Monday, February 7, 2011

Jemput bilis mak dan cerita-cerita di kampung

Sempena tahun baru cina, ramai bercuti termasuklah saya yang menyesakkan jalan lebuhraya semalam. Mujurlah saya bertolak awal pagi so tak adalah teruk sangat kat jalan tapi sampai kat umah dekat jam 4 petang jugaklah. paling tension bila terpaksa berbaris hampir sejam hanya nak masuk toilet.....dahlah bau toilet tu menyesakkan hidung.


Semua adik2 saya balik bersama keluarga masing2 ke kediaman mak kat Tahfiz. Kami semua berkumpul disini......rumah kecil dua bilik tu dipenuhi dengan kami adik beradik dan cucu2 mak.....riuh rendah. Bila malam kami bentangkan beberapa tilam diruang tamu dan kemudian duduk berbual....semua berebut-rebut nak bercerita. Masa nie memang seronok sangat....yelah masing2 dah lama tak jumpa antara satu sama lain. Mak pulak asyik mengeluh rumah tu kecil sangat tak mampu nak tampung anak dan cucu dia yang kat 16 orang tu. Kami kata.....kami suka sempit macam nie sebab kami rasa 'dekat' antara satu sama lain.





Ini adalah jemput-jemput ikan bilis yang mak saya bancuh. Kenapa saya tunjukkan jemput2 nie?. Inilah kuih yang paling mudah dibuat tapi sampai sekarang saya tak boleh buat jemput2 selembut dan sesedap yang mak saya buat. Walaupun mak tunjuk bancuhan tapi bila saya buat.....ia tak sama. Para pelajar kat Tahfiz nie memang suka sangat dengan jemput2 nie. Ada seorang pelajar tu sampai suruh mak dia datang tanya mak saya macam mana nak buat jemput2 nie. Resepi simple tepung gandum, ikan bilis yang ditumbuk halus, bawang besar dihiris, daun kucai, lada besar, garam dan air. Tak ada soda bikarbonat atau ibu roti dibubuh tapi ia sangat lembut dan ranggup.


Kalau tengok jemput2 bilis nie besar-besarkan (yalah untuk makan 40 orang pelajar...mana sempat kalau buat kecik2). Saya nak bercerita tentang orang yang mengoreng jemput2 nie. Yang mengoreng jemput-jemput nie adalah budak lelaki yang berusia 14 tahun. Dia adalah pelajar di tahfiz nie.....dah 2 tahun berada disini dan dah hafal hampir 20 juzuk. tapi nasib dia malang sikit, ayah dia tak bayar yuran bulanan tahfiz dan tunggakan yuran pelajar ini sudah beribu-ribu ringgit(dia bukan dari golongan miskin). Dia amat malu dengan situasi nie tapi semangat nak belajar tebal dalam diri dia.....dia jumpa pengetua (adik ipar saya) dan minta supaya dibenarkan bekerja separuh hari setiap hari bagi melunaskan hutang dan bayaran yuran sebab dia nak habiskan pengajian. Dia hanya masuk belajar pada sessi petang dan malam sahaja. Pagi dia akan tolong mak saya didapur. Dia buat kerja2 ringgan seperti lap meja makan, sapu ruang makan, susun kerusi, siang ikan dan goreng jemput2 macam nie. Dia guna senduk je bila goreng jemput2 nie sebab tu besar2 bentuknya. Bancuhan tepung tetaplah mak saya yang buat.


Ada satu lagi kisah pelajar disini.....kalau dengar cerita keadaan family dia boleh buat cerita drama. Pelajar tersebut juga berusia 14 tahun. Dia dihantar belajar di tahfiz nie ketika berusia 9 tahun. Datuknya adalah orang kaya. Mak dia pula adalah anak tunggal. Mak dia telah berkahwin dengan kuli bapak dia sbb kononnya nak protes tindakan bapak dia kahwin satu lagi. Memang bapak dia melenting bila anak dara dia yang cantik lawa nie berkahwin dengan kuli dia sendiri yang hanya bergaji RM300 sebulan. Kahwin pulak kat siam....tapi nak buat macammana terima jugaklah menantu tu. Dapatlah anak 3 orang....dan hiduplah anak dia nie dalam keadaan miskin. Dia ambil cucu sulung dia nie dan hantar ke Tahfiz dan kononnya nak tanggung pengajian cucu sulung nie. Tiga tahun yang lepas mak budak nie buat drama lagi......mintak cerai dari suami dia hanya kerana nak kahwin dengan adik ipar sendiri (muda 10 tahun dari usia dia). Si suami tak boleh terima hakikat yang adik lelaki dia sendiri rampas isteri dia....hampir nak berbunuh adik beradik. Akhirnya dia tinggalkan kampung. Yang malang adalah nasib budak lelaki nie.....datuk dia sudah tak mahu tanggung pengajian dia lagi. Mak dan ayah dia dah buat hal masing2. Yuran pengajian dah mula tertunggak sehingga mencecah ribuan ringgit. Adik ipar saya jugaklah yang kena tanggung makan minum budak nie....nak buang sekolah kesian sebab budak nie tinggal 3 juzuk lagi nak habis. Bukan hanya seorang dua nie tapi hampir berbelas orang nasib begini.....mak saya juga dah ambil seorang pelajar untuk ditanggung pengajiannya. Mak ayah bukan orang miskin tapi jenis yang tak nak bayar.


Itu kisah para pelajar.....mak saya memang selalu bercerita. Kadang2 rasa macam dengar cerita pengliburlara pulak bila dengar dia bercerita.
Saya nak tunjukkan keletah 'pak lawak' dalam keluarga kami. Tukang meriuhkan keadaan. Budak kecil nie berusia hampir 2 1/2 tahun. Dia nie suka sakat sepupu dia (umur 2 tahun).....yang sepupu dia pulak jenis yang kuat melalak. Dia akan beliakkan mata dia (nampak mata putih saja) dan sergah sepupu dia.....menjerit2lah budak tu takut.....sampai menangis2 esak2. Tension kami dengan keletah dia nie......bila marah dia buatlah muka lawak dia. Kalau dia dah penat sakat kakak atau sepupu dia....dia akan naik buai dan menyanyi dengan suara pelat dia lagu nie.


bapakku pulang dari kota

bapakku bawakkan kereta

kereta warna merah

akanku bawa ke sekolah

brommbrombrom keretaku berbunyi


Berulang2 dia nyanyi lagu tu sampailah dia penat. Saya betul2 terlupa nak rakam nyanyian dia.

Satu lagi dia nie pantang nampak handphone.....habis semua handphone makcik dan pak cik dia...dia bawak lari sebab nak main game (macamlah dia reti). Kalau kami tak nak kehilangan handphone maka kenalah letakkan handphone kat tempat tinggi.

0 comments: