetapi
masuk
semua
"hangpa
nak
makan
apa-apa ke?
(jam
sudah
2.30
petang)...dia
tanya
pegawai
atasan
saya
yang
ketika
tu
tengah
semak
dokumen....."Terima
kasih....kami
semua
sudah
makan
heavy
breakfast
tadi....lagipun
kami
tak
boleh
terima
apa-apa
dari
tuan".
"Kalau
hangpa
nak
makan...aku
boleh
order
kat
restoran
dibawah
ni.....AKU
BUKAN
NAK
BAGI
HANGPA
RASUAH.....AKU
NAK
BAGI
DERMA
JE
HAHAHAHAHA".
Dia
gelak
sambil
keluar
pintu.
Pertama
kali
muka
kami
semua merah
padam
dan
terpana
pandang
pintu.....MARAH....takkkkkk.....kami
tahu
pengarah
tu
bergurau
dan
semua
rakyat
Malaysia
juga
bergurau
pasal
perkataan
'derma'
tu.
KAMI
MALU.......selama
bertahun-tahun tidak
pernah
sekalipun
sesiapa
berani
mempelawa
kami
walaupun
sebotol
air
mineral
ketika
bertugas kerana
kami
takan
ambil.....kami
sanggup
bawak
air
mineral
sendiri.
Mereka
tahu
reputasi
jabatan
kami.
Mereka
takut
kepada
kami.
Mereka
telah
berpesan
sesama
mereka.....jangan
offer
apa-apa
jika
pegawai
jabatan
ini
datang
ke
pejabat
mereka
untuk
menyiasat
tapi
kini
orang
bergurau.....orang
buat
lawak....terima
kasih
Datuk.
Selalunya
setelah
selesai
kes....kami
akan
salam
dengan
mereka
dan
berkata
"harap
selepas
ini
kita
takan
berjumpa
lagi"
dan
mereka
juga
akan
berkata
"saya
nak
balik
tidur.....berbulan
saya
tidak
nyenyak
tidur....saya
tak
mahu
jumpa
tuan/puan
lagi".
Itu
perkara
normal
sebab
tak
ada
siapa
yang
mahu
jumpa
kami.
Kami
sangat
tegas
dan
kami
sangat
garang.....kami
lakukan
tugas
kami
dengan
amanah
dan
maruah.
Kami
bangga
dengan
tugas
kami.
Ya
Allah
peliharakan
jabatan
kami.....peliharakan
integriti
dan
maruah
kami......jangan
biarkan
kami
tercalit
dengan
'NAJIS'
itu
ya
Allah.
Biar
apapun
nama
baru
diberikan
kepada
najis
tu....ia
tetap
najis
yang
akan
menjatuhkan
maruah
dan
integriti
anda.
Politics
is
the
art
of
looking
for
trouble,
finding
it
everywhere,
diagnosing
it
incorrectly,
and
applying
the
wrong
remedies.
-
Groucho
Marx
1 comment:
Semoga Allah terus pelihara jabatan ini Dan kakitangan di bawah jabatan ini.aminn....
Post a Comment