Friday, February 25, 2011

Kitchen Kabinet part 2

Letihnya....pindah rumah terutama bila seorang diri. Dua malam saya tidak tidur untuk packing dan balut furniture dengan plastik. Pada 23hb, lori yang diupah bersama pekerja datang angkat barang2 saya. Banyak jugak barang sampai terpaksa pakai 2 trip maka terbanglah RM500 untuk kos pindah. Selesai sahaja pekerja lori nie angkut barang ke rumah baru, saya bergegas pulak ke rumah sewa untuk urusan buang semua sampah dan cuci rumah. Saya upah cleaner untuk urusan cuci dan buang sampah. Cleaner tu begitu terkejut tengok 'sampah' yang saya buang, semua pakaian yang tidak dipakai, barangan dapur yg saya tak pakai, beberapa perabut kecil.....saya benar2 pejamkan mata untuk 'buang' barang2 yang saya tak guna lagi @ yang tidak pernah digunakan sebab saya tak mahu memenuhi rumah baru dgn barang2 yg tidak dipakai. Saya berikan peti ais, mesin basuh, rice cooker, set pinggan mangkuk, periuk belanga dan radio kpd cleaner tu sebagai upah cuci. Dia betul2 happy sbb dapat banyak barang.



Keesokkannya kontraktor kitchen kabinet pula datang untuk memasang kitchen kabinet. Entry yang lepas saya ada berikan sedikit panduan tindakan yg perlu dilakukan oleh pembeli baru. Saya tak malu mengaku bhw saya buat silap dan saya tak nak kesilapan sy diulangi oleh org lain malah saya tulis entry tersebut malah saya letakkan ayat ini "Inilah serba sedikit panduan kepada bakal-bakal pemilik rumah baru (dari pembeli rumah baru kepada bakal pemilik rumah baru bukan nasihat pakar ye)". Ini supaya anda tahu bahawa saya bukan pakar, saya tulis dari pengalaman saya dan pembacaan saya. Saya mula melanggan majalah Impiana Dapur dari edisi pertama sehinggalah sekarang. Didalam impiana dapur ada diberikan tip2 pemilihan table top so saya follow their advice, saya tak tulis sebarangan. Sayang sungguh, majalah tersebut masih dalam kotak jika tidak saya boleh masukkan tarikh terbitan artikel tersebut. Walaubagaimanapun saya berterima kasih kepada Shereen kerana info dan teguran terhadap kesilapan saya. Shereen nampaknya seorang yang amat berpengalaman dan hebat so ruginya saya sebab dah order granite sebagai table top kitchen kabinet saya....warna hitam pulak tu.



Saya pilih kontraktor nie selepas melihat gambar2 kitchen kabinet dalam majalah Impiana Dapur Edisi terbaru awal tahun nie. Saya memang suka hitam putih bila tengok design tu dalam majalah, terus saya pergi ke showroom Unity Design kat Kajang. Sebelum pergi ke sini, saya buat beberapa survey kat internet berkenaan dengan Unity Design. Dari beberapa blog, saya dapati mereka amat berpuas hati dengan service dan kualiti produk Unity Design . Selain Unity Design saya buat survey untuk syarikat lain jugak tapi ada komen2 buruk so saya padam dari list saya. Ini kerana saya buat tindakan last minute....dapat kunci 21/1/2011 tapi masih belum pergi survey quotation untuk kitchen kabinet so Unity Design adalah pilihan urgent yang saya lakukan dan saya harap ia berbaloilah. Sebab itu saya buat entry sebelum ini supaya kesilapan saya nie tidak diulang oleh pembeli rumah baru yang lain.



Oleh kerana tahun baru cina dan tempahan yang mereka terima terlalu banyak maka wakil Unity Design iaitu Patrick Looi hanya dapat dapat ambil ukuran keluasan sebenar dapur pada 15hb Feb 2011. Seminggu lepas tu Patrick call dia bagitau yang kitchen kabinet saya dah siap dan akan dipasang pada 21hb Feb. Oleh kerana saya belum bawa pindah masuk build in oven, hood, singki dan dapur maka saya minta supaya tarikh ditunda pada 24hb. So saya terpaksa pindah awal tambahan pula saya dapat panggilan untuk kursus selama sebulan bermula pada 28hb nie.

Pada 24hb dan hari nie, pekerja Unity Design pasang kabinet dapur saya. Table top dalam seminggu lagi.

Kerja pada hari pertama.




Dah siap pasang hari nie cuma tinggal table top sahaja lagi. Samaada pilihan table top granite warna hitam nie bermasalah atau tidak biarlah saya guna dulu ye....nanti kalau ada problem saya bagitau ok. Biarlah saya bercakap dari pengalaman saya pula.



Saya tanya Patrick berkenaan dengan dakwaan bahawa table top mengunakan granite bermasalah. Ini penerangan Patrick:-



Granite adalah sejenis batu yang sangat keras dan tahan yang sering digunakan sebagai permukaan meja pada masa kini. Ia merupakan magma gunung berapi dan selepas masa yang amat panjang maka terbentuklah granite yang cantik dan istimewa ini.

Granite merupakan batu yang unik dan istimewa sebab boleh dikatakan setiap granite adanya susunan corak dan kemasan tersendiri. Kamu hanya boleh dapat dua keping granite yang lebih kurang sama warna tetapi kamu tidak mungkin boleh cari dua keping granite yang serupa di dunia ini.

Granite adalah material yang tahan panas dan tidak mudah tercalar. Ia memerlukan penjagaan yang paling kurang berbanding dengan counter top lain. Ia juga batu yang paling keras di dunia selepas Diamond.Jika segi kewangan kamu mampu atau ada budget, granite adalah pilihan yang amat bagus!

4 comments:

Jamie said...

Salam,
saya guna granite kaler brown utk table top, now almost 3 yrs masa saya beli sekaki rm200, alhamdulillah takde masalah crack,chip or kusam. sgt puas hati...harap2 oklah smpi bila2..

bdaria said...

Salam Jamie, Thanks 4 info. That what i read and advice yg i terima dr fren. Sy beli RM190 sekaki dan price utk solid surface adlh RM160 sekaki, concrete pula RM150 sekaki. Harga x besar sgt beza, that why i pilih granite lagipun dapur sy bukan utk kegunaan lasak. Sy masak seminggu sekali. Sy pun harap it's a good choice coz kita byr mahal.

Anonymous said...

actually granite top ok ke tak???

bdaria said...

Pada saya ia ok setakat nie. Tiada masalah setakat hari ini tapi ini pendapat saya sebab personaliti saya bukan jenis orang yang terlalu cerewet. Sy jenis orang yg simple....asalkan ia senang cuci, tidak cepat rosak, sentiasa bersinar, tidak nampak kusam, tidak mudah calar, tidak mudah kotor....mudah dicuci...ia dah bagus buat saya. So itu pendapat saya....setiap orang ada pendapat masing2 berdasarkan personaliti diri.