Akhir bulan February
ini....... yang hanya tinggal lagi 2 minggu, saya akan berpindah masuk ke
apartment yang dibeli. Pertama kali berpindah masuk ke rumah sendiri.
Perasaan amat2 teruja/seronok/gembira kerana memiliki kediaman sendiri.
Seboleh-bolehnya saya mahu yang terbaik untuk apartment saya (dalam
kemampuan saya) kerana inilah pertama kali saya menghias apartment milik
sendiri. Saya sendiri yang pilih semua peralatan dalam rumah....warna
langsir....tema hiasan.....rekabentuk kichen kabinet....semuanya saya
lakukan sendiri. Ia satu proses yang menyeronokkan dan juga memenatkan. Awal
Mac, my family akan datang melawat apartment saya terutama anak-anak saudara
saya yang amat2 teruja apabila diberitahu kat apartment ada kolam renang.
Semalam, sabtu sekali lagi saya
menapak dari satu kedai ke satu kedai untuk dapatkan peralatan bilik mandi
dan juga tempat ampaian. Akhirnya saya berjaya membeli tempat ampaian
stainless steel 3 besi, panjang 8 kaki dengan harga RM170, kepala paip,
towel holder dll. Semuanya untuk bilik air. Dalam kedai tu hanya ada
pembantu kedai wanita yang terlalu peramah dan banyak info diberikan kepada
saya......masa dia tolong angkatkan barangan saya ke kereta dia berkata "
saya kagumlah dengan akak....akak datang sendiri beli peralatan nie,
selalunya orang lelaki yang datang beli kat kedai kami. Kenapa suami akak
tak datang sama". Saya jawap " ohhhhhh dia outstation". Bohong pi
lah......sebab malas nak jawap 'ohhhh sebab akak tak de suami...... kenalah
buat sendiri'.
Lepas balik dari kedai tu saya
terus ke apartment untuk hantar peralatan tersebut. Saya dah lama nak
singgah kat tempat nie. Selalunya bila lalu kat jalan nie saya nampak ranai
orang singgah beli cendol pulut dan laksa kat sini. Gerainya hanya sebuah
kereta tolak dibawah pokok dan beberapa kerusi diletakkan di sekitar pokok2
disitu. Saya nak rasa sedap ke cendol kat sini sebab selalu penuh dengan
orang duduk makan kat bawah pokok. Sorrylah tak dapat tunjukkan gambar
cendol sbb lupa bawak kamera.....laksa nie saya simpan untuk dinner kat umah
sewa sebab tu sempat ambil gambar. Nanti bila saya pergi sekali lagi saya
akan ambil gambar lokasi tempat nie ye.
laksa nie memang sedap
sangat.....kuah dia pekat cuma dari segi kebersihan kureeeeeng sikit. Isteri
peniaga tu ambil telur, sayur-sayur dengan tangan tanpa guna penyepit atau
sarung tangan. Cendol pulut diapun sangat sedap. Saya makan laksa nie
sebagai dinner, saya tambah telur goreng separuh masak dan kicap. Sedap
ooooo kalau telur kuning yang separuh cair tu bergabung dengan kuah laksa
dan sedikit kicap.....tengok menderhaka kat resepi
tradisi.
Oklah setakat nie baru sedikit
nie barang2 dikemas dan dimasukkan dalam kotak. Sebenarnya ini yang kat
ruang tamu saja.....kat dalam bilik saya masih banyak barang. Build-in oven,
hood dan dapur, singki. Dalam sebulan dua nie mungkin akan berkurang entry
masakan sebab barang dapur dah dimasukkan dalam kotak. Steamer pun dah masuk
kotak so lepas nie hanya entry pasai pindah rumah ajelah yang
dimasukkan.
2 comments:
ohh.. sgt memahami perasaan pindah rumah baru ini.. sayapun dari proses pembelian, renovation dan pemilihan barang2 rumah semuanya dibuat sendiri.. sangat memenatkan tapi bila semua dah selesai memang sgt hepy.. :D
Just to share.. bila ada swimming pool, ramai yang akan berkunjung dan membuatkan dapur juga akan sentiasa meriah dengan nak menyediakan pelbagai juadahh.. its realy funnn :D
Best la citer2 awak ni ..saya suka baca.. rumah saya baru siap. Thanks
Post a Comment