Demam saya tak kebah
lagi.....so hari nie terpaksa jugaklah gi jumpa doktor dan dapatlah MC
sehari. Wp doktor bagi MC tapi kerja-kerja mengemas nie mana boleh 'MC',
nanti sapa pulak nak masukkan barang2 dalam kotak kan. So larat ke.....tak
larat ke kenalah buat jugak. Hari nie saya packing barang-barang dalam bilik
tidur. Dalam dok paking2 tu saya terjumpalah beberapa barang-barang yang dah
lama tak nampak dan ada yang saya dah tak ingat pun saya ada milikinya.
Nampak sangatlah jenis perangai penyimpan barang. Jom tengok antara barang2
yang saya jumpa.

Kain alas dulang.....jenis
kain polister. Saya terkejut bila jumpa kain nie sebab tak sangka saya
simpan lagi. Kenangan pahit nie........kain nie saya beli semasa buat
persediaan perkahwinan yang tak jadi dulu-dulu...cerita 9 tahun yang lepas.
Mula2 tadi saya dah humban dalam kotak barang2 yang nak dibuang tapi ambil
balik sbb sayang kan boleh guna lagi untuk perkahwinan adik saya
nanti......ayat orang suka menyimpan heheheheh.....nampaknya tak berkurang
jugaklah khazanah saya nie kalau semua benda saya sayang nak
buang.
Jam tangan......saya hanya
pakai sekali saja jam tangan nie. Disebabkan kulit saya jenis sensitif bila
pakai jam nie maka kulit kat area tali jam tangan tu akan melecet dan merah.
Akibatnya saya simpan jam nie......rasanya dah 6 tahun kot sampaikan saya
tak ingat yang saya ada jam tangan bertali besi nie.
Klip pengikat
rambut......klip nie tersimpan rapi dalam salah satu kotak kat bawah
katil. Sabor ajelah....ada ka patut klip yang secantik nie boleh
diletakkan dalam kotak bawah katil.
Kain batik.....2 helai
kain batik dalam beg anyaman mengkuang saya jumpa kat belakang almari
baju. Masa bilalah saya pergi letak kat belakang almari tu......kain nie
rasanya kat 4 tahun duduk kat belakang almari tu. Mujurlah nak
pindah....boleh jumpa kain batik nie semula....teruknya
kan.
Duit
siling......yeeeee banyaknya duit. Saya suka kumpul duit siling
terutama 50 sen. Kalau saya dapat 50 sen dalam tangan saya....saya
akan simpan. Kalau beli barang dan jurujual tanya akak ada 50
sen....saya akan jawap tak ada wp dalam dompet saya ada
berkeping-keping duit 50 sen. Menyimpan bukan satu tempat......dalam
coin box, dalam kotak, dalam mug, dalam beg tangan lama....lama2 saya
lupa kat mana saya letak. Bila mengemas barang hari nie maka jumpalah
khazanah2 yang disimpan nie.
Baju-baju
lama......ada 5 kotak kat bawah katil bila ditarik keluar. Semua nie
baju yang bersaiz besar sebab 8 tahun yang lepas saya adalah seorang
yang gemuk dan baju saya kebanyakannya bersaiz XL ketika tu. Kalau
dah duduk bawah katil nie maknanya saya tak pakailah kan......tapi
nak buang sayang sebab semuanya elok lagi. Saya ada satu
cerita.......nie pengalaman masa kerjalah ye. Kerjaya saya
membolehkan kami 'masuk dan melawat' dalam rumah orang2 kaya. Ada
satu kali tu saya dan 2 orang rakan ditugaskan ke rumah seorang
jutawan nie. Nak masuk kawasan perumahan nie memang
susah......security memang ketat. Rumah tersergam indah, bernilai
lebih 10 juta.....ada sebuah kereta mewah bernilai RM800 ribu
parking kat porch depan rumah. Kami disambut oleh isteri jutawan
ini, dia bagitahu yang dia tengah baca bible.....kelakuan nampak
normal shj. Wp dah 50an tapi kulit dan badan nampak macam
30an...masih cantik. Kami 'melawat' seluruh kawasan rumah dan
akhirnya masuk ke bilik utama. Masyaallah, terkejut sungguh bila
tengok keadaan master bedroom. Anda boleh bayangkan keadaan bilik
yang bila bukak pintu...hanya ada satu lorong muat-muat satu badan
untuk lalu ke katil dan kiri kanannya penuh dengan timbunan
barang-barang lama, album-album lama, surat2 lama (surat2 tu ada
yang dah 10 tahun tak berbuka), baju-baju lama, barang2 perhiasan
dan macam2 mak nenek lagilah. Ingatkan hanya dalam Oprah je ada
cerita macam tu tapi kat rumah jutawan yg tersergam indah nie pun
jadi macam tu...sebabnya wanita tu suka menyimpan barang2 lama. Bila
teringat keadaan tu maka saya decide lah nak sedekahkan 5 kotak baju
lama tu kat cleaner lady apartment nie. Saya tak nak jadi macam
wanita tu. Psssttt wanita tu memang malang wp duduk dalam sangkar
emas tapi beliau tidak dihargai. Suami beliau sendiri boleh kata
pada kami yang isterinya tak siuman malah beliau tidak pernah
jejakkan kaki dirumah tu....anak2 duduk kat luar
negara....tinggallah wanita tu dengan amah dalam rumah besar tu
bersama dengan kenangan silamnya iaitu barang2 yang disimpan
tu.
Diary
lama......lebih 10 tahun diari nie.....dalam nie ada semua nama
dan alamat kawan-kawan universiti dan my best friend Faridah dan
Yati. Saya lost contact dengan mereka semua....happy sangat sebab
jumpa diari nie. Lepas nie bolehlah hello....hello dengan
mereka.
2 comments:
lin pun berperangai mcm akk..suka simpan brg..syg jugak nk let go..tp klu dh ms berkemas rumah n jumpa balik brg2 tu...mmg lin akn let go juga bg pd org wp berat hati...
Thanks Noradzlina. U banyak tinggalkan komen.
Post a Comment