Semalam saya mula rasa tak
sedap badan. Saya mula nak demam....rasa lemah sangat badan. Saya call kedai
perabut nie nak mintak dia hantar perabut saya awal sikit....saya call
customer services tapi pekerja bangla yang angkat. Saya rasa dia tak faham
pun apa yang saya cakap sebab dia asyik cakap '"apa no. invois akak" "nanti
saya call kakak" baca dengan slang bangla ye. Saya call jam 11 pagi sehingga
jam 4 petang dia tak call saya balik. Saya apa lagi naik angin lah terus
call direct line kedai perabut tu........kali nie sekali lagi pekerja
myanmar pulak yang angkat. "nanti saya semak ya akak". Dengar aje dia cakap
macam tu terus saya jerit " apa check2 saya call jam 12 tadi untuk minta
hantar awal kenapa baru sekarang nak check". Dia janjilahlah akan hantar
dalam jam 6 petang.
Lepas je habis time ofis, saya terus balik sebab takut mereka sampai awal kat umah. Masa tu hujan....Kota Damasara nie elegik dengan hujan....hujan sikit aje.....jam nye teruk mengalahkan ribut petir. Bila tengok kat traffik light menghala ke The Curve dah jam teruk...kereta tak bergerak-gerak maka saya patah balik dan keluar ikut highway sungai buluh. Saya sampai kat apartment dalam jam 5.15 pm. Saya pun tunggulah.....jam 7 malam tak sampai lagi......jam 8 malam pun tak sampai lagi......akhir sekali dapat call dari driver lori "akak saya dah dekat Ikea nie macam mana nak pergi ke Seksyen 8". Mak aiiiiii baru nak sampai situ ke......saya pun bagilah direction.....dan tunggu lagi. Jam 10 baru sampai. Saya nie demam.....badan saya dah lemah sangat ditambah pulak dengan sakit hati dan geram tak terkata. Jam 10.30 baru siap angkat perabut masuk dalam rumah. Pastu nak pasang pulak.....saya tunggulah macam patung kat pintu apartment sementara mereka pasang kabinet kat dalam bilik. Oleh kerana mereka lelaki takanlah saya nak tunggu kat dalam...so saya berdirilah depan pintu.
Pekerja India tu datang kat saya 'akak ada tangga tak". Dalam hati saya 'engkau tak nampak ke apartment saya kosong....nak cari tangga kat mana'. Oleh kerana saya tak nak bising.....saya ambillah meja Ikea yg saya pasang semasa menunggu mereka tadi dan bagi kat dia. "akak....meja nie tahan ke, nanti patah". "Guna ajelahhhhh' jawap saya kasar. Bila tengok saya garang semacam diapun ambil meja tu. Masa tu dah jam 11.15 malam. Bunyi mesin grinding bising dalam bilik saya.....kalau ikutkan peraturan apartment, selepas jam 6.30 pm dah tak boleh buat kerja bertukang....dalam hati mintaklah jangan ada orang datang tegur.
Jam 11.30 barulah mereka siap pasang almari 8 X 8 tu.....lelaki India tu mintak saya tengok perabut yang dia pasang. Saya tengok meja solek pelik sangat.......cermin mencecah lantai.....saya kata ini bukan design yang saya pilih.......dia kata "inilah perabut akak'. Saya nak marah dah......'U angkat balik perabut nie saya tak nak.....saya takan sign surat delivery". Dalam hati....ishhhh berani nya dahlah mereka berdua engkau sorang. Pekerja tu termenung sekejap.....dia check balik meja solek tu...."oh!!!!!! sorry akak saya silap pasang". Hati saya mendidih gila masa tu.......dia bukak balik meja tu.....saya keluar dari bilik utama tu dan pergi ke pintu......berdiri kat situ semula. Bila dah siap dia call saya semula.....saya masuk dan check almari, katil, tilam dan meja solek. Ada kesan torehan kan meja solek.....dahlah perabut saya putih, kesan tu nampak ketara sangat. Saya tanya 'nak buat macam mana nie'. Pekerja India tu kata ' akak beli liquid paper dan cat balik kesan torehan tu.....nanti hilanglah". Jika anda berada ditempat saya apa perasaaan anda. Dahlah permintaan saya supaya delivery dibuat dalam jam 5.30 petang tidak dilayan, ditipunya lagi saya pastu biar saya tunggu sampai 4 jam dalam keadaan saya demam dan kemudian bagi perabut yang tidak sempurna. Saya masa tu dah tak larat nak handle.....kepala saya makin berdenjut. Saya ambil surat delivery order tu dan sain. Supaya mereka cepat2 berambus dari apartment saya.
Termenung saya tenguk perabut tu. Kualiti dia amat teruk.....tak padan dengan harga yang saya bayar. Saya bayar mahal.....tapi dapat kualiti yang macam nie. Masa kat showroom, perabut tu elok je kenapa bila sampai kat saya teruk sangat kualitinya. Saya ambil kunci dan terus keluar dari apartment saya......balik ke Kelana Jaya pada jam 12.30 malam. Hati saya sakit sangat.
Ini rak kasut. Design nie cantik tapi rak nie bergoyang dan tidak stabil.
1 comments:
Salam sis, benda2 mcm ni memang selalu berlaku.. abg sye beli sofa lain dpt sofa lain..huhh memang hangin!!.. masa sye pindah aritu semua brg sye byr deposit 10% jerr.. sbb nak suh hantar kat umah dulu, puas hati baru sye byr balance guna cheque.. itu pun buat hal juga, sye order tilam tebal, dia hntr tilam biasa dan mujur x byr habis.. Memang tak bole bg muka org2 mcm ni.. huhh.. sekadar berkongsi pengalaman lg, ni pun kes saya dan kwn2 teraniaya.. http://teratak-rose.blogspot.com/2011/01/jangan-sempitkan-pemikiran-anda.html dan http://teratak-rose.blogspot.com/2011/01/jangan-kelirukan-diri-anda-tolong.html
Post a Comment