Tuesday, August 11, 2015

Cerita pada satuhari

Lamanya tak menjenguk blog.....banyak yang ingin diceritakan tetapi ghairah menulis tidak muncul maka cerita-cerita itu terkubur tanpa nisan.
 
Sebagai rakyat kecil....kita hanya mampu menonton bagaimana episode-episode drama dimainkan didepan kita setiap hari. Terpulang kepada kebijaksanaan kita....akal yang Allah beri kepada kita untuk berfikir....dari akal yang sama besar Allah berikan kepda setiap orang.....kita buat kesimpulan dan ulasan. Cuma nasihat saya.....keluar dari 'tempurung'.....jangan taksub kepada makhluk....luaskan pembacaaan....jangan mudah tekan button forward.....ingat amaran Allah tentang fitnah....jangan jadikan diri anda salah seorang penabur fitnah sbb seronok nak share dalam FB, blog dan whatsapp.
 
Saya ingin bercerita bagaimana perkataan 'derma' menjadi hantu sekarang ini memberi kesan kepada kerjaya saya.
 
Ketika saya bekerja sebagai akauntan/salah seorang shareholder syarikat.....saya akui bahawa saya juga memberi derma dalam bentuk barangan seperti handphone baru kepada pekerja R & D(sebuah syarikat besar) untuk lepaskan produk kami. Kami terpaksa memberi supaya produk lepas masuk tanpa gangguan....duit dapat dan boleh bayar gaji pekerja. Rutin yang sama berulang....dari serendah jawatan sehingga setinggi jawatan....semua nak habuan. Inilah hikmah yang Allah berikan kepada saya. Saya hilang syarikat yang saya bangunkan dari kosong sehingga turnover kini mencecah puluhan juta....saya bebas dari rasuah sebenarnya....Alhamdulillah. Kini saya tidak menangis lagi bila sekali sekala saya pergi dan melihat bangunan syarikat itu dari jauh. Allah jauhkan saya dari rasuah.
 
Saya bekerja pula sebagai pekerja kolar putih. Ketika mendaftar diri....hari pertama taklimat, betapa bangganya pegawai atasan memberitahu bahawa kami adalah organisasi bebas rasuah. Kami pegang gelaran itu bertahun-tahun. Organisasi kami bersih. Selama 11 tahun, saya bekerja dengan bangga sekali......saya bangga apabila lihat tiada seorangpun yang berani menawarkan sesuatu hatta segelas air kosong kepada kami apabila kami bertugas.
 
Baru-baru nie ketika bertugas...saya dan pasukan berada disebuah syarikat sedang menjalankan tugas mengumpul dan menyita dokumen. Sedang tunduk membelek dokumen....pengarah syarikat ( cina kedah) datang kepada kami "Aku pi dulu noh....aku ada meeting. Kalau hangpa ada masalah....hangpa tanyalah dia (sambil tunjuk Manager)".
 
Dia keluar ke pintu....tetapi masuk semua "hangpa nak makan apa-apa ke? (jam sudah 2.30 petang)...dia tanya pegawai atasan saya yang ketika tu tengah semak dokumen....."Terima kasih....kami semua sudah makan heavy breakfast tadi....lagipun kami tak boleh terima apa-apa dari tuan". "Kalau hangpa nak makan...aku boleh order kat restoran dibawah ni.....AKU BUKAN NAK BAGI HANGPA RASUAH.....AKU NAK BAGI DERMA JE HAHAHAHAHA". Dia gelak sambil keluar pintu.
 
Pertama kali muka kami semua merah padam dan terpana pandang pintu.....MARAH....takkkkkk.....kami tahu pengarah tu bergurau dan semua rakyat Malaysia juga bergurau pasal perkataan 'derma' tu. KAMI MALU.......selama bertahun-tahun tidak pernah sekalipun sesiapa berani mempelawa kami walaupun sebotol air mineral ketika bertugas kerana kami takan ambil.....kami sanggup bawak air mineral sendiri. Mereka tahu reputasi jabatan kami. Mereka takut kepada kami. Mereka telah berpesan sesama mereka.....jangan offer apa-apa jika pegawai jabatan ini datang ke pejabat mereka untuk menyiasat tapi kini orang bergurau.....orang buat lawak....terima kasih Datuk.

Selalunya setelah selesai kes....kami akan salam dengan mereka dan berkata "harap selepas ini kita takan berjumpa lagi" dan mereka juga akan berkata "saya nak balik tidur.....berbulan saya tidak nyenyak tidur....saya tak mahu jumpa tuan/puan lagi". Itu perkara normal sebab tak ada siapa yang mahu jumpa kami.
 
Kami sangat tegas dan kami sangat garang.....kami lakukan tugas kami dengan amanah dan maruah. Kami bangga dengan tugas kami. Ya Allah peliharakan jabatan kami.....peliharakan integriti dan maruah kami......jangan biarkan kami tercalit dengan 'NAJIS'  itu ya Allah. Biar apapun nama baru diberikan kepada najis tu....ia tetap najis yang akan menjatuhkan maruah dan integriti anda.
 
 
 Politics is the art of looking for trouble, finding it everywhere, diagnosing it incorrectly, and applying the wrong remedies. - Groucho Marx

 
 
 

1 comment:

Aq's Sweettasty said...

Semoga Allah terus pelihara jabatan ini Dan kakitangan di bawah jabatan ini.aminn....