Entry saya tengahari nie
adalah untuk mengajak anda 'melawat' persekitaran kediaman baru saya. Inilah
apartment saya. Persekitaran dalam rumah belum siap lagi, kita tengok kat
luar dululah.
Kerja-kerja pemasangan grill
dah siap sebelum tahun baru cina lagi. Kontraktor nie cepat buat kerja dalam
seminggu dah siap pasang untuk satu apartment. Design grill macam nie sahaja
yang dibenarkan oleh pemaju......tak ada peluanglah nak berukir-ukir. Design
nie standard, semua pembeli rumah kena ikut.
Ini kolam renang yang terletak di aras G. Sebenarnya saya terpaksa ambil gambar nie ditingkat 1 sebab ada orang tengah mandi kat kolam tu (bahagian yg tak nampak tu). Kalau ambil gambar kat sekitar kolam tu nanti dia tuduh saya nak 'sekodeng' dia pulak, so hanya dapat tangkap gambar sebahagian kolam tu dari tingkat atas.....itupun kena pastikan gambar tak termasuk orang yang tengah berenang tu.
Ok ini tempat parking kereta saya....berhampiran dengan lif tapi kena naik 5 tangga nie dulu baru ke kereta. Kalau bawak barang berat....jenuh nak berangkut. Setiap pembeli diberikan satu lot tapak kereta di tingkat 1-3.
Insyaallah, jika tiada aral melintang
24hb nie saya akan berpindah ke rumah baru nie. 25hb kitchen kabinet
akan dipasang, 19hb perabut akan sampai, 21hb langsir akan siap
dipasang. saya kena pastikan supaya urusan siap sebelum 27hb sebelum
saya bertolak ke daerah lain untuk berkursus.
Jika anda adalah penduduk Kota Damasara, anda akan berhadapan dengan situasi jam nie setiap masa tak kira hari cuti atau tidak. Saya ambil gambar nie ketika cuti maulidur rasul tapi jalan nie tetap jam. Trafik light kat depan tu dah 2 @ 3 kali bertukar warna hijau tapi kereta saya masih tak boleh melepasi signboard tu. Rumah baru dengan ofis hanya sejauh 10 minit jika tiada trafik light dan jam. Bila dah berpindah nanti saya akan berdepan dengan 10 trafik light simpang 4. Ofis saya terletak berhampiran dengan Ikea.....tapi saya kena bertolak lebih awal untuk ke ofis berbanding dengan ketika saya duduk kat Kelana Jaya.
2 comments:
hi, i'm a silent reader for yr blog. suka sgt tgk rumah baru you cantik and suka jugak tgk tgk you masak kuih menyelerakan.....
seronoknya org nkdok umah baru. nanti blh ler akak dtg brtandang ke umah baru tu ek..? heee..
Post a Comment