30hb
May
2013
(Khamis)
Cuaca
cerah
dan
bersuhu
sekitar
20C
Jam
4.30
pagi,
pihak
hotel
membunyikan
alarm
menandakan
waktu
sembahyang
subuh.
Saya
yang
terjaga
dengan
bunyi
lagu
30
saat
tu....bangun
dan
buka
tingkap.
Wah
dah
cerah.....ambik
handphone
untuk
tengok
pukul
berapa.....terkejut
sekejap
sebab
baru
pukul
4.30
pagi.
Macam
tak
percaya...terus
ambik
kamera
dan
ambik
gambar
nie.
Apa
yang
anda
nampak
disini......bersih
dan
tersusun
bukan.
Bila
dah
terjaga...susahlah
nak
tidur
balik
sebab
cahaya
terang
kat
luar
menerangi
bilik.....sarapan
jam
8
pagi
dan
tour
pula
bermula
pada
jam
10
pagi....so
berapa
jam
nak
kena
tunggu?.
Bukak
TV...ada
74
channel
tapi
semuanya
program
korea
tanpa
ada
sarikata
bahasa
inggeris
so
tengok
ajelah
wp
tak
faham.
Sarapan
pagi
disediakan
oleh
pihak
hotel.
Ms
J
beritahu
bahawa
pihak
hotel
menyediakan
makanan
halal
sebab
kebetulan
penghuni
hotel
pada
minggu
ini
banyak
muslim
atau
pelancung
Malaysia.
Halal
mengikut
kefahaman
orang
bukan
islam
adalah
makanan
yang
tiada
babi
dan
daging/ayam
tanpa
mengambil
kira
bekas
masakan
atau
bekas
masakan.
Saya
cuma
mengambil
nasi,
kimchi,
brokoli
dan
taugeh
yang
dicelur
serta
segelas
jus
oren.
Itu
sarapan
saya
pada
pagi
ini.
Saya
mula
jatuh
cinta
pada
beras
korea
serta
kimchi....sangat
menyelerakan
bagi
saya.
Nasinya
jika
makan
begitu
sahaja
sudah
cukup.
Bila
siang
barulah
nampak
nama
hotel
yang
kami
menginap.
Pine
Hill
Hotel....wifi
everywhere...dalam
bilik
atau
diluar
hotel.
Sempatlah
berwhatsapp
dengan
rakan-rakan
sementara
menunggu
bas
datang.
Program
lawatan
pertama
kami
adalah
mengunjungi
Sung
Eup
Jeju
Folk
Village.
Perjalanan
ketempat
tersebut
mengambil
mas
45
minit.
Dalam
perjalanan,
Ms
J
bercerita
kepada
kami.
Jeju
terkenal
dengan
Angin,
Batu
dan
Wanitanya.
Angin
dijeju
bertiup
kencang
dan
batu-batu
hitam
akibat
daripada
letusan
gunung
berapi
kelihatan
dimana-mana
serta
wanita
jeju
yang
terkenal
dengan
sifat
berdikari
serta
berani.
Wanita
memainkan
peranan
penting
dalam
ekonomi
Jeju.
Menurut
Ms
J,
di
Jeju
tiada
pencuri
dan
pagar.
Setiap
rumah
tidak
mempunyai
pagar.
Menurut
Ms
J,
pelancung
tidak
perlu
bimbang
barangan
mereka
dicuri
sebab
orang
Korea
tidak
mencuri
barang
pelancung
sebab
negara
dianggap
seperti
ibubapa
dan
mereka
jaga
maruah
ibubapa
tetapi
tidak
bermakna
Korea
tidak
ada
pencuri...mereka
hanya
mencuri
baarang
orang
korea
sahaja.
Ms
J
memberitahu
kepada
kami
mengapa
tuala
dihotel
bersaiz
kecil.
Pelancung
bagi
masyarakat
Korea
adalah
tetamu
yang
sangat
dihormati....disebabkan
itu
apabila
check
out,
bilik
tidak
diperiksa
sebab
kami
percayakan
pelancung.
Jeju
berhampiran
dengaan
tanah
besar
China
dan
ramai
pelancung
dari
China
masuk
ke
jeju
setiap
hari....mereka
suka
mengambil
barang.
mereka
mengambil
tuala,
peralatan
kecil
dalam
hotel
malah
dahulu
setiap
bilik
hotel
disediakan
sebuah
laptop....itupun
mereka
ambil.
Ms
J
berkata
pernah
satu
ketika
sebuah
restoran
mengadu
kehilangan
30
biji
gelas
selepas
30
org
pelancung
dari
China
memasuki
restoran
mereka.
Disebabkan
itu,
sekarang
pihak
hotel
menyediakan
tuala
bersaiz
kecil
dan
laptop
hanya
disediakan
di
lobi
hotel.
Sepanjang
perjalanan
Ms
J
banyak
bercerita....cerita
berkenaaan
dengan
sejarah
Jeju,
mengapa
Jeju
mempunyai
banyak
batu-batu
hitam
dll...45
minit
berlalu
begitu
cepat
sekali
kerana
kami
asyik
dengan
cerita-cerita
Ms
J.
Kami
sampai
di
Sung
Eup
Jeju
FolkVillage.
Sebelum
turun
bas,
Ms
J
memberitahu
bahawa
penduduk
yang
kami
temui
didalam
perkampungan
ini
bukanlah
pekerja....mereka
adalah
penduduk
asal
disini,
itu
adalah
rumah
mereka.....kerajaan
tempatan
memberikan
mereka
wang
dan
insentif
supaya
mereka
kekalkan
rekabentuk
rumah
tersebut
dan
dalam
masa
yang
sama
mereka
bertindak
sebagai
pemandu
pelancung.
Bagus
betul.....
Kami
disambut
oleh
seorang
ajjumma.....sebelum
memasuki
perkampungan
kami
diterangkan
berkenaan
dengan
maksud
pagar
kecil
depan
rumah.
Batu
3
lubang
ini
mempunyai
maksud
tersendiri.
jika
satu
kaayu
diletakkan
dalam
lubang
itu
bermakna
tuan
rumah
keluar
sebentaar
dan
akan
kembali
dalam
beberapa
jam.
Jika
2
kayu
diletakkan
di
lubang,
itu
menunjukkan
tuan
rumah
bermalam
diluar
dan
akan
kembali
keesokkan
harinya
dan
jika
3
kayu
diletakkan
dalam
lubang,
itu
menunjukkan
tuan
rumah
pergi
Malaysia
dan
akan
kembali
seminggu
kemudian.
Jika
tiada
kayu
diletakkan...itu
bermakna
tuan
rumah
sedia
menerima
tetamu.
Ajjuma
membawa
kami
ke
depan
rumah
utama,
kami
diminta
memegang
hidung
patung
ini.
Selepas
semua
orang
memagang
hidung
patung....ajjuma
berkata
setiap
rakyat
Korea
yang
datang
ke
jeju
akan
mengusap
hidung
patung
ini
jika
mereka
inginkan
anak
lelaki.
Beberapa
puluh
tahun
dahulu,
Jeju
kekurangan
lelaki....oleh
kerana
Jeju
berhampiran
dengan
tanah
besar
China
dan
Jepun
maka
jeju
sering
diserang.
Kaum
lelaki
banyak
terkorban
dan
yang
tinggal
adalah
wanita.
Wanitalah
yang
bekerja
keras...membanting
tulang
mencari
reseki....oleh
kerana
lelaki
kurang
maka
lelaki
dilayan
seperti
raja...mereka
hanya
tidur
dan
makan
sahaja
dirumah.
Wanita
yang
bekerja
sebab
itu
wanita
Jeju
terkenal
sebagai
wanita
yang
amat
berdikari
dan
kuat.
Menurut
ajumma....wanita
jeju
boleh
hidup
dimana
sahaja
mereka
berada
sebab
mereka
bekerja
kuat
dan
berhati
keras.
Sekarang
barulah
saya
tahu
mengapa
Jeju
disebut
sebagai
terkenal
dengan
wanitanya.....
bukan
disebabkan
wanitanya
cantik
tetapi
wanita
Jeju
kuat
dan
berdikari.
Oleh
kerana
lelaki
tiada
maka
kaum
wanita
dizaman
dahulu
membina
2
patung
ini
sebagai
simbol
bahawa
mereka
akan
dilindungi.
Patung
sebelah
kiri,
tangan
kanannya
dibawah
dan
tangan
kirinya
berada
diatas
sedikit
adalah
simbol
sarjana
atau
ilmuan
Patung
disebelah
kanan,
tangan
kiri
diatas
dan
tangan
kanan
dibawah
adalah
simbul
pahlawan.
Selepas
menerangkan
berkenaan
patung-patung
ini...ajumma
mengajak
kami
sambil
berkata
'cepat-cepat'...wahhhh
ajumma
nie
pandai
jugak
berbahasa
melayu.
Setiap
pokok
disekeliling
rumah
diikat
sebegini
dan
sebuah
tempayan
disediakan
dibawahnya.
Tujuannya
adalah
untuk
menadah
air
hujan.
Hujan
di
Korea
turun
tanpa
mengira
musim
atau
waktu....oleh
kerana
Jeju
adalah
sebuah
pulau
yang
kering
maka
air
sangat
berharga.
Air
hujan
akan
ditadah
begini
dan
apabila
penuh
tempayan...katak-katak
akan
tinggal
didalam
tempayan
tersebut...apabila
katak
tersebut
besar,
ia
akan
dijadikan
hidangan
kepada
lelaki
supaya
mereka
kuat
dan
menghasilkan
zuriat
lelaki.
Ajumma
membawa
kami
melihat
bagaimana
batu-batu
hitam
digunakan
oleh
penduduk.
Ia
dijadikan
kandang
babi
atau
pagar-pagar
tanaman.
Babi
di
Pulau
jeju
amat
mahal
sebab
dikatakan
dagingnya
lebih
sedap.
Ini
pula
dapur,
tempat
memasak.
Dapur
dipisahkan
daripada
rumah
utama
dan
dapur
ini
dikongsi
bersama
oleh
mertua
dan
menantu.
menurut
ahjumma,
drama-drama
korea
tidak
menceritakan
sesuatu
yang
betul...sebenarnya
dalam
masyarakat
Korea,
menantu
dan
mertua
mungkin
tinggal
bersama
dikawasan
yang
sama
tetapi
menantu
tidak
membuat
kerja
rumah
untuk
mertua.
merekaa
duduk
dirumah
asing
dan
memasak
berasingan
walaupun
dapur
sama.
Dapur
rumah
tradisional
tidak
mempunyai
corong
udara
sebab
Jeju
sering
diserang
oleh
musuh
(jepun
dan
china)
maka
mereka
elak
asap
keluar.
Wanita
akan
memasak
dengan
asap
memenuhi
ruang
dapur
dan
oleh
kerana
Jeju
mempunyai
angin
yang
kuat
maka
kayu
tidak
digunakan
sebaagai
bahan
api
sebaliknya
tahi
kuda
digunakan
sebagai
bahan
api....jika
katu
digunakan,
mereka
takut
rumah
mereka
terbakar.
Reka
bentuk
rumah
dengan
atap
yang
besar
adalah
bagi
tujuan
melindungi
tiupan
angin.
Ahjumma
membawa
kami
melihat
peralatan-peralatan
yang
digunakan
oleh
wanita-wanita
Jeju.
Dia
menunjukkan
bekas
besar
yang
digunakan
untuk
mengangkat
air,
bekas
buluh
yang
digunakan
untuk
letak
baby
dan
kemudian
baby
digoncang
mengunakan
kaki
sambil
tangan
ibu
membuat
kerja
dan
ajumma
menyanyi
lagu
sambil
memukul
bekas
besar
tersebut.
menurut
ajumma....ular
banyak
di
jeju,
bekas
buluh
direka
sedemikian
supaya
ular
tidak
mematuk
bayi
mereka
apabila
mereka
ralit
bekerja.
Sebab
itu
wanita
Jeju
dikatakan
kuat
sebab
mereka
bekerja
mengunakan
tulang
empat
kerat,
menjaga
anak,
mencari
makanan
dan
memassak
untuk
diberi
makan
kepada
suami
mereka
yang
berehat
dirumah.
(cuba teka
umur
ahjumma
ini)
Kami
dibawa
pula
melihat
bekas-bekas
perapan
buah
ceri
hutan
yang
dikutip
dikawasan
pergunungan
dan
diperap
dengan
madu
sebanyak
7
lapis
dan
diperap
selama
3
tahun.
Akhir
sekali,
bagi
membantu
ekonomi
penduduk
ini
pihak
berkuasa
tempatan
dengan
kerjasama
samsung
telah
membotolkan
madu-madu
lebah
yang
dikutip
oleh
penduduk
dipergunungan
dan
buah
ceri
yang
diperap
bagi
menghasilkan
jus.
Saya
beli
pati
jus
ceri
(5
flavour
Cherry)
yang
diperap
ini
dengan
harga
kwn35,000
atau
bersamaan
RM99.75
sebagai
tanda
kenangan
dari
Jeju.
Ajumma
menerangkan
berkenaan
dengan
jus
ini.
Setiap
pagi
anak-anak
akan
membancuh
pati
ini
dengan
air
mineral
yang
sejuk
dan
diberikan
kepada
ibubapa
mereka.
Rasa
jus
akan
berubah
ditekak
peminum
mengikut
keadaan
kesihatan
peminum.
Jika
minum
dan
jus
dan
rasa
manis
ia
menunjukkan
perut
tidak
bagus,
jika
masam...badan
terlalu
penat
atau
kurang
tidur,
jika
pahit...masalah
bahagian
dada,
jika
terasa
spice,
ia
menunjukkan
peminum
merokok
terlalu
banyak
dan
mempunyai
masalah
jantung.
Selepas
sejam
di
folkvillage,
kami
dibawa
pula
ke
Seopjikoji.
Satu
lagi
kawasan
yang
sangat
cantik
di
pulau
Jeju...dengan
cuaca
20C
dan
tiupan
angin
yang
kuat
memang
begitu
teruja
bila
berada
disini.
Seperti
biasa
rakyat
Korea
yang
suka
berjalan
kaki
memilih
tempat
ini
untuk
berjalan
kaki,
memang
mengkagumkan
bila
melihat
ajusi
dan
ajhuma
yang
berusia
70-80
tahun
masih
tegap
mendaki
kawasan
ini.
Saya
berjalan
sendirian
sehingga
ke
puncak
bukit
yang
terdapat
menara
api
putih.
Saya
tinggalkan
rombongan
saya
kerana
menyangkakan
bahwa
mereka
juga
akan
naik
ke
menara
ini.
Sebenarnya
saya
letih
melihat
rakyat
Malaysia
yang
suka
sangat
ambik
gambar....sikit-sikit
ambik
gambar,
saya
hairan
mengapa
mereka
tidak
ambik
peluang
menikmati
kecantikan
pemandangan
tetapi
terlalu
asyik
ambik
gambar.
Apabila
melihat
tiada
peserta
rombongan
saya
sampai
ke
puncak
menaara
maka
saya
turun
dan
mencari
mereka.
saya
masuk
kedalam
rumah
All
In
kerana
menyangka
mereka
berada
didalam.
Rumah
ini
didirikan
untuk
pergambaran
drama
All
In
yang
amat
terkenal
dalam
tahun
2003.
Masyarakat
Korea
begitu
gilakan
drama
ini
maka
kerajaan
tempatan
mengekalkan
rumah
ini
bagi
tarikan
pelancung
dan
masyarakat
Korea.
Saya
tidak
menonton
drama
ini
sebab
itu
saya
tidak
tahu
tentang
rumah
ini.
Didalam
rumah
ini
terdapat
binaan
kasino,
gereja
dll
yang
digunakan
dalam
drama.
Binaannya
sangat
cantik
dan
dibuat
seperti
rumah
atau
tempat
sebenar.
Saya
tidak
memgaambil
masa
yang
lama
melihat
keadaan
rumah
ini
sebab
saya
hanya
hendak
mencari
ahli
rombongan.
Cepat-cepat
saya
keluar
dan
berjalan
turun
ke
tempat
bas
berhenti.
Dari
jaauh
saya
nampak
Ms
J
melambai-lambai
bendera
ke
arah
saya.
Rupanya
mereka
sudah
menunggu
lebih
10
minit
didalam
bas.
Wajah
Ms
J
nampak
marah.
Didalam
bas
dia
menunjukkan
rasa
marahnya
dengan
menyampaikan
dalam
bentuk
cerita
iaitu
bagaimana
rakyat
korea
begitu
menghaargai
masa.
Contohnya
musim
bunga
cherry
blossom
hanya
muncul
10
hari
sahaja
dalam
setahun
dan
dalam
tempoh
ni
mereka
akan
sedaya
upaya
mengambil
peluang
untuk
melihatnya
jika
ketinggalan
maka
mereka
akan
tunggu
setahun
lagi
utk
melihatnya.
Ini
bermakna
masyarakat
korea
tidak
suka
menunggu....bila
terlepas
peluang
maka
mereka
tidak
akan
berpatah
balik.
Saya
merasa
amat
kesal
atas
kesilapan
saya....saya
tidak
dengar
bila
Ms
J
bagitahu
bahawa
kami
diberi
30
minit
untuk
menikmati
pemandangan
di
Seopjikoji.
Silap
saya.....dan
saya
tidak
mempunyai
alassan
untuk
menaafikan
kesaalah
itu.
Saya
terima.
Kami
dibawa
makan
tengak
hari
di
Korean
Seafood
restoran.
Sup
seaweed....sup
yang
sangat
sedap.
Seperti
biasa
tidak
lengkap
kalau
tiada
kimchi.
dan
lada
bersama
kicap
cair
untuk
dimakan
bersama
ikan
yang
digril.
Nasi
yang
masih
panas
berasap
disajikan
didalam
mangkuk
bulat
steel.
Sekarang
baru
saya
tahu
mengapa
Ms
J
amat
tekankan
ketepatan
masa
sebab
pemilik
restoran
ini
telah
menghidang
makanan
dan
menunggu
kami
selama
10
minit.
Kami
tidak
menunggu
makanan
dihidangkan...sampai
sahaja
kami
terus
makan.
Kami
diberikan
ruang
tepi
restoran
untuk
sembahyang.
Selesai
sahaja
sembahyang,
kami
dibawa
pula
ke
Seongsan
Lichulbang
Peak
yang
terletak
berdekatan
dengan
restoran
ini.
Tempat
ini
sangat-sangat
cantik.
Dimusim
summer
rakyat
Korea
akan
mendaki
kemuncak
Seongsan
untuk
melihat
matahari
terbit.
Mereka
akan
bangun
seawal
3
pagi
dan
mendaki
puncak
ini
hanya
untuk
melihat
matahari
terbit.
Laluan-laluan
pejalan
kaki
disediakan
khas
oleh
kerajaan
tempatan.
Udara
nyaman,
tiupan
angin
serta
kecantikan
laut
yang
sebati
dengan
batu-batu
letupan
gunung
berapi
yaang
berwarna
hitam
menyebabkan
saya
berjanji
akan
datang
sekali
lagi
ke
pulau
jeju
hanya
untuk
berjalan
kaki.
Saya
ingin
menikmati
pulau
jeju
dengan
berjalan
kaki.
Saya
berharap
tahun
depan
saya
akan
datang
sekali
lagi.
Kami
tidak
menaiki
puncak
seongsang,
hanya
setakat
kaki
bukit
sahaja.
Destinasi
seterusnya
adalah
teddy
bear
museum.
Sebahagian
daripada
puluhan
gambar
yang
saya
sempat
ambil.
Disini
bukanlah
tempat
kegemaran
saya....saya
lebih
suka
laut
dan
gunung,
kecantikan
bunga
dll.
Saya
ambik
gambar
untuk
membuang
masa
sahaja
disini...sementara
ahli
rombongan
sibuk
bergambar
dengan
puluhan
teddy
bear
yang
berada
disini.
Ms
J
menceritakan
bagaimana
beruang
dianggap
sebagai
ibu
kepada
rakyat
Korea.
Kononnya
semasa
dahulu,
beruang
dan
harimau
ingin
menjadi
manusia
maka
mereka
pergi
berjumpa
dengan
tuhan.
Tuhan
membenarkan
mereka
menjadi
manusia
dengan
syarat
mereka
harus
bertapa
selama
100
hari
dengan
hanya
memakan
sejenis
tumbuhan
yang
pahit
(tak
ingat
nama
tumbuhan
ini).
Sudah
tentu
harimau
yang
suka
memakan
daging
tidak
mampu
hanya
memakan
daun
sahaja
maka
dia
hanya
bertahan
3
hari
tetapi
beruang
mampu
bertahan
100
hari
dengan
sabar
dan
akhirnya
dapat
menjelma
sebagai
wanita
yang
sangat
cantik
dan
berkahwin
dengan
anak
tuhan
dan
melahirkan
Tanggon,
raja
kepada
rakyat
korea.
Selesai
sahaja
melawat
di
teddy
bear
museum,
kami
pulang
ke
hotel
penginapan.
10 comments:
seronoknya Bdaria ni kalau anak2 tgk sure nak p
:)
Menarik, saya suka baca penerangan macam ni, rasa macam saya pun berada di sana, detail dan unik melalui personal journey of yours :D
Saya pun suka kimchi, siap buat sendiri lagi berbalang stok dalam peti hihi.
wahhh.camnih xpayah g korea pon xpa...hehehe thankss.cerita yg menarik.. =)
Salam nuries, better pergi. Sekarang semua orang dah boleh terbang dgn air asia. Sudah tidak mahal. Ini ikut pakej rm4200. Klu backpack, tak smpi separuh drp tu.
Sy suka makan dari hari pertama berada disana. Pernah mkn kat KL tapi tak sedap. Taste kat sana totally diffrence. That why sy beli 5 pek bawak balik utk dikongsi dgn semua family n fren. Sy tak myesal beli wp mahal.
Insyaallah, Allah akan beri rezek lebih kpd mimi sekeluarga n boleh pergi bersama.
Seronok baca catatan bdaria, detail ceritanya, seolah-olah saya turut sama melancong ke Korea. Tahniah ...
seronok baca catatan bdaria. tak jemu membacanya, detail sekali jalan ceritanya, terasa macam saya turut sama melancong ke Korea. Tahniah
Hai bdria, rindu nak baca catatan u, frust bila baca u stop menulis ari tu, mlm nie rasa nak tgk blog u,wah..seronoknya ada cerita baru...cerita sgt menarik..best.
Hai bdria, rindu nak baca catatan u, frust bila baca u stop menulis ari tu, mlm nie rasa nak tgk blog u,wah..seronoknya ada cerita baru...cerita sgt menarik..best.
Post a Comment